Selamat Berambus Zahid Mat Arif  and Klik!
Kalau tiada aral melintang, hari ini Rabu 11 Februari 2004, K3P (Kumpulan Polong Perasuk Perjuangan) yang sudah begitu lama berkeliaran, akan mendedahkan identiti mereka sekali gus bertindak meninggalkan keADILan.

Diberitakan upacara pendedahan identiti dan kepulangan semula ke pangkal jalan (sesat) K3P itu akan dibuat di hadapan Imam Umno Dolah Badawi dan para makmum (penyamun) yang lain.

Bekas cucu saudara Tun Abd. Ghaffar Baba, Zahid Mat Ariff khabarnya akan mengepalai istiadat menyatakan `penyesalan` tidak terhingga kerana meninggalkan Umno selama lebih 5 tahun di samping memperbaharui ikrar akan `hidup dan mati` bersama-sama Umno sekali lagi.

Kalau deformis Lokman menyerang Ezam dan beberapa orang  tokoh keADILan yang lain kerana kononnya mereka telah menyelewengkan dana parti,apa pula alasan K3P menyertai semula Umno?

Biasalah, perjuangan keADILan sudah tidak relevan, demi perpaduan Melayu, Pak Lah ikhlas untuk melakukan perubahan….. dan macam-macam lagi.

Difahamkan Roslan Kassim Pengerusi keADILan Negeri Sembilan, Hanapiah Man bekas Exco Pemuda keADILan, Hamdan Taha bekas Naib Ketua Penaja Pemuda keADILan Pusat dan beberapa orang `bekas tokoh` dari Pahang yang sudah lama statik, akan turut menjual diri dan maruah mereka bersama-sama Zahid.

Ketua Pergerakan Pemuda keADILan Perak Zool Helmi yang baru dibelasah FRU pada 24 Januari lalu kerana terlibat menganjurkan program Gerakan Anwar Bebas (GAB) peringkat Negeri Perak di Pasir Salak, juga `dipaksa` untuk menyertai kumpulan berkenaan.

Zool Helmi diculik oleh Hamdan Taha pada sebelah petang 10 Februari dari Teluk Intan untuk dibawa berjumpa bekas boyfriend Ziana Zain TPM Najib pada sebelah malam. Ketika artikel ini ditulis Zool sedang di dalam kurungan dan kawalan ketat kumpulan terlibat di Hotel Quality.

Menurut suatu sumber yang boleh dipercayai, kumpulan di atas adalah merupakan `badge` pertama sebelum diikuti oleh `badge` kedua di dalam masa yang terdekat akan mengambil langkah yang sama untuk menyertai semula Umno.

Sebenarnya baik Umno mau pun keADILan (BA) tidak mudah untuk tidak mempercayai bahawa Zahid Mat Arif dan rakan serasukannya bukan pencari makan yang sama taraf dengan ayam, itik, lembu dan kambing. Itulah hakikat diri mereka!

Soalnya setakat mana para pencari makan itu dapat memastikan diri mereka tidak ditipu dan berapa lamakah Umno sanggup melayani `kelahapan` mereka yang memang sudah lama berlapar? Siapa tipu siapa nanti? Yang pasti Umno `kaki belit` tidak mudah tertipu!

- Inderaloka  - 11.02.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN