REFORMASI WAJAH BARU
Sambil melayari laman-laman reformasi yang tertera pada skrin komputer, saya meninjau tulisan Raja Petra yang terkini dan juga tulisan Fathi Aris yang cuba membawa perubahan sikap kepada pejuang reformasi.Antara idealisme dan realiti perjuangan hari ini, saya merasa gusar kejayaan menanti di hadapan.

 
Hakikatnya cengkaman pemerintah begitu kuat di mana-mana saja dan apa bidang sekali pun. Bagi sebahagian simpatisan yang terdiri daripada golongan pelajar pengajian tinggi dan juga pegawai kerajaan, sokongan ini tidak akan ditunjuk langsung kerana banyak ulat-ulat yang mengambil kesempatan untuk menjahanamkan musuh mereka atau sesiapa sahaja yang tidak disukai mereka. Apa-apa sahaja tindakan akan dikenakan sekiranya jelas sikap menyokong pembangkang dipaparkan waima hanya menggantungkan kad yang menampilkan wajah DSAI. Malah saya pernah diminta untuk menurunkan kad tersebut kerana takut ada pihak akan mengambil kesempatan menganiaya saya menggunakan alasan simpatisan kepada pembangkang. Sebagai anak didik DSAI, perasaan demikian memang memualkan.
 
Di kalangan golongan profesional pula, banyak lebih senang mendiamkan diri walau pun mereka memang bersimpati. Teman saya sentiasa mengatakan apa pun undi itu rahsia. Tetapi berbual-bual dengan golongan bangsa asing khususnya Cina membuka mata saya bahawa perjuangan PAS mestilah membuat anjakan paradigma dalam isu negara Islam. PAS sentiasa membuka ruang untuk perdebatan hangat dengan DAP. Gunakanlah hikmah dengan bijaksana khususnya Haji Hadi dan Nik Aziz   apabila diprovok oleh pihak akhbar khususnya Utusan Meloya. Kadang-kadang saya begitu terkesan dengan kenyataan Nik Aziz dan Haji Hadi kerana kurang peka dengan reaksi kaum bukan Islam. Golongan bukan Islam di Kelantan memanglah telah sedia menerima PAS tetapi belum tentu lagi bagi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya atau mana-mana bandar di pantai Barat. DAP pula janganlah berlagak angkuh dengan kenyataan yang dikira dapat menarik penyokong bukan Islam dengan memperkecil-kecilkan PAS dan idealismenya. Lewat waktu ini baik pihak tertinggi DAP ataupun Setiausahanya nampak  sangat nak menarik sokongan bukan Islam dengan kenyataan yang agak sombong. PAS telah membuka ruang untuk perbincangan. Inilah masanya strategi untuk pilihanraya perlu disusun dengan kemas bukannya soal siapa lawan siapa. Perlwanan mestilah satu lawan satu. PAS sedia bertolak ansur dalam hal ini kenapa DAP tidak. Sekurang-kurangnya DAP mesti sedar, PAS sudahpun menubuhkan dua kerajaan negeri, DAP semakin kehilangan pengaruh terutamanya pemimpin tertinggi mereka sendiri tewas walaupun berpindah gelanggang. Ini hakikat yang mesti diterima oleh DAP. Keadilan pun hanya berjaya meraih satu dua kerusi sahaja walaupun banyak tempat telah diserahkan kepadanya.
 
Masih banyak yang perlu dilakukan oleh PAS untuk mengatasi masalah ketakutan kepada unsur Islam malah apabila disiram minyak oleh Mamak Menteri dan juak-juaknya, bertambah lagi buruk keadaannya. Tolak ansur perlu wujud dalam hal ini, hakikatnya negara kita dibentuk bukan atas dasar Islam walaupun perlembagaan jelas mengatakan Islam sebagai agama rasmi. Sekularisme menjiwai perlembagaan negara kita. Oleh itu pengaruh ini bukan sahaja menjiwai orang bukan Islam malah orang Islam sendiri gusarkan PAS kerana kelak nanti di TV atau radio yang ada hanyalah rancangan agama semata-mata. Oleh itu kewujudan Kedailan membawa satu perimbangan dalam suasana ini. Namun Keadilan haruslah bijak menangani ruang yang tidak dapat dipenuhi oleh PAS ini.
 
Isu DSAI boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa tetapi isu DSAI tidak mempengaruhi penduduk Sabah dan Sarawak. Mereka belum kenal mesra dengan DSAI malah isu itu tidak isu sebenarnya di sana. Kesempatan berbincang dengan penduduk di sana, saya dapati Keadilan perlulah mengorak langkah lebih jauh lagi. PAS memang sukar untuk bertapk di sana kecuali tempat-tempat tertentu atau tindakan yang lebih agresif oleh pemimpin PAS menjenguk penduduk di sana khususnya Nik Aziz dan Haji Hadi berjinak-jinak dengan umat Islam di Sabah dan Sarawak.
 
Apa pun janganlah sewenang-wenangnya membuat kenyataan akhbar yang membuatkan penyokong di atas pagar mengatakan pendirian mereka dalam pilihanraya akan datang melompat kepada pemerintah. Saya sendiri muak melihat gelagat pemimpin DAP yang somvong tak bertempat, bagai merak mengigal di hutan dan pemimpin PAS yang memberikan kenyataan akhbar macam orang tak sekolah. Keadilan pula jangalah berpaut kepada DSAI sahaja. Azmin harus mengubah sikapnya yang sombong dengan grass root. Ezam kini berada di luar, maka janakanlah gerakan pemuda dengan sepantas mungkin. Moga-moga pandangan ini dapat diterima kerana saya ingin  sekali melihat BA memerintah dengan mendapat undi mereka yang di atas pagar ini dan juga janganlah sikap-sikap anda menyebabkan simpatisan ini (memang besar jumlahnya) beralih undi pula. Sekian.

- Juang Satu - 17.06.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!