Dari Reformasi Ke Deformasi: Lokman Mangsa K3P Di dalam KeADILan
MPT Wajib Hapuskan K3P

Sebaik-baik sahaja saf pimpinan tertinggi KeADILan merestui tindakan Ezam memecat Lokman sebagai SU Pergerakan Pemuda, sekali gus menggantung keahlian di dalam MPT sementara menunggu keputusan penyiasatan terhadap dakwaan salahlaku politiknya di dalam parti, bekas tahanan ISA itu seharusnya tidak perlu membazirkan tenaga dan masa serta menebalkan muka untuk mengakui bahawa dia masih berada di dalam lingkaran Reformasi.

Sekujur jasadnya sudah pun berada di luar kecuali sebelah kakinya masih menapak di dalam lingkaran, memadai sekali henjut dan sesedutan nafas, terkeluarlah dia secara total untuk kembali menuju ke zon deformasi (pencacatan ) yang ditinggalkanya beberapa tahun lalu.

Selama lebih lima tahun anak muda itu bergelumang dengan tribulasi untuk menempatkan dirinya sebagai kartika (bintang) Reformasi di mata rakyat marhaen, akhirnya terperdaya dengan khayalannya sendiri.

Untuk meletakkan beban kesalahan secara mutlak kepada Lokman kerana membeloti perjuangan setelah tercatat sebagai kumpulan awal yang menjuak (menjulang) Anwar dan Reformasi adalah kurang adil.

Sebenarnya dia adalah mangsa K3P yang sentiasa berkeliaran di dalam mana-mana lingkaran perjuangan.

Rejim korup Umno BN menerusi Kementerian Penerangan menubuhkan K3P – (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca) hampir dua dekad lalu sebagai jentera propaganda untuk membohongi rakyat.

Pengasasnya Tok Mat Bulat (Muhammad Rahmat) bekas Menteri Penerangan sudah pun menggolek keluar daripada arus politik Umno BN. Jawatan akhirnya sebagai Setiausaha Agung BN, baru saja diambil alih oleh seorang lagi penyangak yang tak kurang hapraknya bernama Khalil Yaakub.

Apa pun peranan K3P versi rejim korup itu tidak berubah walau siapa pun pengendalinya. Tugasan utama adalah menghasut rakyat daripada menghampiri kebenaran dan keadilan.

K3P yang memangsakan Lokman tidak ada bezanya daripada segi misi dan visi dengan K3P rejim korup. Cuma namanya sahaja yang berlainan. K3P yang berkeliaran di dalam KeADILan paling tepat jika dinamakan Kumpulan Polong Perasuk Perjuangan atau Kumpulan Pedagang Politik Perut. Pilihlah yang mana sesuai.

Kurang logik jika ada telahan Lokman bertindak sebagai penjuak (penghasut) upahan Umno secara solo. Tidak mungkin dia seberani itu sekiranya K3P bukan sebuah gerakan dalaman parti yang terencana.

Pastinya gerakan penghasut itu dianggotai lebih daripada seorang. Justeru itu siapa lagi musibat-musibat yang beraksi bagai musang berbulu ayam itu? Siapa master mindnya, siapa chiefnya, siapa….?

Mustahil MPT tidak tahu menahu kecuali kebanyakan mereka sekadar rileks-rileks memanaskan kerusi pimpinan atau pun bersekongkol dengan K3P. Jika tidak! mereka wajib meyakinkan ahli parti dan rakyat marhaen dengan memburu dan mencabut hingga ke akar umbi pengkhianat-pengkhianat` perjuangan Anwar (rakyat) itu`.

Ezam Mohd. Noor pemuda gagah candang (sangat berani) telah pun memulainya, MPT tunggu apa lagi! Walau bilangan K3P itu barangkali beberapa kerat sahaja, jangan sesekali terlepas pandang.

Peluang masih terbuka buat mereka untuk memukul KeADILan dan BA. Mungkin ketika ini mereka kecut perut melihat Lokman yang terbongkang keseorangan, tetapi apabila sampai saatnya berpilihan raya dan mereka tercalon, sudah pasti tanpa sebarang keraguan mereka akan menjual diri kepada Umno BN. Itulah sebenarnya nawaitu K3P itu!

MPT sewajarnya tanpa sebarang kompromi melakukan evakuasi (penyingkiran) dengan mengabaikan status atau pengaruh musibat-musibat tersebut sebaik-baik sahaja kemusangan mereka dikenal pasti. Lakukannya mulai sekarang jangan bertangguh-tangguh.

Biar cepat asalkan selamat! Usah terikut-ikut kelembikan Dollah Badawi, gara-gara terhegeh-hegeh untuk melantik Muhyiddin sebagai TPM pilihannya, akhirnya Najib bekas boy friend Ziana Zain yang ditabalkan oleh Tun Kepala Taik Mahathir.

Kesian Lokman! Dari Reformasi Kembali Semula Ke Deformasi

Kesian Lokman! rupa-rupanya pelbagai tribulasi yang dilalui sepanjang terlibat dengan gerakan Reformasi, kemuncaknya dia meringkuk bersama-sama 5 orang rakan juang yang lain termasuk Ezam di Universiti Kamunting, masih belum dapat mematikan sepenuhnya `akidah Umno` yang bersarang di sudut hatinya.

`Akidah Umno` itu hanya lumpuh buat sementara lantaran mantera Reformasi, namun kelumpuhan itu hanya memerlukan enam bulan untuk segar semula selepas Lokman bergelar graduan ISA.

Penggerak K3P di dalam KeADILan memang licik. Mereka menolak Lokman ke depan kerana `kehebatan` anak muda itu. Mereka sedar tidak memiliki `keistimewaan` seperti Lokman bagi memudahkan kerja-kerja menghasut rakan juang lain untuk menyertai Umno.

Mereka mencongak `pengorbanan hebat` Lokman akan melunakkan hati golongan sasar, lebih-lebih lagi `isu pembebasan Anwar` ditonjolkan sebagai motif utama untuk mewajarkan niat jahat mereka itu.

Buat golongan sasar yang kurang arif sepak terajang politik, skrip khas disediakan oleh K3P untuk memukau mereka.

Lokman disuruh meratap dan mengeluh betapa pengorbanannya tidak diendahkan oleh Ezam dan pimpinan KeADILan yang lain, sedangkan dia punya keluarga untuk disara.

Situasi tersebut meletakkan dia di persimpangan sama ada memilih perjuangan atau keluarga. KeADILan hanya menyediakan wadah perjuangan tetapi Umno menjanjikan wang.

Walau pun wang bukan segala-galanya di dalam hidup ini, tetapi segala keperluan hidup membutuhkan wang termasuk perjuangan. Dengan wang kita boleh mereformasikan Umno daripada dalam.

Calang-calang orang pasti terharu bahana ratapan itu. Silap-silap terhasut untuk menyertai Umno atau sekurang-kurangnya merestui dalam diam.

Kerja onar K3P itu tidak tertumpu kepada KeADILan sahaja, malah tanpa segan Lokman memberitahu kalangan pimpinan tertentu di dalam Pas bahawa BA sudah tidak relevan lagi. Beberapa orang tokoh KeADILan di antaranya Ezam dan Azmin Ali akan kembali menyertai Umno.

Lihat betapa cekapnya mereka berserampang dua mata. KeADILan dihasut menyertai Umno pada masa yang sama Pas dimomokkan agar meragui kesetiakawanan KeADILan supaya BA hancur. Bukankah itu kerja polong namanya!

Berapa ringgit agaknya sekilogram Umno membeli Lokman? Seribu, sepuluh ribu, seratus ribu terpulanglah kepada persetujuan yang mereka capai. Walaupun Najib menafikan bahawa partinya menggunakan wang untuk membeli musibat-musibat tertentu di dalam BA yang punya sedikit nama, tetapi siapa pula yang mahu mempercayainya?

Mentaliliti Umno yang sudah dipasakkan dengan rasuah, akan merasuah siapa sahaja untuk mendapatkan sokongan. Budaya politik wang itu sudah berkematu di dalam Umno! Jangan nak temberanglah.

Lokman dan tiga empat kerat munafik-munafik perjuangan tidak perlu menunggu sehingga esok, sebaik-baiknya saat ini juga segeralah terbang ke sarang asal yang menempatkan sejuta kebobrokan kerana tak seorang pun pendokong Reformasi dan BA yang masih mempercayai mereka.

Sebaik-baik sampai ke destinasi, bolehlah Lokman menyertai Pemuda Lembut Pondan Tua Bangladesh Hisham atau Khir Toyo Jagoan Rasuah untuk sama-sama menjerit: `Deformasi! Deformasi! Deformasi!` di depan PM Lembik@PMMP Dollah Badawi.

Deformasi bermaksud pencacatan. Umno BN sudah lama cacat. Kecacatan itu tidak mungkin boleh dipulihkan melainkan menunggu saat kereputan.

Seperkara lagi, belum pun sampai 72 jam Lokman buat hal, sudah kedengaran nada-nada sumbang daripada Umno Johor khususnya Bahagian Kluang yang menyuarakan: “Jangan layani sangat `pencari makan` itu!”

Percayalah! selepas ini apa pun pendedahan yang akan dibuat oleh Lokman konon untuk menelanjangkan Ezam dan keadilan, ianya tidak akan menarik perhatian sesiapa pun sebaliknya mengundang keboyakan (kebosanan) yang amat sangat.

Kalau Umno sendiri siang-siang sudah tidak mempercayai Lokman, apa pula yang diharapkan daripada BA, reformis dan rakyat marhaen?

Buat YB Azmin Ali pula: “Bila lagi nak pecat Lokman daripada Ketua Penerangan KeADILan Selangor? Jangan lambat-lambat takut nanti tak fasal-fasal YB juga digelar sebagai Polong Tak Bertuan.” Amat buruk gelaran tu!

- Inderaloka  - 29.01.2004 - 8.20 pagi (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN