Perang Pasir: Perompak Terus Bebas - Mesin Disita Pun Lesap
Operasi Pasir ke Operasi Mesin

Perang Pasir yang dilancarkan untuk membanteras kegiatan merompak pasir di Selangor kira-kira dua minggu lalu kini telah memasuki fasa kemuncak.

Perang tersebut sudah pun ditukar namanya daripada Operasi Pasir kepada Operasi Mesin. Ini berikutan kejayaan besar dicapai oleh bala tentera Dr Khir Toyo itu

Di dalam operasi sulung di Daerah Sepang, sebilangan `perompak` berjaya diberkas kemudian disita.

Menurut Dato Abd Fatah Iskandar Exco Kerajaan Negeri Selangor `panglima` yang mengetuai operasi itu, dengan tertawannya `perompak` (Jengkaut–jengkaut lapuk dan lori-lori hantu) itu maka Daerah Sepang diisytiharkan bebas daripada musuh.

Bermotivasikan `kejayaan gilang gemilang` itu Operasi Mesin diteruskan ke Daerah Kuala Selangor pada 14 Januari lepas.

Kali ini Panglima Fatah (selepas ini sebut sahaja Patah) seawal jam 6.00 pagi disertai oleh kira-kira 90 orang pendekar yang terdiri daripada anggota polis, BPR, pihak berkuasa PBT, kakitangan tangan JKR dan beberapa buah jabatan lain sudah memulakan penyerbuan mereka di Kuala Selangor.

Dua orang tawanan telah berjaya diberkas pada pagi itu setelah terjun ke dalam lombong kerana terkejut dengan kehadiran Patah. POW`s itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk sesi soal-siasat.

Dipercayai kedua–duanya bertugas sebagai operator jengkaut yang belum sempat dilarikan daripada kawasan penyerbuan.

Hasil kejayaan operasi di Kuala Selangor melibatkan dua lokasi - di Sungai Darah dan satu lagi di Berjuntai Bistari terbukti lebih hebat daripada yang dicipta di Sepang.

Operasi sehari suntuk itu menyaksikan sebanyak 59 `perompak` ditawan `mati-mati` (bukan hidup-hidup). Anehnya hanya sebilangan kecil sahaja daripada `perompak` tersebut berjaya ditawan dalam kawasan penyerbuan.

Manakala sebahagian besar yang lain hanya ditawan setelah Patah dan pendekar-pendekarnya berjaya menggeledah ladang kelapa sawit di persekitaran kawasan penyerbuan.

Menurut Patah, kemungkinan besar operasi itu awal-awal telah `leaking` bagi membolehkan para pengusaha pasir terlebih dahulu bertindak untuk menyembunyikan mesin–mesin itu di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan.

Dengan tertawannya 59 ‘buah’ perompak itu, sekali lagi Khir Toyo dan Panglima Patah mengisytiharkan sebuah lagi daerah – Kuala Selangor - bersih daripada musuh.

Beberapa buah daripadanya diangkut dan di sita di Balai Polis dan Pejabat Daerah Kuala Selangor. Sebahagian besarnya pula disita di Sungai Tinggi dan Rantau Panjang - berhampiran dengan lokasi penyerbuan.

Sebelum `perompak-perompak` tersebut disita, Panglima Patah telah mengarahkan supaya semua enjin dinyahaktifkan (tidak boleh dihidupkan) dan dikawal ketat.

Tugas pengawalan diserahkan Permodalan Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd (KEDB) kerana insiden itu berlaku di kawasan tanah milik kedua-duanya yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

Akhirnya…..Mesin yang disita pun lesap.

Belum sampai pun 24 jam, mesin-mesin sitaan itu didapati lesap daripada zon penyitaan.

Khir Toyo telah mengarahkan pihak polis dan BPR segera menyiasat punca kehilangan penuh misteri itu.

Beliau berkata demikain ketika ditemui wakil media selepas merasmikan `Team Building` Umno Bahagian Kelana Jaya di Institut Budaya Melayu Baru (IBBM) di Kemensah pada malam 16 Januari lepas.

Meskipun bilangan `mesin-mesin sitaan` yang berjaya `melarikan diri` daripada zon penyitaan itu tidak disebut secara terperinci, apakah Menteri Besar Selangor itu sudah hilang akal? Atau menganggap kebanyakan rakyat Selangor ini bermindakan `selut` serta `otak udang`?

Lori-lori hantu, mesin-mesin berat dan jengkaut-jengkaut lapuk tersebut tidak akan lesap daripada zon penyitaan sama seperti mesin rumput lesap daripada simpanan di dalam setor, atau motorsikal dan basikal yang hilang kerana kecuaian para pemiliknya?

