Syabas Tan Sri Khalid Ibrahim Guthrie
Oleh Insan Berguna - Khamis 11.12.2003

IB ingin mengucapkan syabas kepada Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Guthrie Berhad, yang tidak akan disambungkan lagi kontraknya untuk tahun depan. (Dalam kata lain TS Khalid digugurkan dari menjadi Group CEO Guthrie).

Kontrak beliau tidak akan disambung lagi untuk tahun 2004 dan akan digantikan dengan Datuk Abdul Wahab Maskan mulai Jan 2004.

Apakah sebab utama TS Khalid tidak disambungkan kontraknya? Apakah beliau telah gagal dalam tugasnya memimpin Kumpulan itu? Apakah keputusan kewangan Guthrie akhir-akhir ini merosot?

Khabar dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan punca utama kontrak beliau tidak disambung ialah kerana apa yang berlaku semasa bulan Ramadan baru-baru ini. Kumpulan Guthrie telah menganjurkan majlis Berbuka Puasa di Penjara Sungai Buloh. Dan semasa majlis tersebut, dikatakan bahawa DSAI, sebagai salah seorang penghuni Sg. Buloh, turut bersama mengikutinya.  TS Khalid juga dikatakan turut sempat bersama DSAI untuk beberapa ketika.

Begitulah nasib apabila sesiapa sahaja yang masih lagi sama ada di dalam kerajaan, memegang sesuatu jawatan dalam parti, perkhidmatan kerajaan mahupun dalam bidang perniagaan dan cuba menunjukkan simpati mereka terhadap DSAI.

Syabas sekali lagi IB ucapkan kepada TS Khalid kerana telahpun tahu risiko menaja majlis tersebut tetapi tetap meneruskan majlis yang membolehkan beliau bertemu muka dengan DSAI.

Lihat akhbar hari ini (12 Dis) - laporan menyatakan Khalid terkejut dengan penamatan kontraknya dan beliau masih mempunyai banyak tugasan dan agenda yang belum dan ingin diselesaikan.

Sekian
Ibrahim Baba
11 Disember 2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.
Hantar artikel ini kpd sahabat:

Click Here!