Tumbang UMNO/BN, Selamatlah Rakyat dan Malaysia 
Oleh Ibn Sabah
PRU Ke-11: Sabah Mahu Jadi Kubu BN Terakhir!!!

Sekuat dan sehebat bala tentera penjajah boleh dikalahkan rakyat yang berjiwa merdeka. Segagah bala tentera Firaun tumbang oleh kekuatan Nabi Musa a.s. dan pengikutnya yang beriman. Inikan pula sebuah parti pemerintah yang hanya bergantung kepada kekuatan kebendaan, harta, rasuah dan tipu helah politik kotor; ugut, paksa dan perbodohkan rakyat. Rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan. Bila rakyat sudah semakin terdedah kepada maklumat betul, faham erti demokrasi sebenar dan merdeka dalam erti merdeka jiwa, akal dan tidak berjiwa hamba kepada sesama manusia, sebagaimana Musa seorang anak muda yang melepaskan diri dari cengkaman kezaliman Firaun bapa angkatnya yang mahu membunuh karya politik Musa. Lantaran, Musa bangun menyanggah segala bentuk kezaliman bapa angkatnya, Firaun yang telah menguatkuasakan Akta Bunuh Anak Lelaki.

Parti UMNO/BN pasti tidak akan mampu melawan ombak perubahan yang diledakkan oleh rakyat yang berjiwa merdeka. Yakinlah, bila kebenaran datang pasti kebatilan akan lenyap dan hapus.

Kami rakyat Sabah tidak begitu nampak, apa lagi untuk merasakan gelombang ombak perubahan besar yang sedang melanda tanah besar Semenanjung. Mungkin rakyat Sarawak pun begitu. Kecuali yang kerap berkunjung ke Semananjung kerana urusan bisnes, kerja dan lain-lain urusan. Cuma sebahagian kecil rakyat di kepulauan Borneo itu yang dapat dengar-dengar cerita beberapa rakan/kawan dan sahabat yang telah berkunjung ke KL, Alor Setar, Langkawi, Kota Bharu, Terengganu, Kuantan, Seremban, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Perlis. Dan sesekali membaca akhbar Harakah, Harakahdaily, Malaysiakini, Suara PRM, Suara KeADilan, Roket DAP dan media-media alternatif lain, sama ada akhbar parti, internet dan sebagainya.

Rakyat Sabah sejak UMNO/BN merampok kuasa politik dari PBS pada 17 Mac 1994 hingga kini, seperti ikan kena tuba. Jadi mabuk dan pening lalat. Ikut sahaja tarian UMNO/BN. Bukan tarian Sumazau, bukan tarian Singa, bukan juga tarian Kuda kepang... bukan!!!!!! Tapi, tarian mabuk RM, projek kebendaan dan pesta-pestaan bagi menghibur rakyat supaya terus berkeadaan lalai, mabuk dan pening lalat agar terus menyokong UMNO/BN dalam pilihan raya umum negeri yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Tak silap penulis, UMNO/BN Sabah dan para pemimpin mereka di Kuala Lumpur, sejak pilihan raya kecil DUN Likas dan Parlimen Gaya yang lalu, masih mendabik dada mendakwa BN Sabah kuat. Dan dengan rasa angkuh menjerit dan melolong... melaungkan bahawa UMNO/BN yakin menang bersih 100% di Sabah. Begitulah suara para pemimpin UMNO/BN bila datang ke Sabah, mereka menjerit meminta simpati daripada rakyat Sabah agar memenangkan UMNO/BN di Sabah supaya mereka terus mencengkam kuasa politik sehingga kiamat di muka bumi ini selama-lamanya. Para pemimpin UMNO Sabah jenis manusia kakak tua dan berjiwa pengampu pasti akan bertungkus mampus akan mengusahakan dengan apa juga cara hatta melanggar peraturan dan undang-undang pilihan raya, mereka akan lakukan apa saja demi memuaskan hati perut para pemimpin UMNO Kuala Lumpur. Tanpa sedar mereka telah diperkuda untuk memperbodoh rakyat Sabah.

Jangan lupa, sifat semula jadi manusia pengecut dan lemah seperti seorang yang ketakutan akan menjerit sekuat hati bagi meredakan rasa takut dalam hati. Begitulah UMNO/BN di Sabah nampak hebat, tetapi hati kecil jiwa pengecut.

Para pemimpin UMNO/BN dari Kuala Lumpur dan menteri kabinet Mahathir bersilih ganti bertandang ke Kota Kinabalu. Mahathir saja telah beberapa kali datang ke Kota Kinabalu terbaru menghadiri kongres PBS di Penampang. Tidak sukar menelah betapa UMNO/BN menaruh harapan tinggi kepada rakyat Sabah agar menangkanlah BN sekali lagi, kalau boleh 100% kerusi mesti dimenangi oleh UMNO/BN di Sabah. Sambil mengharap BN Sarawak juga boleh menang 100%. Kerana kekuatan BN di tanah besar Semenanjung terlalu rapuh. Sekalipun BN masih mengharap keajaiban Pak Lah sebagaimana doa Musa Hitam untuk Pak Lah.

Tetapi, jangan lupa doa rakyat yang dizalimi dan orang-orang yang dizalimi UMNO/BN yang dipenjarakan dan diISAkan tanpa peri kemanusiaan. Ketahuilah, doa orang yang dizalimi tidak ada hijab yang menghalang untuk dikabulkan Allah Ta'ala.

BERTEKAD MENUMBANGKAN UMNO/BN DI MANA SAJA CALON MEREKA DILETAKKAN WAJIB DITUMBANGKAN DALAM PRU KE-11 NANTI.

MENANGKAN BA
TUMBANGKAN BN
RAKYAT MERDEKA
RAKYAT AMAN

Ibn Sabah,
10.9.2003M. (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!