Gambar Hindi Burukkan Islam!
Assalamualaikum wbt Tuan Editor,

Izinkan saya memberi sedikit peringatan terhadap tayangan gambar hindi oleh media haprak umno/BN yang sekarang giat menayangkan hampir semua cerita bersangkut dengan keganasan, dan yang peliknya Islam dan nama nama Islam dijadikan pengganas didalam gambar gambar tersebut!

Sedarkah kita sebagai penonton menyaksikan adegan adegan orang Islam digambarkan sebagai pengganas dan kita boleh anggap ia sebagai hiburan?
Bagi saya hanya satu saja iaitu tutup saja tv itu! Kenapa Lembaga Penapis Filem tidak menyekat atau sisihkan gambar gambar yang berunsur menghina Islam tersebut? Gamakkah kita menatap aksi orang orang Islam konon berbunuh bunuhan dan sebagainya?

Saya sangat hampa dan kecewa dengan tv dan media bodek di Malaysia ini.
 
- Jingoza - Kg Makam Hj Kasim P.Pinang - 09.09.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!