Untuk mengalihkan mesin-mesin berat dan lori hantu itu, sudah tentu memerlukan masa, kakitangan dan peralatan yang lengkap termasuklah lori pengangkut (low-loader) serta crane.

Biasanya purata masa yang diambil untuk mengalihkan sebuah `benda` berkenaan minima mengambil masa 1 jam dalam keadaan normal.

Bayangkan jika 20 mesin-mesin berat itu sudah berjaya dilarikan daripada tempat penyitaannya, sudah tentu mengambil masa hampir sehari .

Ertinya para empunya mesin-mesin berat yang telah disita itu sengaja diberi peluang berbuat demikian oleh pihak pengawalan sendiri.

PNSB dan DESB hanya menutup sebelah mata ketika menyaksikan insiden melarikan mesin-mesin sitaan itu berlaku. Mungkin begitu senario sebenarnya!

Wayang apakah ini? Wayang Jawa, wayang Cina, wayang India ..bukan! Sebenarnya adalah wayang-wayang penyangak, penyamun,perasuah dan perompak harta rakyat .

Atau mungkin ini sebahagian daripada tanda-tanda `buang tebiat` pemimpin bacul dan rosak akhlak yang sedang menunggu ajal politik mereka ?

Menurut satu sumber sahih daripada Putrajaya, dua orang tokoh Selangor yang kini berada di Federal akan diturunkan untuk menghalau Khir daripada Shah Alam.

Jagoan rasuah itu dikatakan sudah menjadi `liabiliti besar` kepada Umno Selangor. Dia tidak mampu lagi mengekang asakan BA dan DAP. Penyelamat mesti dibawa turun jika tidak Selangor pasti punah.

Mereka adalah Dato Shafie Salleh, Timb. Menteri Kewangan merangkap MP Kuala Langat dan Dato Noh Omar SUP JPM juga selaku MP Tanjong Karang.

Namun Shafie dikatakan lebih cerah peluangnya untuk menjadi MB jika BN masih mampu mengekalkan kuasanya pada PRU akan datang, berbanding Noh dikatakan agak sukar diterima oleh semua pihak di dalam Umno Selangor.

Noh pernah digelar `Mail Kerbau Umno Selangor`, Apa sebabnya kurang pasti pula.

Ertinya Khir akan ditolak ke Parlimen, sementara Panglima Patah akan dipaksa mengosongkan kerusi Dun Sijangkang yang disandangnya sekarang kepada Shafie.

Khir dilihat tidak bermasalah untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar atau Serdang yang kedua-duanya diketuai oleh beliau pada peringkat penajaan sekarang.

 Dia boleh memilih mana satu yang selesa walaupun menang belum pasti lagi!

Apa pun nasib Panglima Patah lebih malang, dia kemungkinan akan hilang segala-galanya. Adalah terlalu sukar untuk Panglima Patah mengambil alih kerusi Parlimen Kuala Langat daripada Shafie sebagai tukar ganti kepada Dun Sijangkang.

Bukan Panglima Patah tidak layak, tetapi terlalu ramai `tokoh Umno` di situ yang mengidami kerusi tersebut dan kempen `all-out` sedang dibuat untuk memastikan Fatah betul-betul `patah dan remuk` di Kuala Langat-bahagian yang diketuainya sekarang.

Justeru, kalau kedua-duanya membuang tebiat munasabah juga. Seorang membuang tebiat kerana terlepas `kuasa` untuk terus membaham rasuah, sementara seorang lagi membuang `tebiat` kerana tak lama lagi akan bergelar `wakil rakyat pencen`.

Lantaran itu usahlah dihairankan jika kedua mereka akan terus menawan seberapa banyak mesin berat, excavator lapuk, traktor dan lori-lori hantu untuk `didakwa` nanti kerana mengakibatkan kerajaan Selangor kerugian hampir RM 200 juta.

Merekalah perompak sebenar. Yang mereka perangi itu adalah manifestasi daripada kejelekkan mereka selaku pemimpin yang tidak punya kekuatan diri dan moral serta akhlak.

Berapa lamakah lagi rakyat Selangor Darul Ehsan sanggup bertahan dan bersabar menghadapi `pengkhianat bangsa, agama dan tanahair` seperti ini? Nak tunggu segala-galanya hancur baru bertindak?

- Inderaloka  - 17.01.2004 (suntingan M@RHAEN)
Operasi Pasir: Jengkaut Diberkas, Perompak Terlepas

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN