Rombakan Kabinet Yang Pasti Untuk Menguatkan Kem Pro-Semangat 46
Oleh Insan Berguna - Ahad 14.12.2003

Khabarnya, hasrat Najib untuk menjadi TPM semakin sukar untuk menjadi kenyataan. Ingin kencang bertiup di kalangan warga UMNO bahawa Pak Lah kian kuat membuat percaturannya untuk mengukuhkan sokongan pimpinan parti agar kedudukannya tidak tergugat dan sebarang kemungkinan yang mampu memberi saingan dilemahkan dari peringkat awal.

Dalam percaturan ini, bekas-bekas tokoh dari parti Semangat 46 banyak memainkan peranan mereka. Beberapa perjumpaan sulit dirakamkan berlaku dan kebanyakkannya dihadiri oleh bekas pemimpin S46.

Seminggu selepas mengambil-alih jawatan daripada Dr. M, Pak Lah bersama Ku Li, Rais, Zainal dll dalam mesyuarat rahsia mereka telah memutuskan antara lain:

1. Tidak akan melayan sebarang usaha untuk berunding dengan DSAI untuk kembali ke UMNO. Anwarlah orang kuat Dr. M (Team A) yang menentang Team B dulu. Oleh itu khabar angin untuk membebaskan DSAI selepas pilihanraya nanti hanyalah suatu helah yang bakal digunakan untuk raih undi sahaja.

2. Berusaha memastikan bahawa Najib tidak dilantik untuk TPM. Najib adalah antara pengecut yang lari dari Team B di saat akhir.

3. Dan meletakkan tokoh-tokoh yang bersama dalam Team B mereka dulu kembali memainkan peranan penting dalam parti dan kerajaan.

Dan terbaru, perbicangan mereka pula memutuskan untuk mengugurkan (Tengku?) Adnan Mansor dan JJ daripada rombakan yang bakal dilakukan nanti. Yang mengukuhkan lagi khabaran ini ialah, semasa JJ mengadakan rumah terbukanya baru-baru ini, bukan sahaja Pak Lah tidak pergi malah orang-orang sekeliling Pak Lah pun tak berani pergi. Kata mereka untuk mendampingi JJ akan menjadi liabiliti kepada diri masing-masing.

Ini amat berbeza sekali jika dilihat kesediaan Pak Lah untuk hadir rumah terbuka Zaid Hamidi (apakah ia mempunyai tanda-tanda tertentu?).

Dan bagi memastikan agar kem Team B semakin kukuh dalam parti dan kerajaan, nama Rais Yatim adalah antara yang disebut-sebut di kalangan mereka untuk di ketengahkan sebagai TPM. Apakah ini mungkin dilaksanakan? Dalam permainan politik yang berdasarkan kepentingan semasa dalam UMNO ini bukan sukar untuk dilakukan. Siapa sangka Dr. M akan memecat Timbalannya selepas berkali-kali menafikannya sebelum 2 September 1998?

Kita tunggu dan lihat perancangan mereka seterusnya. Sama-sama kita laporkan. Perhatikan gerak geri Ku Li...

Sekian.
Ibrahim Baba
14 Disember 2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini. (Baru)
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.
Hantar artikel ini kpd sahabat:

Click Here!