MENJELANG 100 HARI PAKLAH SEBAGAI PieM:
J.W.W Birch `Hidup Semula` Di Pasir Salak
“Seronok betul dapat belasah orang malam ini.”
demikian antara cakap-cakap yang dapat penulis dengari terpacul keluar daripada mulut `sekawan samseng upahan` yang masih berkeliaran disekitar kawasan Markas keADILan Permatang Pelanduk, Pasir Salak selewat jam 1.00 pagi tanggal 25 Januari 2004.

Samseng-samseng upahan tersebut nampaknya begitu megah setelah berjaya menyerbu menerajang dan membelasah rakyat marhaen yang menyertai program pelancaran Gerakan Anwar Bebas (GAB) Peringkat Negeri Perak di premis berkenaan dua jam sebelum itu.

Sebagai salah seorang daripada ribuan rakyat yang hadir dan menyaksikan dengan mata kepala sendiri keganasan samseng-samseng upahan itu, tidak ada gelaran yang lebih layak diberikan kepada mereka kecuali `anjing’.

Sesungguhnya kebuasan samseng-samseng upahan itu mengingatkan kembali sejarah silam betapa gerombolan yang sama ganas dan tidak beradab pernah menghuru-harakan bumi Pasir Salak.

Tatkala itu gerombolan tersebut merupakan anjing-anjing upahan JWW Birch terdiri daripada Sepahi-sepahi (Sepoi-sepoi) Punjabi dan beberapa kerat pengkhianat bangsa ditugaskan untuk memburu para pejuang rakyat berjiwa merdeka yang dikepalai oleh Datuk Maharajalela Lela dan Datuk Sagor.

Namun kini, setelah lebih satu abad JWW Birch menemui ajalnya di Pasir Salak penangan pahlawan rakyat Si Puntum, samseng-samseng upahan itu muncul semula untuk meneruskan tugasan sebagai barua `JWW Birch baru` bernama Ramli Ngah Talib yang beragama Umno dan `bertuhankan` lelaki paling bacul lagi lembik bernama Dolah Badawi.

Apa pun penulis amat kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh para reformis dan rakyat jelata khususnya warga Pasir Salak pada malam itu. Meskipun sebahagian mereka dibelasah dan dikasari oleh samseng-samseng upahan Umno-Dolah Mati Pucuk, tetapi sikit pun tidak mengeluh dan mengaduh sebaliknya tetap bersabar menahan kesakitan.

Bagi mereka kesakitan dibelasah dan diterajang adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan penderitaan yang dialami oleh `Datuk Maharajalela` mereka Anwar Ibrahim.

Ternyata semangat perjuangan Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan Si Puntum masih begitu menebal di sanubari warga berjiwa merdeka di Pasir Salak. Ayuh! Terjemahkanlah semangat itu untuk mempastikan `JWW Birch` lenyap terus dari bumi Pasir Salak dan Malaysia.

Catatan: (Samseng-samseng upahan tersebut diketuai oleh OCPD Teluk Intan bernama Ismail – pembantunya bernama Arjunaidi dan SB yang `paling kurang` ajar bertubuh kurus kering macam penagih dadah tak pasti namanya, tetapi menurut penduduk tempatan malaun itu memang Mat Gian.). Do`akanlah apa saja buat mereka…..!

- Inderaloka  - 25.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN