Selamat Jalan Lokman!
Pra-reformasi: Lokman Hanya Budak Hingusan Umno Johor

Lokman Noor Adam bukanlah sesiapa kalau dia tidak menyertai perjuangan reformasi. Statusnya di dalam Umno sebelum meledaknya reformasi hanyalah `trouble-maker` klas rendah semata-mata.

Di kala itu Pemuda Umno Johor sendiri tidak begitu mempedulikan kenakalan Lokman. Mereka mengklasifikasikan Lokman sebagai budak hingusan yang sering menjerit kerana mahukan jajan.

Menyedari jeritannya tidak dilayan, Lokman mengambil keputusan untuk terlibat dengan reformasi. Dia mencongak DSAI akan menang mudah kemudian menjadi PM melalui gerakan reformasi.

Mentaliliti Lokman itu dikongsi bersama oleh sebilangan rakan sebaya penganut Umno yang pada mulanya ghairah bereformasi sebelum menyertai keADILan sebaik-baik sahaja parti itu ditubuhkan pada 4.4.1999.

Pasca-PRU 99 menyaksikan sebahagian daripada `penghairah-penghairah reformasi` sementaliti dengan Lokman (tentunya ex-Umno) cabut meninggalkan keADILan untuk kembali ke pangkal jalan yang sesat.

Polong Tak Bertuan Masih Berkeliaran Di Dalam keADILan

Walaupun bukan semua, tetapi masih terdapat pengongsi mentaliti Lokman yang berkeliaran 'bak polong tak bertuan' di dalam keADILan sehingga saat ini.

Polong-polong itu sedang ternanti-nanti untuk pulang ke tempat asal-usul mereka kerana tidak lagi serasi tinggal di tempat sekarang di mana mereka tidak lagi berpeluang menghisap darah dan merasuk sesuka hati.

Jangan terperanjat sekiranya dalam tempoh terdekat ini bukan setakat polong muda sebaya Lokman, malah beberapa ekor yang tua bangka akan terbang pulang ke lubuk asal mereka untuk meneruskan kerja` kepolongan` bersama PM Mati Pucuk Dolah Badawi.

Bukankah satu-satunya `kata hikmat` Dolah yang tak henti-henti dituturkan sebaik-baik sahaja diperlembukan sebagai PM oleh Mahathir: “Bekerjalah bersama saya, bukan bekerja untuk saya.”

Sesuai benarlah Lokman dan `polong-polong tak bertuan` seetnik dengannya, menyahut seruan PMMP Dolah Badawi yang dulu, kini dan selamanya dirasuk oleh Bapak Segala Polong – Mahathir Pencetus Krisis Bangsa dan Agama.

Syabas buat Ezam Mohd. Noor yang tangkas bertindak mengusir keluar perasuk perjuangan. Semoga keberanian anak muda itu akan terus menggerunkan bukan sahaja lawan bahkan rakan (terutamanya pemuka-pemuka keADILan) yang cuba mempolitik dan mempajak-gadaikan perjuangan Wira Rakyat Terbilang Anwar Ibrahim.

- Inderaloka  - 27.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN