Mahathir Kata Suu Kyi Perlu Dibebaskan Segera
Oleh Insan Berguna

Lanjutan tulisan IB (Mencari Kesucian Suu Kyi?) terdahulu, IB terbaca pula dalam akhbar hari ini (11/06/03), Dr M ingin melihat Suu Kyi dibebaskan dengan segera.

Dalam penutup tulisan tersebut IB menyatakan bahawa "Apakah lebih penting untuk Malaysia menjadi jaguh demokrasi di negara lain daripada membersihkan keadilan yang dicemari akibat pemusuhan politik"?

Sebenarnya itulah yang jelas kita dapat rumuskan daripada komen Mahathir itu.

Sekurang-kurangnya junta tentera Myanmar lebih berani menahan musuh politik mereka tanpa direka-rekakan tuduhan yang amat memualkan terhadap Suu Kyi dengan mencabuli sistem kehakiman negara yang tercinta.

Sekurang-kurangnya rumah Suu Kyi tidak dipecah dan dengan pasukan gerila yang bertopeng dengan senjata automatik.

Sekurang-kurangnya Suu Kyi tidak dipukul oleh Ketua Polis mereka ketika dalam tahanan hingga hampir maut dengan tangan yang digari. Tokoh diplomat kita sendiri yang mengesahkan Suu Kyi tidak cedera.

Sekurang-kurangnya Suu Kyi dibenarkan menerima kunjungan diplomat luar walhal permohonan beberapa pemimpin pertubuhan antarabangsa yang ingin menemui DSAI ditolak.

Apakah jasa Suu Kyi kepada negara Malayia berbanding dengan DSAI? Sekurang-kurangnya DSAI telah terbukti berjuang selama 16 tahun berhempas pulas membantu Dr M kekal di kedudukannya dalam menghadapi beberapa krisis dalaman parti.

Apa pula kata pemimpin junta tentera Myanmar apabila mendengar gesaan Mahathir ini dalam mengenangkan ketika Mahathir membidas pemimpin negara luar memberi komen berhubung penahanan musuh politiknya sendiri di Sungai Buloh?

Sekian
Ibrahim Baba
11 Jun 2002
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!