Sebab Kedua Lim Kit Siang Kecewa Dengan Pak Lah
 - Oleh Lim Kit Siang (Dipetik drp Harakah Daily Net)
 


DUA hari yang lepas, saya telah melahirkan perasaan kecewa saya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa sungguhpun beliau telah memberikan ucapan pertamanya di Parlimen Isnin lepas yang turut memerangsangkan harapan baru bahawa beliau akan membawa perubahan dan kemajuan kepada pentadbiran dan demokrasi, doktrin pemisahan kuasa, perang terhadap rasuah, dll tetapi beliau gagal mengiktiraf kewujudan krisis keyakinan terhadap parlimen berikutan dengan perampasan peranan dan kuasa parlimen oleh pihak pentadbir, yang menjatuhkan kedudukan parlimen sebagai pak turut buat Kabinet.

Kekecewaan saya telah dibuktikan bernas oleh apa yang berlaku di parlimen semalam. Dewan Rakyat telah ditangguhkan pada jam pukul 5.15 petang, 15 minit lebih awal dari masa penangguhan biasanya iaitu jam pukul 5.30 petang, semasa pihak kerajaan tengah menggulung perbahasan Dewan ke atas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan.

Penggulungan kerajaan masih belum selesai, memandangkan jawapan bagi Jabatan Perdana Menteri atas perbahasan ini masih belum dibentangkan, tetapi Dewan telah ditangguhkn untuk disambung pada keesokan harinya.

Ini merupakan peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen, iaitu Dewan dipaksa menunggu kehadiran seorang menteri kerajaan untuk hadir membentangkan jawapannya.

Para ahli parlimen Barisan Nasional dan parti pembangkang serta pihak media telah diberitahu bahawa pengaturan ini adalah untuk membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawa menghadir sendiri di Parlimen untuk menjawab bagi pihak Jabatan Perdana Menteri.

Tetapi pagi ini, Abdullah tidak muncul di Parlimen, sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yaim pula yang mengambil alih tugasnya.

Nampaknya Abdullah tidak pernah dijadualkan untuk hadir di Parlimen menjawab perbahasan Kajian Separuh Penggal ini.

Jadi, soalnya adalah: samada parlimen ditangguhkan 15 minit lebih awal demi menunggu kehadiran Perdana Menteri ataupun menunggu Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Tidak kira siapa yang ditunggunya, perkara ini adalah amalan dan kebiasaan yang sungguh tidak sihat dan tidak harus berlaku di Parlimen, sebuah kamar perundangan dan forum politik tertinggi di tanah air.

Tidak ada sebab mengapa parlimen perlu menunggu kehadiran mana-mana Menteri atau Perdana Menteri - dan saya berharap ini bukanlah satu petanda yang merunsingkan mengenai sikap angkuh dan tidak sensitif pihak kepimpinan politik baru di negara ini.

Hari ini, saya ingin melahirkan perasaan kecewa saya yang kedua – iaitu mengenai kehadiran Abdullah di mesyuarat Majlis Keselamtan Nasional yang pertama, di mana beliau gagal mengambil kesempatan itu untuk mengumumkan penundaan kelulusan rang-rang undang-undang mencegah keganasan yang dicadangkan oleh karajaan di parlimen supaya membolehkan proses perundingan yang lebih meluas dan melibatkan masyarakat madani, memandangkan draf perundangan mencegah keganasan ini merangkumi skop yang begitu luas dan tidak jelas dalam segi definasinya, dan mudah disalah gunakan.

Undang-undang mencegah keganasan harus didrafkan setelah melibatkan proses perundingan dengan semua parti politik, Majlis Peguam, NGO dalam isu hak asasi manusia dan masyarakat madani demi memastikan langkah-langkah yang secukupnya disediakan untuk melindungan hak kebebasan asasi rakyat Malaysia, dan sejak proses yang penting ini tidak diikuti terdahulu, maka rang-rang undang-undang mencegah keganasan ini harus ditarik balik dari parlimen supaya proses perundingan dapat diadakan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib berkata selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional bahawa Abdullah mahu supaya langkah-langkah pencegahan terhadap pemimpin dan ahli-ahli Jemaah Islamiah diteruskan, tetapi beliau juga mahu mengkaji apakah sebenarnya yang mempengaruhi orang-orang ini menjadi militan.

Rang-rang undang-undang mencegah keganasan sebenarnya tidak harus dibentangkan di parlimen untuk diluluskan sebelum satu Kertas Putih mengenai isu keganasan dibentangkan di Parlimen, menjelaskan dengan terperinci aktiviti dan perangkaian Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Jemaah Islamiyah dan al-Qaeda di Malaysia, termasuk peranan Hambali, rakyat Malaysia yang masih berada di bawah tahanan Amerika Syarikat serta profil dan nama buruk Malaysia di pentas antarabangsa sebagai negara yang dikaitkan dengan keganasan antarabangsa.

Kertas Putih ini harus menjelaskan sebab mengapakah kerajaan Malaysia tidak mendakwa mereka yang kononnya dikaitkan dengan KMM dan JI dan melakukan “jenayah yang tidak berperikemanusiaan dan kejam” di Malaysia - termasuklah rompakan bank dan pembunuhan bekas ADUN Lunas, Dr Joe Fernandez di November 2000 – di mahkamah terbuka sungguhpun pihak berkuasa Indonesia telah secara terbukanya mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden pengeboman di Bali Oktober lepas yang telah menyebabkan lebih 200 kematian. - um

Petikan daripadan HarakahDaily - http://harakahdaily.net/article.php?sid=4515 - 07.11.2003



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!