Gara-gara Mahathir: Dolah Terus `Mati Pucuk’
Jika sebelum ini ada pihak yang menggelarkan PM kelima sebagai Si Lembik kerana ketidakupayaannya menyerlahkan karisma sebagai peneraju nombor  satu negara atau sekurang-kurangnya mewangikankan sedikit `kebusukan ` bikinan  Mahathir, tetapi selepas pengumuman lantikan TPM baru dan sedikit rombakan kecil kabinet, Dolah Badawi bukan saja layak menerima gelaran itu bahkan bolehlah diibaratkan sebagai `lelaki mati pucuk.`

Sindrom `lembik` masih ada harapan untuk `dikeraskan` sekiranya sipengidap berikhtiar sungguh-sungguh untuk menjalani rawatan. Sebaliknya `simati pucuk` tidak perlu berbuat apa-apa lagi melainkan menunggu saat untuk diterajang.

Ajaran Islam sendiri mengharuskan sang isteri memohon fasakh terhadap suami yang sudah hilang kejantanannya.

Mahathir diktator tua yang telah mengoyakrabakkan Umno selama lebih dua dekad nampaknya tidak mudah untuk melepaskan `parti tunggangannya` itu kepada mana-mana penunggang gantian.

Situa haprak itu ternyata sudah berjaya `memahathirkan` Umno luar dan dalam.Tanpa Mahathir Umno akan mati,tanpa Umno Mahahtir akan padam.

Umno itu Mahathir, Mahathir itu Umno. Sebarang usaha untuk memisahkan Mahathir daripada Umno hanya sia-sia sama seperti menceraikan `busuk` daripada tahi.

Jauh disudut hatinya, mungkin juga Dolah Badawi terlintas untuk menghalau `puaka tua` daripada Umno sebaik-baik sahaja dirinya dinamakan sebagai pengganti sang ketua.

Bukan menjadi rahsia lagi,bahawa Dolah telah menggunakan khidmat beberapa orang `bomoh handalan Umno` di antaranya TS Musa Hitam bagi memastikan Mahathir berpegang pada janjinya untuk berambus daripada singgahsana kuasa.

Malangnya Dolah tidak punya cukup kekuatan dan jatidiri untuk mengenyahkan buat selama-lamanya `puaka tua` itu dari terus merasuk Umno.

Imej imam sembahyang Umno, pembanteras rasuah, anti-projek mega dan aneka retorika yang cuba ditonjolkan oleh para pembodek Dolah bagi menutupi kelembikan semula jadinya, bukan setakat tidak diyakini rakyat malah agak mengundang kemarahan puaka tua itu.

Tindakan Dolah menangguhkan projek mega landasan Keretapi Berkembar bernilai RM 14.3 Billion yang telah diawardkan kepada Syed Mokhtar kroni rapat Mahathir jelas menyinggung perasaan bekas PM itu.

Begitu juga langkah Dolah untuk mengkambing hitamkan Nazeri Aziz dengan` kes 6000 permit teksi` dan tindakannya menghidupkan semula `kes pembunuhan Mustakizah` yang dikaitkan dengan Ketua Penerangan Umno Megat Joned dianggap oleh Mahathir sebagai percubaan awal Dolah untuk memulakan cengkamannya di dalam Umno.

Kepatuhan Dolah untuk tidak memberi muka pada Ku Li dan jangan menunjukkan sedikit pun belas kasihan terhadap DS Anwar Ibrahim, belum memenuhi syarat untuk beliau tidak digelar sebagai penderhaka oleh situa bangsat itu selagi bekas boyfriend Ziana Zain (SSTinggi Kapar: TPM Baru: Bekas Pasangan Khalwat Ziana Zain Dilantik), Najib Tun Razak tidak dilantik menjadi TPM.

Sebagai `bapak segala penyangak` yang telah merompak sebahagian besar khazanah rakyat untuk diagih-agihkan kepada para kroninya di sepanjang 22 tahun dia berkuasa,Mahathir sigembala tua sudah benar-benar masak dengan karenah haiwan-haiwan gembalaannya. Memadai dengan sekali jerit, akan lintang pukanglah haiwan-haiwan peliharaan itu memasuki kandang.

Justeru itu secara selamba sigembala tua mengisytiharkan bekas boy friend Ziana Zain sebagai TPM di hadapan para pembesar parti pemerintah dan kerajaan pada Selasa malam tanggal 6 Januari 2004 di majlis Farewell Dinner yang dibuat secara tertutup di kediaman rasmi Dolah (kediaman lamanya selaku TPM –masih belum lagi berpindah ke Seri Perdana RM 200 juta Putrajaya) .

Pengumuman rasmi pada keesokan harinya Rabu 7 Januari dituruti dengan sedikit rombakan kabinet menyaksikan `calon TPM Dolah` Muhyiddin Yassin dihumbankan ke Kementerian Pertanian manakala Nor Mohammad Yaakub bekas Penasihat Kewangan Mahathir dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua  menggantikan Jamaludin Jarjis yang mengambil alih tempat Muhyiddin.

Sementara Effendi Norwawi bekas Menteri Pertanian pula dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas. Kementerian ini diwujudkan semula setelah buat beberapa ketika dimansuhkan.

Begitulah hebatnya Mahathir di sisi Umno dan BN. Dolah dan sesiapa pun tidak mampu untuk menghalangi kemahuannya walaupun dikatakan sudah meletak jawatan lebih dua bulan.

Para pendokong dan penyokong BA sewajarnya meyambut `kehadiran semula` Mahathir ke dalam Umno BN itu dengan penuh kegembiraan. Tanggapan mereka selama ini bahawa tangan jahat Tun Kepala Taik masih lagi mendalangi segala bentuk kehaprakan dinegara tercinta ini, kian diyakini rakyat jelata.

Bukan sedikit bilangannya ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi yang mahukan perubahan begitu menyesali `kelembikan` Dolah .Mahathir yang selama ini mereka anggap sebagai liabiliti kepada Umno rupa-rupanya masih belum bertaubat daripada melakukan dosa besar terhadap parti, agama, bangsa dan negara.

BA harus  pantas dan tangkas mengeksploitasi `peluang` yang dicetuskan oleh puaka tua itu. BA tidak perlu lagi mengambil sikap defensif, sebaliknya pendekatan menyerang patut dilaksanakan tanpa sebarang tangguhan.

Seperkara lagi ,jika benar desas-desus yang tersebar sejak beberapa minggu kebelakangan ini bahawa terdapat beberapa kerat `pemuka` didalam BA khususnya keADILan yang agak ghairah untuk menumpangi `tuah Muhyiddin` lupakanlah sahaja impian karut itu kerana  Muhyiddin sudah tidak bertuah lagi.

Tidak ada lagi ` kerja paling paling bodoh` di dunia ini selain daripada menaruh harapan  kepada mana-mana tokoh di dalam Umno untuk membebaskan Anwar Ibrahim sekali gus menegakkan keadilan dan kebenaran, kerana Umno itu selama-lama akan kekal dengan kehipokritannya.

Najib, Muhyiddin, Mike Tyson atau siapa sahaja pemuka `parti pragmatik` itu sama sahaja pegangan politik mereka, lebih-lebih lagi Dolah Badawi yang bukan sekadar lembik tetapi kini telah pun jelas `mati pucuk` kepimpinannya.

- Inderaloka  - 11.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Tangguhkan dahulu!