Garang dan Fahd – perginya mereka pada masa yang hampir sama
Oleh Insan Berguna


Siapa sangka Allah Azzawajalla telah mentakdirkan Raja Fahd (Saudi) dan John Garang (bekas pemberontak Sudan) pergi untuk selama-lamanya pada waktu yang hampir sama. Apa signifikannya cerita yang IB ingin ketengahkan ini?

Garang baru dilantik menjadi Naib Presiden Sudan tiga minggu yang lalu. Selama lebih dua dekad Garang memberontak pentadbiran Khartoum. Dengan sokongan Amerika dan gerakan Kristian Sedunia, Garang memimpin SPLM bagi mewakili puak Kristian dan animisme di selatan Sudan.

Selain dari Amerika dan badan-badan Kristian yang menaja perjuangan Garang ialah Raja Fahd sendiri. Atas arahan dan tekanan Amerika Raja Fahd telah meluluskan jutaan dollar untuk membantu Garang menentang kerajaan Islam Khartoum.

Begitulah bodohnya seorang pemimpin Arab ini telah menaja wang rakyatnya untuk membantu musuh Islam menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam.

Pemergian mereka berdua ada rahmatnya Insha Allah.

Sekian
Ibrahim Baba
3 Ogos 2005 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.