Tarik Kerakyatan Kerana Tidak Patriotik?
Kiriman Jamil Bin Ismail (JK)

Sebagai tanda patriotik kami...

Lagi pelik lagi gila jadinya negara kita Malaysia ini, kelmarin saya terdengar dari siaran radio johor best 104 seorang ketua pemuda sebuah parti politik dah tentu bukanya dari pembangkang mencadangkan kepada kerajaan haprak pimpinan mahatuahaprak agar sesiapa yang tidak mengibarkan bendera Malaysia ditarik kerakyatanya, AMBOI-AMBOI sedapnya cakap, pada saya lah kalau nak tarik kerayatan orang yang mencadangkan itu ditarik dulu kerakyatanya, kerana apa, kerana beliau ketua pemuda sebuah parti yang menyokong parti-parti yang menghianati negara Malaysia ini,
 
Kalau kita bercakap tentang tarik kerayatan siapa yang patut ditarik kerayatanya, yang patut ditarik kerayatan ialah tuan punya tempat judi, kerana membuat rakyat susah suami isteri bergaduh kerana judi, pinjam - meminjam sampai berbunuhan kerana nak main judi, tuan punya tempat maksiat, kerana menyebabkan berlakunya persundalan dan kes gugur anak, peniaga-peniaga minuman keras kerana minuman keras lah banyak menyebabkan kemalangan, pergaduhan, pembunuhan, peniaga-peniaga vcd cetak rompak kerana membuat rakyat tertipu dengan membeli vcd murah yang tiada kualitinya, dan menyebabkan artis-artis Malaysia kurang pendapatan, perasuah-perasuah dan penerima rasuah, kerana menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap rakyat yang lain, peniaga-peniaga Cina yang hanya mementingkan keubtungan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain, wakil-wakil rakyat yang hanya tahu membuat harta untuk diri sendiri dan ahli keluarga, polis dan penguatkuasa yang tidak mengikut undang-undang yang sepatut dijalankan, mereka-mereka ini yang patut di tarik kerakyatanya,
 
Bila bercakap tentang patriotik saya nak tanya kepada mereka-mereka ini baik Melayu di umno, India,dan Cina siapa yang tidak patriotik, pembangkang atau pemerintah, kenapa dahulu sebelum kes DATO SERI ANWAR orang Cina dan India tidak mempedulikan tentang bendera Malaysia, nak tengok kereta, rumah orang Cina dan India mengibarkan bendera Malaysia boleh di kira, pernah sampai ada majlis bandaran menyediakan bendera Malaysia percuma pun mereka buat tak peduli, malah saya sendiri sebelum kes DATO SERI ANWAR bukan takat hari merdeka sahaj mengibarkan bendera Malaysia malah tiap-tiap hari sehingga bendera tersebut bertukar dari merah ke merah jambu, waktu itu mana ada orang Cina dan India pedulikan pasal bendera, nak cakap pasal patriotik konon, kalaulah berlaku apa-apa di negara kita ini ingat orang Cina nak berlawan sama-sama, sorrylah, saya berani potong tanganlah, yang sekarang menyalak macam anjing pasal patriotik inilah yang akan cabut dulu, tengok contoh negara indonesia sudahlah,
 
 Yang Melayu- Melayu dalam umno pula tak payahlah macam anjing menyalak bukit, kau orang tu yang bangsat jadi penghianat terhadap bangsa sendiri, kau orang ingat kami bodoh, kalau kami kibarkan bendera Malaysia nanti keluarlah dari RTM dibawah pemerintahan barisan dacing bagdad dan dibawah kuasa MAMAK PODUKANG SI ZAM itu nanti berkatalah, lihatlah rakyat Malaysia masih sayangkan mahathir, pirahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, permainan kau orang Melayu umno puaka dah basi, budak-budak bodoh dan orang tuas yang rumah kata pergi kubur kata mari mungkin akan percaya, tapi kami penyokong pembvangkang kau orang perlu ambil masa puluhan juta tahun untuk buat kami percaya kepada bangsa atau spesis Melayu dalam umno, kau orang itu yang patut berubah,
 
KANAK-KANAK SUKA MAIN LASTIK
BURUNG DILASTIK TERCABUT BULU
KONON KATA KAMI TAK PARTIOTIK
ENTAH-ENTAH KALAU PERANG DIA CABUT DULU
 
PERGI KE HUTAN CARI BERANGAN
SAMBIL BERJALAN SAMBIL BERCERITA
DEMI KKERANA NAK CARI SOKONGAN
JALUR GEMILANG YANG DICERITA
 
AMBIL KAYU BUAT LASTIK
KAYU LEBIH BUAT PALANG
BUKAN KAMI TAK PATRIOTIK
TAPI BENCI BUKAN KEPALANG
 
UMNO PUAKA SUDAH HILANG IDEA
KERANA SOKONGAN SUDAH TIADA
APA CERITA UNTUK MEDIA
KATAKAN JALUR GEMILANG HABIS CERITA
 
HABIS HARTA SEMUA DI KEBAS
SAMBIL MENGEBAS SAMBIL MEMBILANG
SELAGI ANWAR TAK DIBEBAS
TAK KAN KU KIBAR JALUR GEMILANG
 
 Akhir kata yang baik dari ALLAH SWT jua hendaknya, yang tidak baik mungkin dari saya sekian terimakasih wassalam

SAYA YANG BENAR
JAMIL BIN ISMAIL JK, REFORMIS
CHERAS KUALA LUMPUR - 19.08.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!