Hamdan Penjual, Najib Pembeli – Sebelas Malaun Bertukar Tuan
Sebenarnya tindakan empat orang `bekas pemimpin kecil` keADILan yang `menghidupkan` semula keahlian mereka di dalam Umno pada 11 Februari 2004 lalu, tidaklah begitu diambil peduli oleh kebanyakan para penyokong BA diperingkat akar umbi.

Mereka berempat cuba digambarkan oleh media pengampu sebagai tokoh penting penggerak keADILan, walhal kelibat mereka sudah lama tidak kelihatan di mana-mana program parti sama ada dalaman maupun luaran .

Hamdan Taha sudah dianggap bukan lagi warga keADILan sejak dia meletakkan jawatan sebagai Naib Ketua Penaja Pemuda keADILan menjelang Perhimpunan Agung Tahunan di Kemaman 2001 lalu.

Manakala Roslan Kassim pula lebih dikenali sebagai jurujual Shakelee dan Poropolis Gold dari statusnya sebagai pemimpin parti, semenjak dua tahun kebelakangan ini.

Sementara Zahid Mat Arip sudah sekian lama diketahui `bergantung hidup` dengan saraan bulanan daripada Dato Zahid Hamidi ahli MT Umno. Hanapiah Man meskipun selalu kesempitan wang tetapi dia dikatakan lebih `smart` dan tidaklah segelojoh bekas cucu saudara Tun Ghaffar Baba itu.

Kekerapan kedua-duanya dan seorang dua `pemuda cicak mengkarung` berkunjung mengadap Dato Aziz Sheikh Fadzir Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, meletakkan diri mereka seolah-olah Exco Pemuda Umno bukan lagi Exco Pemuda keADILan.

Taraf lapan orang pengikut yang telah berjaya mereka sesatkan untuk menyertai semula Umno, tidak lebih dari `gurkha yang tak bernama`. Lantaran itu tak perlu membuang masa untuk memperkenalkan siapa mereka.

Hamdan difahamkam begitu menyinga apabila ada pihak tertentu di dalam keADILan dan BA mendakwa punya cukup bukti untuk mengaitkan penyeberangannya dan sebelas musibat lain kepada Umno adalah atas dasar `urusan jual beli` dengan bekas boyfriend Ziana Zain, Najib Tun Razak.

Ketika menafikan dakwaan itu, Hamdan bagi pihak sebelas rakannya yang lain berkata : “Kemasukan semula kami ke dalam Umno adalah berdasarkan realiti politik bukan kerana sebab-sebab lain.”

Tiada siapa pun boleh menafikan kebenaran Hamdan itu kerana realiti politik yang dimaksudkannya adalah `politik wang` yang sudah berakar umbi di dalam Umno dari bawah hinggalah ke atas.

Roslan, Zahid dan Hanapiah sebelum ini juga kerap kali mengakui secara terbuka di dalam ceramah-ceramah mereka bahawa Umno memang sudah lama berhasrat untuk membeli mereka.

Zahid dan Hanapiah mendakwa pernah ditawarkan wang tunai ratusan ribu RM, Roslan pula cuba dipancing dengan RM 2 juta tetapi semua itu mereka tolak demi perjuangan. Itu dulu ketika hati masih meyakini kemurnian perjuangan, tetapi sekarang semuanya terbang melayang!

Penantian yang agak lama terhadap `kemenangan` membuatkan mereka bosan. Segala-galanya habis terlucut. Anwar Ibrahim tidak juga bebas-bebas. Ketika di dalam Umno dulu segala-galanya mewah. Apabila terlibat dengan reformasi satu persatu tertanggal. Mana boleh tahan!

Bak kata Roslan di dalam kenyataannya kepada media untuk menyedapkan hatinya yang bergelodak kerana mengkhianati perjuangan: “Setelah merenungi sedalam-dalamnya dan bermuhasabah diri maka adalah wajar untuk membuka sebuah lembaran baru yang tidak akan membicarakan perkara remeh-temeh dan mudah menuding jari ke arah……….”

Tak payahlah berbelit-belit memutar lidah biawak tu, Roslan hanya perlu menyatakan: “Menyesal kami ikut Anwar, duit habis, pangkat pun hilang. Walaupun Rahim Tamby Chik, Aziz Shamsuddin dan Najib itu penyangak besar tetapi mereka boleh beri wang dan kemewahan, jadi tak salahlah masuk Umno semula. Apa Reformasi! Reformasi! Semua tu karut.”

Mujurlah malaun yang bernama Roslan ini tidak dimenangkan di dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang dan tidak pula dia diberi tempat sebagai salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden keADILan di dalam pemilihan parti sesi lalu. (2001-2004)

Untuk makluman semua, ketika berkempen bagi jawatan Naib Presiden itu, Roslan adalah antara calon yang menjadikan isu `penyelewengan dana parti` sebagai bahan kempennya untuk meraih sokongan para perwakilan..

