Pertembungan Ketara Pak Lah Dengan SPR
Oleh Insan Berguna

Pertembungan Ketara Pak Lah Dengan SPR

Dalam berita malam tadi - Pak Lah nampak marah sangat SPR yang mengeluarkan kelulusan untuk membenarkan rapat umum untuk pilihanraya akan datang. IB ada beberapa persoalan:

1. Mengapa Pak Lah marah dengan SPR dalam isu rapat umum untuk pilihanraya?
2. Apakah perlu Pak Lah membuat teguran sebegitu terbuka dengan nada yang agak marah?
3. Apakah Pak Lah ingin menunjuk kuasa sebagai Menteri KDN dia sepatutnya membuat keputusan?
4. Mengapa pula bila Mahfuz membuat komen bahawa keputusan SPR ini adalah suatu helah untuk mengalih padangan dari tekanan akibat penyelewengan arahan mengambil Puteri UMNO sebagai pekerjanya, Mahfuz diberikan pelbagai label oleh media massa?
5. Mahfuz turut menyatakan bahawa kuasa membenarkan rapat umum bukan dibawah SPR tetapi di bawah PDRM/KDN. Bukankah itu yang diulang oleh Pak Lah?
6. Kita tunggu jawapan Rashid SPR. Apakah dia terpaksa mengundur diri?
7. Apa pula komen Mahathir dalam hal ini?
8. Mari kita perhati, taring siapa lebih berbisa?

Sekian
Ibrahim Baba
19 September 2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!