Mencari Kesucian Suu Kyi?
Oleh Insan Berguna

Apakah nasib Suu Kyi (sebutan: suu ci) perlu dibela begitu sekali hinggakan diberikan yang perhatian bersungguh oleh kerajaan dan media tempatan?

Ketika menemani seorang rakan niaga dari Amerika Syarikat untuk bersarapan di sebuah hotel pagi tadi, Mat Salleh ini mempersoalkan kesungguhan Malaysia dalam melihat proses rekonsiliasasi di Myanmar berjalan dengan lancar. Di samping menghantar diplomat ke Yangoon, seluruh media negara memberi liputan yang utama.

Kenapa kerajaan Malaysia berdiam diri ketika tentera Indonesia menggempur pejuang Aceh? Kenapa tidak dihantar pegawai kanan untuk berusaha mencari kedamaian di sana agar ribuan umat Islam tidak merana akibat peperangan itu? Sekurangnya PAS menampakkan kesungguhan apabila beberapa pemimpinnya ke Jakarta untuk merayu agar serangan tersebut dapat di tangguhkan.

Kenapa kerajaan Malaysia tidak bersungguh apabila umat Islam disembelih oleh Kerajaan Kristian Aroyyo di selatan Filipina? Kenapa tidak dilaporkan kematian yang hampir hari-hari berlaku di sana? Kenapa Malaysia tidak berani membantah campurtangan tentera Amerika di sana?

Apakah kerajaan Malaysia ingin menjaga hati pemimpin kerajaan lain apabila umat Islam ditindas seperti di Kashmir, Pattani dan beberapa tempat lain.

Tetapi apa sebenarnya agenda dan helah pula bila Malaysia amat bersungguh dalam membela nasib Suu Kyi?

Yang menghairankan rakan niaga IB ialah Malaysia sendiri mempunyai rekod penahanan tokoh politik yang masih tersumbat di dalam penjara Sg. Buluh. Apakah lebih penting untuk Malaysia menjadi jaguh demokrasi di negara lain dari membersihkan keadilan yang telah dicemari akibat pemusuhan politik?

Sekian.
Ibrahim Baba
10 Jun 2003
Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!