Zainuddin Mydin: Denak Mahathir – Dolah Yang Kian Sasau
Siapa Komunis? Umno atau Pas?

Zainuddin Mydin yang sedang sibuk menjual diri untuk melobi agar dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Merbok bagi menggantikan tempat Daim Zainuddin bekas Menteri Kewangan di zaman TKT Mahathir, dipetik sebagai berkata oleh Bernama: “Perbezaan di antara Umno dengan Pas,diibaratkan sebagai perbezaan Umno dengan orang Melayu di dalam Parti Komunis Malaya (PKM) pada satu ketika dahulu.”

Ujar  Timbalan Menteri Penerangan yang amat terkenal dengan sikap anti-Islam itu lagi: “Tak mungkin Umno boleh berunding dengan Pas untuk bekerjasama dan bersatu.” Kenyataan bekas denak Mahathir itu dibuat dalam satu sidang media selepas majlis penyerahan buku Dato Ibrahim Abu Shah TNC UiTM di kampus UiTM Merbok pada 22 Disember 2003.

Zam ternyata sakit hati apabila Presiden Pas DS TG. Hj. Abd Hadi Awang berkata,  bahawa Pas menyokong MCA dan Gerakan bersatu demi kebaikan masyarakat Cina Malaysia tetapi menegaskan Pas tidak akan bersatu dengan Umno.

Hj. Hadi juga selaku MB Terengganu berkata faktor utama yang menghalang  Pas berbuat demikian ialah kerana Umno dipengaruhi politik wang, politik mengutamakan kedudukan dan kepentingan diri serta tidak ada sebarang ideologi yang jelas.

Seperti biasa Senator yang sekadar berkelulusan sekolah menengah itu mencari–cari alasan karut apabila gagal untuk menjawab hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang terutamanya Pas.

Melabelkan golongan memperjuangkan Islam dengan pelbagai label negatif adalah sebahagian daripada propaganda jahat Zam yang memang menganuti aliran pemikiran sesat tajaan musuh-musuh Islam; agama itu ibarat candu masyarakat- (ajaran komunis).

Kain buruk Umno itu jelas tersilap,jika beliau berpendapat orang Melayu Islam akan terpengaruh dengan kenyataannya itu. Propaganda jahat bekas ketua Pengarang Utusan yang pernah dikaitkan dengan skandal seks itu, hanya berkesan sekitar dekad lima dan enam puluhan sahaja, bukan lagi sekarang! Ternyata Zam memperbodoh-bodohkan dirinya sahaja.

Pas sejak ditubuhkan lebih 50 tahun lalu,tidak pernah berganjak sedikit pun dari dasar Islam, sama ada kalah atau pun berjaya menempa kejayaan di dalam pilihan raya.

Manakala Umno tidak pernah konsisten dengan dasar nasionalis yang diperjuangkannya. Parti itu boleh bertukar wajahnya kepada kapitalis, komunis, Yahudi malah apa saja dasar selain Islam.

Lebih mengaibkan, Umno sebenarnya tidak berideologi,yang dianuti hanyalah dasar pragmatik semata-mata. Pragmatisme yang menganjurkan para penganutnya berubah-ubah itu, lebih menjurus kepada dasar `Munafik` jika Al-Quran dijadikan sorotan.

Sebut apa sahaja ideologi sesat, pasti wujud di dalam Umno; 3 Abdul terkenal dengan komunismenya (ini kata orang Umno sendiri), Sidiq Ghouse bekas Setpol TKT Mahathir agen KGB, Kassim Ahmad mula-mula sosialis totok kemudian pelopor anti-hadis, malah Mahathir sendiri dikaitkan dengan Freemason sehingga kini.

Itu belum lagi kelompok anti-hudud, pencerca Nabi, perogol, perompak harta rakyat, perasuah, pengamal politik wang, tukang fitnah, konspirator, pendek kata apa sahaja anutan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai-nilai murni kemanusiaan, semuanya  bebas diamalkan dalam Umno tanpa sebarang halangan.

Tak perlulah Zam bersusah payah menyamakan Pas dengan orang Melayu di dalam PKM satu ketika dulu kerana rakyat jelata sudah begitu arif bahawa Umnolah yang lebih komunis daripada komunis sebenarnya.

MCA Tetap Rakan Sehati Sejiwa Umno Kekal Abadi.

Menurut pariyah Umno itu lagi, penyatuan Melayu hanya akan dapat dicapai sekiranya Pas dilumpuhkan selumpuh-lumpuhnya Justeru beliau menyeru seluruh umat Melayu bersama-sama Umno bagi memastikan Pas hancur.

Sekali lagi Timbalan Menteri Ehsan itu menampakkan ketololannya; mengapa beliau bersusah payah menyeru orang Melayu non-Umno menyertai parti itu bagi melumpuhkan Pas, sedangkan beliau mendakwa Umno semakin relevan dan perkasa untuk menghadapi sosialisasi dan globalisasi berbanding Pas.

Hakikatnya Umno semakin dipinggirkan oleh umat Melayu Islam; hasil kajian mereka sendiri sejak pilihan raya umum 1999 sehingga saat ini, hanya tinggal sekitar 30 peratus sahaja Melayu yang masih mengabdikan diri mereka kepada parti hipokrit itu. Maknanya majoriti umat Melayu sudah bertukar kiblat politik kepada BA.Ini tak perlu diulas panjang lebar.

Hidup-mati Umno kini ditentukan oleh kaum bukan Melayu terutamanya Cina. Lantaran itu Zam berkata bahawa Umno mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta menganggap MCA sebagai rakan sejati, sealiran fikiran dan sejiwa yang melampaui sebarang perasaan kemelayuan dan keagaman.

Lihatlah betapa sasaunya pemikiran pencacai besar Umno itu. Tidak hairanlah Umno sanggup menggadaikan segala kemelayuan yang konon diperjuangkannya selama ini demi menjaga hati sahabat karibnya dunia akhirat MCA. Satu contoh; memperuntukkan kuota 30 peratus kepada bukan-bumiputera memasuki MRSM, tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa pun.
 

Satu pertanyaan ingin kita ajukan kepada Zam, apakah MCA sendiri sudah terbukti rela untuk mengetepikan perasaan kecinaan mereka di dalam meraikan kehendak Umno? Tak payah pergi jauh…. letakkan Zam bertanding atas tiket BN di kawasan kubu MCA, nescaya DAP yang menang.

Seperkara lagi, apa  yang dapat difahami daripada statemen pariyah Umno itu tidak mengapa agama ditolak ke tepi jika itu sebagai penghalang pencapaian matlamat kongsi kuasa.

Semakin jelaslah Umno kini berkongsi satu agama dengan MCA yakni menolak Islam. Sememangnya sejak dulu lagi telah terbukti Umno lah yang menjadi mahaguru kepada MCA dan lain-lain rakan kongsi kuasa non-Muslimnya di dalam memutarbelitkan kefahaman dan pengertian Islam sebenar.

Sekiranya Umno dan MCA sudah pun seagama,apa salahnya jika Zam mati kelak, tidak perlu diuruskan mayatnya secara Islam maupun Budha,lakukan sahaja kaedah baru yang mencampuradukkan di antara keduanya. Itu baru tepat…..sahabat di dunia dan akhirat!

- Inderaloka  - 23.12.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: