Kembalinya Mereka Ke UMNO Bukan Suatu Yang Baru
Oleh Insan Berguna

Ketika heboh cerita Lokman beberapa minggu lalu, IB dipanggil untuk berbincang dengan beberapa kenalan yang aktif dalam Keadilan dan media. Mereka nampak pemergian beberapa pimpinan Keadilan untuk memasuki UMNO semula suatu yang definite. Terutama lagi ketika Pilihanraya umum yang mesti diadakan dalam masa yang teramat dekat †maka daya tarikan semakin memuncak nilainya.

Malah IB sendiri telah menghubungi beberapa orang dari nama mereka yang disebut-sebut. Kerana kepercayaan dan rapatnya mereka dengan IB mereka telah memperakui desas-desus tersebut namun pakejnya masih dirundingkan ketika itu.

Hasil beberapa perbicangan tersebut dan selanjutnya dengan beberapa penganalisis politik serta mereka yang arif dengan gerak-geri perang saraf pemergian seperti kes mereka ini berpunca dari dua sebab utama.

Pertama ialah tekanan yang dikenakan ke atas mereka. Terdapat pelbagai tekanan dan yang paling mudah ialah kerana terlalu banyak berhutang hasil dari gaya hidup mewah semasa dalam UMNO dulu. Pelbagai bidang perniagaan yang dilabur dan pinjaman yang diambil, masa inilah digunakan oleh agensi tertentu untuk menekan mereka yang dilihat sebagai vulnerable (mudah di ngap).

Kedua ialah daya tarikan yang amat sukar untuk ditolak terutamanya berlaku punca pertama di atas. Lazimnya dalam hal ini tarikan itu ialah wang ringgit dan amat kecil sekali kedudukan. Ada sebab-sebabnya ini berlaku IB tak akan ulas panjang di sini.

Dan punca yang kadang-kadang sangat berlaku (yang ketiga - tidaklah utama) ialah kerana perbalahan dalaman. Punca ini biasanya membawa seseorang itu memencil diri lebih dari untuk mengkhianati perjuangan mereka sebelum itu. Kecuali mereka yang keluar kerana pergolakan ini mencari kedudukan dalam parti asal - maka mungkin juga berlaku perbuatan mengkhianati perjuangan asal.

Dalam perkara yang berlaku semalam, IB kenal rapat dengan 4 dari mereka dan turut mengenali keperibadian dan selok-belok kehidupan mereka yang lain walaupun tidak dikira rapat.

Dan kedua-dua sebab yang disebut di atas menepati kesemua mereka yang terbabit. Walaupun ada yang akan menggunakan punca ketiga namun itu hanyalah smokescreen yang dilakukan bagi tidak menzahirkan tekanan yang telah mereka hadapi dan tarikan yang mereka terpesona.

Salah seorang dari mereka ini memang mempunyai hutang yang besar dan terpaksa menampung kos keluarga dan gaya hidup yang tinggi atas sebab-sebab tertentu. Semenjak mula mengikuti perjuangan DSAI lagi pihak-pihak bank menghantui beliau ditambah pula dengan hilang banyak punca pendapatan. (Kes yang sama ini berlaku pada Zaid Hamidi dan hingga kini makin galak berhutang dan ramai kontraktor kecil yang melakukan kerja-kerja kontrak beliau masih dibayar walaupun sudah lebih 3-4 tahun usah dicerita barisan kereta dan kemewahannya yang lain)

Seorang lagi terlucut kontrak ratusan juta ringgit apabila syarikat beliau digugurkan dari mendapat habuan yang telah diperolehi sebelum krisis 98 berlaku. Surat LOI telah pun dikeluarkan oleh agensi kerajaan terbabit. Bukan sahaja kontrak tersebut dibatalkan malah beberapa projek lain lagi terlepas.  Malah 3 tahun lalu beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk memulihkan tekanan yang dihadapinya dengan mencari jalan untuk kembali ke dalam UMNO. Memikirkan faktor kedua (daya tarikan) akan bertambah nilai apabila suasana lebih menekan pihak yang menawar (dekat dengan pilihanraya sebagai contoh) barulah dia akan mengambil langkah yang lebih menguntungkan dirinya ini.

Dengan terakamnya dalam sejarah yang menzahir kekuatan daya juang masing-masing ini maka terkuburlah mereka ikatan setiakawan dan titisan airmata sebelum ini dalam mengenangkan perjuangan (dan kesakitan) DSAI dan REFORMASInya.

Dan seperti yang disebut oleh rakan lain - pengkhianatan ini adalah 1st wave. Ada lagi yang akan terikut ... Namun hanya yang kental akan meneruskan perjuangan. Seharus kita sama-sama mengukuhkannya.

Sekian
Ibrahim Baba
12 Februari 2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN