Projek Sekolah: Idris Jusoh Bolot RM38.8 Juta
 - Oleh Husam Musa (Dipetik drp Harakah Daily Net)
 

KUALA TERENGGANU, 1 Jan (Hrkh) – Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Idris Jusoh membolot RM38,830,885.50 daripada projek pembinaan sekolah di negeri ini.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas berucap pada Majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua Dan Timbalan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Tahun 2004 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Selain Idris, Tuan Guru Abdul Hadi juga mendedahkan projek-projek yang dibolot oleh beberapa syarikat milik pemimpin Umno negeri, antaranya Mohd Nasir Ibrahim Fikri (ketua penerangan) dan Dato’ Roslan Awang Chik (ahli jawatankuasa) dan Pegawai Khas Kepada Perdana Menteri, Dato’ Che Mat Jusoh (ahli jawatankuasa Umno Kuala Terengganu).

Idris yang juga Pengerusi Ketengah melalui syarikatnya, Jusoh Enterprise Sdn Bhd membolot RM38,830,885.50 daripada empat projek pembinaan sekolah di bawah peruntukan Program Pembiayaan Wang Ehsan (PPWE).

Antara projek yang dibolot oleh syarikat beliau ialah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Pengadang Baru, Kuala Terengganu bernilai RM14.1 juta, SMK Tanjung Gelam, Kuala Terengganu (RM4,262,700), SMK Tembila, Besut (RM13,550,070.50) dan pembinaan bangunan tambahan SMK Tengku Mahmud, Besut (RM6,918,115)

Laporan penuh dalam Harakah cetak akan datang.

Petikan daripadan HarakahDaily
- http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=5283&mode=thread&order=0 - 01.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN