Peringatan Buat Semua
Oleh Kluang Man - (Dipetik drp FGR)
Sebenarnya yang akan disoal di Padang Masyar nanti bukan parti. Tetapi individu yang menyokong parti. Jika perjuangan parti itu betul maka mudahlah, jika tidak, payahlah di Padang Masyar.

Bagi sesiapa yang percaya dan mengatakan Anwar peliwat fikirkanlah. Undang-undang Islam, Nabi Muhammad SAW, dan Al-Quran mengatakan untuk mensabitkan seseorang itu zina (termasuk liwat) memerlukan 4 saksi lelaki yang adil. Tapi Arifin Jaka kata seorang saksi macam Azizan pun sudah cukup. Kita mahu percaya Undang-undang Islam, Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran atau Arifin Jaka dan Mahathir? Tepuk dada tanya Iman.

Bagi mereka yang percaya tanpa berniat untuk menghina hukum Islam, berdosa besar. Bagi sesiapa yang percaya dan menganggap hukum Islam lebih rendah dari undang-undang perlembagaan Malaysia hukumnya murtad. Bukan saya menuduh sianu-sianu murtad, tapi saya mengatakan sesiapa (termasuk orang PAS) yang percaya Anwar peliwat kerana percaya bahawa undang-undang dan perlembagaan Malaysia, Arifin Jaka dan Mahathir lebih tinggi, lebih betul dari hukum Islam itu adalah murtad. Kerana kesannya, kita mengatakan bahawa Undang-undang Islam, Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran lebih rendah tak tak boleh dipakai di Malaysia.

Kita tak pernah mengatakan orang Umno murtad atau kafir. Kita hanya kata sesiapa yang melakukan perkara yang mensyirikkan Allah dengan rela hati itu murtad. Misalnya kita melihat orang Islam yang menyembah berhala dengan menganggap berhala itu tuhan, kita tak boleh kata sianu ni murtad tapi kita boleh kata bahawa perbuatan sianu itu boleh membawa kepada murtad.

Mungkin Orang dan penyokong Umno terasa, tak tahu le. Siapa Makan nangka dialah yang kena getahnya. Saya tak kata Anwar baik tetapi saudara Anwar bagi saya tidak pernah terbukti bersalah berdasarkan kaedah Islam. Hukuman yang dijatuhkan terhadap Anwar tidak sah dan penjaraan ke atasnya itu satu kezaliman!

"Jangan kamu cenderung kepada orang Zalim nescaya kamu akan disambar oleh api neraka" (Surah Hud-113). Ini belum lagi disentuh perjuangan Umno yang terus mengekalkan Perlembagaan penjajah, langsung tidak mahu menegakkan Hukam Islam yang Syumul, meletakkan Islam entah nombor ke berapa dalam pentadbiran negara dan banyak lagi yang tidak mampu saya sentuh.

Kebanyakkan perbuatan Parti Umno seperti ini menjurus ke arah merosakkan akhidah ahli-ahlinya. Kalau masih mahu menyokongnya fikirkanlah dunia ini yang fana dengan akhirat yang kekal selamanya.

- Kluang Man


Satu pandangan yang mudah dan tepat dalam berhadapan dengan isu Mahathir, UMNO dan kerajaan BN, buat semua umat yang mengaku sebagai seorang Islam yang berpegang kepada 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman. Cetak dan edarkan kepada semua. Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Wallah hu'alam - M@RHAEN.

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!