"Usah takut kata undi Pas haram", - Datuk tengku Adnan 
Ahli Umno Kelantan perlu berani bersuara secara terbuka dengan rakyat bahawa mengundi Pas adalah haram kerana parti itu banyak memesongkan pemikiran umat mengenai Islam sebenar bagi mempertahankan kepentingan politik. Sehubungan itu, Umno tidak boleh mengamalkan pendekatan berdiam diri terhadap apa yang diperkatakan Pas jika perkara itu bercanggah dengan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk tengku Adnan Tengku Mansor, berkata jika ahli Umno sayangkan bangsa, agama dan negara, mereka perlu membuka minda rakyat supaya menyedari taktik Pas yang memperalatkan agama untuk politiknya.

Justeru, katanya, Umno Kelantan perlu memberi tumpuan dan perhatian serius terhadap usaha membawa perubahan supaya rakyat tidak terus keliru di bawah cengkaman kerajaan Pas yang gagal membawa kebaikan sejajar tuntutan agama.

“Apa yang kita (Umno) buat bila Pas menyebut perkara bercanggah dengan Islam seperti Tuhan mencarut dan wang zakat boleh diberi kepada anak pemimpinnya?

“Kalau kita sayangkan bangsa, negara dan umat Islam, kita perlu berani bersuara bagi membuka minda rakyat,” katanya.

“Jangan nak bergaya, kita (Umno dan Barisan Nasional) adalah pembangkang di Kelantan dan hakikat ini perlu kita sedari.

“Apa yang penting ialah membuat perubahan dan memberi kesedaran kepada rakyat bahawa cara Pas berpolitik mencemarkan imej Islam,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata masalah yang wujud sekarang ialah rakyat Kelantan keliru terhadap Islam berikutan cara Pas memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Katanya, kepemimpinan kerajaan Pas juga dilihat tidak bertanggungjawab apabila gagal menerangkan tuntutan agama sebenar kepada rakyat kerana hanya sibuk memastikan mereka terus berkuasa.

“Daripada apa dilakukan Pas (mengelirukan rakyat), jelaslah ia boleh memesongkan akidah umat Islam,” katanya. Atas dasar itulah, tengku Adnan berkata, Umno melaksanakan program di seluruh negara untuk menerangkan kekeliruan yang sengaja dibawa golongan tidak bertanggungjawab itu. “Ini kerana Umno juga bimbang golongan itu mungkin menjadi tali barut orang luar untuk menghancurkan negara,” katanya.

Apa yang mereka bimbang sebenarnya? Jika mereka betul-betul seorang pejuang Islam, bahkan lebih Islamik daripada PAS, perjuangan mereka mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah kerana menentang sebuah kerajaan yang zalim. Jika PAS yang zalim, mereka lawan "kerajaan" PAS habis-habisan. Pastikan mereka betul-betul atas landasan yang benar. Ini disebut dalam sebuah kitab yang berjodol "Minhaju dakwat il-islamiyah" karangan Muhd.Amin Ansori, pada mukasurat 298 berbunyi ...

Dan ulama menyebut bahawa satu kalimat yang disampaikan kepada pemerintah zalim untuk memudaratkan seorang Muslim, (kerana sebab itu) amalan keIslamannya akan TERBATAL (kerana perbuatan kufur yang tanpa disedarinya), sebaliknya, satu kalimat yang disampaikan kepada kerajaan untuk menegakkan kebenaran dan membela puak yang benar, dengan sebab itu dia layak masuk syurga. [Lihat kitab FatHul-Bari, ms 310-311, jilid 11 karangan Ibnu Hajar Asqolani]

Dengan lain perkataan, jika kamu mengundi parti yang memperjuangkan Islam, kamu layak masuk syurga. Jika kamu mengundi parti yang menentang Islam, kamu layak masuk neraka. Atau jika kamu menyokong perintah yang menzalimi mana-mana orang Islam, hujah yang tersebut di atas menyatakan segala amalan tidak diterima Allah ataupun kamu menjadi kufur tanpa disedari. Sila lihat tafsir ayat dalam Surah [Al-Hujuraat (49):1-2]

Ingatlah pesanan Nabi...al-mar'u ma'a deeni akhi_hi (= seorang itu mengikut agama saudaranya). Apabila kita memilih untuk berkawan, hendaklah kita lihat siapakah kawan kita itu, adakah berkawan atau menyokong boleh membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat? Lebih-lebih lagi mengikut kaedah ..."al-kufru millat(un) waHidat(un)" yang bermaksud = kekukuran itu adalah agama yang satu. Kita kena pastikan kawan yang kita ikut tidak membawa ke arah syirik dan kufur kerana minda dan gaya hidupnya mirip kepada kufur terhadap Islam. Minda kufur seorang itu tidak semestinya dia sembah berhala, atau beragama Kristian atau Yahudi, tapi cara dia bercakap dan bertindak itu sama perangai dengan orang kafir dan Yahudi, membantu cara halus Yahudi untuk menghancurkan syariat Islam.
Kamu mesti terima kedua-dua pihak PAS dan UMNO sama-sama membuat kemungkaran. Kamu mesti juga terima pakai hujah/kaedah jika kamu betul-betul perjuangkan Islam, sebagai orang beriman, kamu WAJIB beramal ma'ruf dan nahi mungkar, tak kira kepada mana pihak sekali pun.

Dakwah Islam berkembang mengikut kaedah-kaedah. Pada awal Islam, umat Islam terpaksa berperang menumpahkan darah. Cara berperang tidak disenangi oleh fitrah manusia sejagat. Oleh kerana suasana umat Islam menempuh musuh-musuh yang garang dan ganas, Islam menghala ke arah itu KERANA MENGHADAPI musuh-musuh yang datang mengganas. Ada di ketika lain pula, terjadi masa-masa aman dan damai, yang mana Nabi kita membuat perjanjian damai dengan musuh-musuh Islam, dakwah Islam berkembang dengan lebih pesat. Walau bagaimanapun, cara Islam mengharungi peperangan dengan musuh memberi luang kepada Islam memerintah dan membina kekuatan secara warfare dan politik.

Zaman sekarang manusia global melaungkan kaedah pilihanraya dan demokrasi, maka umat Islam boleh MENGAMBIL cara itu demi dakwah Islam itu sendiri. Kita menyuarakan kelebihan Syariat Islam dan membawa umat manusia berfikir secara terbuka dengan membincang dan membahas tanpa penumpahan darah, itu lebih baik.

Cuma, istilah "demokrasi" itu tidak boleh DIPERJUANGKAN sebagai satu slogan akidah Islam. Demokrasi bermaksud "kebebasan bersuara". Kalau slogan kebebasan bersuara itu mengagungkan sistem Barat dan unsur-unsur kekufuran, maka pejuangan demokrasi mutlak itu adalah haram. Ini kerana the dark side of democracy memperkecilkan keagungan Allah yang memerintah manusia dan menyekat keunggulan Syariat Islam.

"Hudud Allah tak leh nak lawan". Betul, yang dikatakan hudud PAS itu, berikan di mana ianya bercanggah dengan hudud Allah.  Tugas kita bersama untuk memperbetulkan dan melaksanakannya.  Beri Terengganu dan Kelantan melaksanakan dahulu, kerana nak tunggu UMNO draf hudud, tak tahu entah bila...seperti menunggu durian dari orang yang tak tanam durian.  Kalau tak nak tanam, jangan halang orang lain untuk tanam.

Antara dakwaan daripada umNO/BN kononnya Fatwa-fatwa PAS untuk memenangi pilihanraya:-

Undi PAS dapat pahala. Memanglah betul dapat pahala, kerana bila PAS menang di Kelantan contohnya, kita tutup judi, kita hadkan kedai jual arak, kita keluarkan duit kerajaan Kelantan dari bank riba dan lain-lain lagi yang di bawah kuasa kerajaan negeri yang terhad.

Undi PAS masuk syurga (di KB Cina pun ramai undi PAS). Ini PAS tak pernah kata, orang UMNO yang kata. Syurga neraka hak Allah, tetapi kita kumpul pahala untuk mendapat rahmatNya ke syurga. Cina yang undi PAS semoga diringankan seksanya dalam neraka.

Dengar Ceramah PAS (walaupun dok kutuk, fitnah orang) dapat pahala. Buktikan kutuk dan fitnahnya. Di mana?, Contohnya? Adakah fitnah bila diceritakan laporan rasuah MB Selangor, kutukkah namanya bila dikatakan "barua" kepada mereka yang telah menyatakan PAS sebagai taliban, PAS militan dan KMM.

