Skandal Pasir di Selangor Kini Meletup (3)
Oleh Insan Berguna


Beberapa e-mail yang IB terima beberapa hari lepas bertanyakan bila akan keluar Bahagian 3 ini. Selepas dijanjikan untuk menyiarkan dua nama utama dalam skandal pasir ini, tiba-tiba tiada khabar dari IB, begitulah seorang yang bertanya.

Sebenarnya, artikel ini telah siap lebih seminggu lepas. Tetapi, seorang rakan yang selalu juga IB minta bantuan beliau untuk preview artikel IB sebelum disiarkan mempersoalkan dan meminta agar IB betul-betul pasti dengan fakta sebelum disiarkan. Ini periok nasi orang.

Maka IB merujuk kenalan rapat kepada dua orang yang berada di keliling Khir Toyo. Seorang ialah rakan sekolah dengan En. Selamat SUS MB. Dan seorang lagi ipar biras dengan Dato Karim – orang kuat MB juga.

Setelah mendapat maklumat yang sesuai serta pengesahan kepada beberapa fakta yang sedia ada, IB turut berhubung dengan saudara pupu IB yang kebetulan orang kuat di kawasan YB Fatah. Kesemua fakta yang IB ada dan akan siarkan ini telah disahkan mereka semua. Malah seorang daripada mereka seolah mencabar mana pegawai kanan negeri yang tidak sedar dan maklum berhubung isu pasir di Selangor ini. Para DO semuanya tahu, kata beliau.

Kemudian, Jumaat lepas, ketika IB bersedia nak post kepada webmaster, salah seorang dari yang di atas tadi memaklumkan supaya tunggu Khir Toyo balik Isnin nanti baru siar. Biar gempak dengan pelbagai isu sekali gus. Biar dia pening nak tepis banyak isu dan skandal yang dia sendiri timbulkan, kata beliau dengan nada yang penuh dendam (kerana beliau sendiri tertipu dok ingatkan sokongan yang diberi suatu ketika dulu dikenang Khir Toyo).

Jadi IB tunggu dan kini IB siarkan Bahagian 3 itu dan menyesuaikan dengan mukadimah di atas.

Nama yang terlibat dengan skandal pasir yang IB janji untuk siarkan kini sudah dapat diteka. Memang dua tokoh utama di Selangor ini, MB Khir Toyo sendiri dan exco kanan YB Fatah, begitu gah sekali mereka akhir-akhir ini.

Menurut pegawai kanan di YTL, beliau sanggup memberhentikan kerja-kerja syarikat beliau jika kes ini berlarutan. Beliau sanggup memberhentikan kerja-kerjanya sekarang supaya isu ini menjadi hangat daripada terpaksa membeli pasir yang dipelawa oleh orang-orang Khir Toyo/Fatah. Biar isu jadi hangat dari saya naikkan kos saya, orang ramai tak tahu.

Seorang pengarah di MK Land pula memaklumkan bahawa kedua-dua tokoh politik tersebut mempunyai bekalan pasir mereka di Pulau Carey. Bekalan tersebut diambil dari Ipoh Perak. Sememangnya harga yang ditawarkan melambung hingga ada yang mengatakan hampir 3 kali ganda dari harga yang diperolehi dalam pasaran sebelum ini.

Bayangkan kos pengangkutan dari Perak ke Pulau Carey. Bekalannya memang cukup banyak – sebab itu YB Fatah diarah MB untuk menguatkuasakan permit pasir ini supaya ditutup semua punca bekalan dari negeri Selangor sendiri walaupun beliau hanya exco tanah bukan bidang penguatkuasaan ini.

Ada juga sebahagian bekalan pasir diambil dari Pulau itu sendiri tetapi kualitinya tidak sesuai untuk digunakan dalam pembinaan kerana asal pasir tersebut dari air masin yang boleh menjadi punca berkarat nanti.

Jadi memang munasabahlah jika Khir Toyo dan Fatah bersungguh dalam membekukan permit pasir di negeri ini sekarang. Memang ada plot yang mereka sedang rancangkan demi untuk mengaut keuntungan diri mereka.

Sekian,
Ibrahim Baba
1 Mac 2005 (suntingan M@RHAEN)
Terdahulu:
Insan Berguna: Skandal Pasir di Selangor Bakal Meletup (Bahagian 1)
Insan Berguna: Skandal Pasir di Selangor Bakal Meletup (Bahagian 2)


Hantar artikel ini kpd sahabat: