Kepincangan Pengurusan Kewangan Negara
Oleh Insan Berguna

Suatu bahan yang amat hangat diperkatakan dalam seminggu dua ini ialah suatu nota yang ditulis  dengan tajuk di atas bagi memaklumkan kepincangan pengurusan kewangan Negara oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) TS Samsudin Hitam.

Nota yang setebal 22 muka surat (tidak termasuk Lampiran A hingga Lampiran N) membongkar banyak kepincangan yang berlaku dalam pengurusan kewangan negara dalam masa 3 tahun ini.

Banyak perkara yang disentuh dalam nota tersebut. Di antaranya:

1.  Pemberian projek secara runding terus. Dalam tempoh masa yang dibincangkan, sebanyak 1229 perolehan telah diputuskan oleh Kementerian Kewangan, hanya 107 (8.7%) perolehan sahaja yang diputuskan secara tender terbuka. 1122 atu 91.3 peratus diluluskan secara runding terus.

2.  Pemberian kontrak pembinaan 6,449 buah makmal komputer (yang kini hebuh sebahagiannya akan runtuh dan tidak selamat digunakan). Kontraktor-kontraktor tersebut tidak berdaftar dengan CIDB dan PKK.

3.  Pembelian helicopter Fennec AS355N untuk TLDM secara runding terus adalah tawaran termahal dari 3 buah syarikat yang diperakukan.  Malah Fennec tidak menepati spesifikasi sepenuhnya kerana tidak mempunyai peralatan radar yang penting untuk tugas TLDM.

4.  Kerana kesuntukan peruntukan kewangan KSP telah meluluskan projek yang kurang penting dan membatalkan dan menangguhkan projek yang lebih penting seperti projek-projek pendidikan dan pembangunan luar Bandar.

Ramai yang tertanya-tanya, dari mana asal usul nota ini dan siapa yang mengarangnya.  IB tidak mahu mengulas panjang di sini, cuma sekadar yakin nota itu ditulis oleh orang yang mempunyai maklumat kukuh kerana segala surat-surat dan maklumat yang dipetik disandarkan dengan surat rasmi kerajaan (boleh kena OSA) lengkap dengan nombor fail dsbnya.

IB ingin juga mengatakan bahawa KSP tidak mungkin berani bertindak sendirian tanpa blessing daripada pihak tertentu yang dapat memelihara masa depannya.

Insyaallah dalam kesempatan lain, IB akan sambung perbincangan ini. Sementara itu, IB cadangkan saudara pembaca cuba mendapatkan naskah itu yang tersebar luas - ramai ahli parlimen kita mempunyai naskah itu.

Sekian.
Ibrahim Baba
22 Julai 2003
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!