Derma untuk PAS terutamanya semasa ceramah (walaupun duit itu pergi ke lain) adalah JIHAD. Ke mana perginya duit tu? Mereka gunakan pada malam itu juga kalau ceramah anjuran cawangan PAS, bayar sewa PA, bayar saguhati penceramah, jamuan ala kadar dsbnya. Adalah lebih sikit untuk tabung cawangan untuk kegiatan seterusnya.  Untuk ke Muktamar, guna duit sendiri, bayangkan berapa yang hadir jika ke perhimpunan Mahathir menangis guna duit sendiri, alamat menangis soranglah Dato Seri.

UMNO tu kafir tapi dok berpeluk dengan Lim Kit Siang.... Pertubuhan UMNO itu bukan islam (kafir kerana perlembagaannya tidak menepati Islam), orang UMNO itu Islam kebanyakkannya tetapi ada lebih 50000 bukan-Islam (Sabah).

Duit ehsang mula mula haghang lepas tu halal pulok... haghang bagi BN kerana tidak memberikan kepada yang berhak dan BN memungkiri janji yang telah dimeterikan. Jika kita berhak dan diberikan ehsang, halallah untuk kita.
Bila sudah ketandusan modal maka 'bahasa' dijadikan bahan untuk diargue! Nampak gayanya pemimpin umNO sekarang ni dah jadi 'pakar' bahasa. Maksud tok guru ialah...."kalau kamu (pemimpin umNO) yang 'mudah lupa' diri tu ingat dah cukup terer..... Allah swt LAGI TERER!!!"

Kita semua faham maksud tok guru......ramai orang jugak faham termasuk ahli umNO... cuma sebab dah tak de modal nak memburuk-burukkan PAS, maka 'penggunaan 'bahasa' dijadikan modal oleh mereka untuk discredit PAS...biarlah mereka melalak macam anjing...sebab perbuatan mereka untuk hanya membuat orang ramai termasuk yang bukan-Melayu ketawa!

Dan puak-puak yang kelabu asap akan petik satu-satu kenyataan yang diucapkan dalam situasi tertentu dan apply  kepada situasi lain dengan maksud mengelirukan orang. Maka terkelirulah orang-orang yang sememangnya sudah kelabu asap.

Bila puak-puak kelabu asap hentam puak-puak penentangnya, puak-puak-sopan-santun muncul dengan madah pujangganya. Bila puak-puak kelabu asap hina Nabi sedemikian rupa, mana pergi puak-puak-sopan-santun ni?
 
Dalam akhbar pada 19 Julai 2002,Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kekalahan Parti Islam SeMalaya PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Pendang di Kedah bukan kerana pemilihan calon tetapi disebabkan oleh golongan fanatik UMNO yang tidak lagi boleh berfikir secara waras, anggota UMNO, yang terlalu fanatik terhadap pemimpin, akan mengikut apa sahaja yang disuruh oleh pemimpin mereka walaupun untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai budaya orang Melayu. Adakah ini bukan pengakuan yang penyokong-penyokong umNO fanatik dan pak turut? Pak turut kepada siapa kalau bukan kepada pemimpin sendiri!

Dr Mahathir berkata "Saya tak fikir soal calon.... dia (anggota fanatik UMNO) tak fikir langsung dia cuma fikir nak pangkah dan sokong simbol dacing dan kalau letak tunggul kayupun mereka sokong," katanya kepada pemberita sele-PAS merasmikan Forum Antarabangsa Mengenai Islam. Jika penyamun dijadikan calon BN, ia akan tetap mendapat sokongan golongan itu, kata beliau dan menambah bukan mudah mengubah pendirian mereka yang terlalu fanatik itu. "Mereka akan mengikut telunjuk pemimpin sungguhpun pemimpin berkenaan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya orang Melayu dan bercanggah dengan agama Islam yang dianuti," kata beliau. Sekarang sudah jelas siapakah yang mengaku mengamalkan budaya yang bercanggah dengan agama Islam yang dianuti!
Pemimpin UmNO cukup sakit hati dan dengki kerana tidak ada pemimpin PAS yang disabit rasuah dan skandal-skandal lain sebagaimana pemimpin umNO yang sudah macam budaya melibatkan diri mereka dengan rasuah dan skandal. Daripada rasuah, bunuh, rogol, bomoh, kebas bini orang, you name it, they have done it.

Oleh kerana pilihanraya pun dah dekat sangat, maka segala macam sandiwara pun dimainkanlah. Sampai nak muntah orang tengok TV1 (terutamanya) hingga orang umNO sendiri dah boikot. Worry not. Yang haq tetap haq. Yang busuk macam umNo walaupun disadur emas tetap akan busuk lagi membusukkan.

- aku punya
karkunku@yahoo.com  - 19.02.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!