Dr. M: Hudud PAS Salah
Oleh Insan Berguna

Begitulah tajuk akhbar-akhbar tempatan pada 2 September 2003, ketika melaporkan komen Dr. M di Langkawi selepas ditanya berhubung persoalan suami meliwat isteri yang tidak ada dalam hukum hudud di Kelantan mahupun di Terengganu. Yang sebetulnya Dr.M tak faham hukum-hakam agama. Ditambah pulak dengan penasihat-penasihat yang turut jahil.

Sepertimana yang telah beberapa kali IB sebutkan sebelum ini, bahawa komen-komen berkenaan hukum-hakam Islam kerap dibuat oleh orang-orang yang cetek dalam pengajian serta kefahaman agama.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang media massa kerajaan menyiarkan pula pandangan serta pendapat pemimpin MCA/MIC/Gerakan/dll. Lagilah parah. Di antara mereka yang kerap memberi fatwa ialah Kheng Yaik (Gerakan). Kita umat Islam seolah-olah tidak mampu membuat apa-apa apabila mereka ini mempermainkan hukum-hakam Islam.

Kini, isu suami liwat isteri. Bagi Zaid Ibrahim, seolah-olah dia merasa dirinya hero apabila bertemu satu modal baru untuk menghentam hukum hudud. Sayangnya dia tidak merujuk dahulu dengan orang-orang pendidikan agama di kalangan ahli UMNO. Dia rasa dia sudah pakar dalam undang-undang.

Yang menariknya ialah apabila Noh Omar tidak lagi dapat berhujuh dengan Husam di Parlimen dua hari lepas, Noh mendakwa PAS sengaja mengelirukan orang ramai dengan hukum hudud dan hukum takzir ini. Bukannya orang ramai yang keliru. Pemimpin UMNO yang keliru.

Sebab itu dalam hal ini, IB belum dengar lagi komen orang-orang berpendidikan agama di kalangan pimpinan UMNO. Kecuali Zainal Sarkom pernah membuat komen di awal isu ini tetapi kini dia sudah tutup mulut kerana terlajak komen secara spontan tanpa usul periksa dulu.

Sebab itu kedua-dua Hamid (Othman dan Zainal Abidin) senyap seribu bahasa. Yusuf Nor dan Wan Mokhtar tak komen. Dan ramai lagi yang lain mendiam diri. Sebisu-bisunya.

Oops! Pembetulan: Sebenarnya mereka tidak berdiam diri. IB dalam masa dua minggu yang lepas, banyak bergaul dan bertanya dengan sesetengah mereka ini. Mereka mengakui isu itu memakan diri. Dan tidak patut ditimbulkan oleh Zaid dan diteruskan oleh media kerajaan (hingga ke hari ini - cukuplah kata mereka). Ini ialah kerana mereka yang faham hukum-hakam agama akan tahu bahawa yang disebut dalam nas ialah bahawa hukum hudud itu telah jelas disenaraikan dan tidak boleh kita tokok tambah atau pun dikurangkan. Dan ada lagi lain-lain hukum yang boleh digunakan untuk kesalahan lain yang tidak termasuk dalam hukum hudud. Dan begitu dalam isu yang dibawa ini.

Apakah ini salah satu yang disebut dalam hadith berhubung elemen-elemen yang akan berlaku di akhir zaman?

WalLahu'am

Sekian
Ibrahim Baba
19 September 2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!