Kesesuaian Kerja Untuk Wanita Memang Terbatas
Oleh Insan Berguna

Para pejuang pembebasan wanita (women’s lib) di negara kita yang diterajui oleh mereka seperti Sharizat, Marina Mahathir dan seumpamanya masih tidak faham-faham keterbatasan kerja, tugasan dan kerjaya untuk kaum wanita.  Mereka tidak habis-habis ingin membuktikan bahawa wanita boleh buat segala kerja.

Dalam laporan terbaru tentera Amerika minggu ini menyebut masalah yang terpaksa dihadapi oleh penjajah di bumi Iraq itu untuk membawa balik tentera wanita mereka yang telah hamil di Iraq. (isu bagaimana mereka hamil di sana, sukar untuk kita fahami dan tak perlu kita terpesong dari perbincangan asal ini). Dalam suatu lagi laporan disebut lebih separuh daripada wanita yang dihantar untuk menjajah kini hamil.

Malah pihak tentera juga mengalami masalah semasa proses pra-penghantaran tentera ke Iraq sebelum ini di mana mereka yang didapati mengandung tidak dapat dihantar pergi menjajah. Disebut juga, dalam laporan tersebut bahawa, ibu tunggal yang tidak dapat mencari penjaga untuk anak-anak mereka turut tidak dapat dijadikan tentera penjajah (even though thousands of female soldiers couldn’t deploy with their units to Iraq because of pregnancy, no sitters for single moms’ multiple kids).

Apakah ini tidak cukup sebagai suatu contoh bahawa sememangnya Allah Azzawajalla telah membuat ketetapan yang Maha Sempurna untuk makhlukNya?

Sekian
Ibrahim Baba
28 Ogos 2003
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!