Sasarannya tatkala itu adalah Azmin Ali kerana bekas SU Sulit DSAI itu dikatakan sebagai orang yang ingin mencantas Roslan dan fraksi Abim. Walau apa pun niat Roslan itu tidak tercapai. Dia hanya menduduki tempat keempat di belakang Sheikh Azmi.

Ertinya sebelum Lokman memainkan isu `penyelewengan dana parti` Roslan telah mendahuluinya. Tidak mustahil mainan Lokman itu diatur sendiri oleh Roslan dengan menjadikan Ezam pula sebagai sasarannya.

Bayangkanlah jika Roslan memenangi kerusi Parlimen Teluk Kemang kemudian diikuti kerusi Naib Presiden keADILan tentulah harga dirinya bukan setakat RM 2 juta mungkin mencapai angka RM 10 juta di sisi Umno dan Najib Tun Razak !

Tetapi kekadang sukar juga untuk mempercayai Umno sanggup membayar bangsat-bangsat politik seperti itu ratusan ribu malah hingga jutaan RM. Janji dan nyanyi mereka memanglah wujud, tetapi apabila `advance` telah dibayar maka ianya terhenti setakat itu sahaja.

Seperti yang disebut oleh Zoolhelmi Yahya Ketua Pemuda keADILan Perak, Najib Tun Razak menawarkan RM500 ribu jika dia bersetuju meninggalkan parti. Advance telah dibayar pada pertemuan malam itu (10 Februari) bakinya pula akan dilangsaikan dalam tempoh tiga bulan.

Alhamdulillah walaupun Zoolhelmi hidup serba susah tetapi beliau masih memiliki maruah. Tidaklah dia terpesona dengan janji Umno, Hamdan Taha dan Najib.

Percayalah! Tempoh tiga bulan yang dijanjikan itu hanya kelentung belaka. Apa yang mereka perolehi di dalam bayaran `advance` tadi, itulah sebenarnya nilai diri mereka.

Kalau Roslan dibayar `advance` RM50 Ribu, Zahid dan Hanapiah RM25 Ribu serta `gurkha-gurkha tak bernama` yang lain setakat beberapa ribu RM sahaja, mereka tidak boleh mengharap lebih daripada itu.

Baki jutaan dan ratusan ribu RM yang dijanjikan hanya boleh dituntut di alam mimpi sahaja. Kalau tidak menipu, bukanlah Umno namanya.

Justeru itu Hamdan Taha tak perlu menyusah-nyusahkan diri menyatakan kesediaan untuk bersumpah dan mencabar orang lain agar berani bersumpah demi menjaga kesucian Umno konon!

Umno itu sudah terlalu kotor luar dan dalam, tidak mungkin boleh disucikan dengan sumpah yang sudah menjadi mainan hidup bangsat-bangsat politik kelas pariyah yang semabur (sama taraf) dengan Hamdan, Lokman, Roslan, Zahid, Hanapiah dll.

Seperkara lagi jika diperhati, DS Abdullah Badawi tidak menampakkan reaksi cerianya ketika menemui pencari-pencari makan tersebut di sebuah bilik kecil di pejabat PM di Putrajaya antara jam 5.50 – 6.20 petang 10 Februari lepas.

Kalaulah pertemuan itu dianggap penting oleh Abdullah sudah tentu ia berlaku di dalam waktu pejabat (office hours) dan mendapat liputan luar biasa. Namun ia berlaku di luar waktu pejabat dan liputannya pula ala kadar sahaja.

Dalam erti kata lain Abdullah hanya memandang sebelah mata sahaja drama yang diarahkan oleh bekas boy friend Ziana Zain itu. Abdullah walaupun lembik, tetapi beliau tahu memang wujud urusan bisnes persis `jual beli kerbau` di antara Hamdan Taha dengan Najib.

Abdullah juga tahu kalaulah karenah Najib yang telah membeli 11 ekor kerbau dari Hamdan tidak dilayan, nescaya TPM itu kecil hati dan di dalam situasi dirinya sebagai Pemangku Presiden belum diendorskan lagi, adalah terlalu bahaya jika hati Najib disinggung.

Ertinya Abdullah mau tak mau akan terus melayani apa dan siapa saja yang dibawa kepadanya oleh Najib, meskipun tindakannya berbuat begitu dilihat bodoh oleh rakyat dan kebanyakan ahli Umno sendiri!

KeADILan dan BA tidak pun terjejas dengan tindak tanduk segelintir pencari makan itu. Malah hasrat untuk merealisasikan politik baru akan lebih mudah terlaksana dengan kepergian `pengamal-pengamal politik kuno` seperti Roslan dan geng-gengnya itu.

Apa pun, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kesediaan mereka untuk tidak bertangguh-tangguh lagi menyertai semula Umno kini dan selamanya.

Setidak-tidaknya cabaran penulis telah mereka sahut, bagaimana pula baki dua tiga kerat lagi? Lekas-lekaslah declare!

- Inderaloka  - 13.02.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Artikel terdahulu: Inderaloka: Selamat Berambus Zahid Mat Arif  and Klik!

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN