Edisi Siasat NTV7 Tak Tahu Siasat & Melayu Mudah Lupa
Tak tahu saya apa kerja Datuk Zam dalam penerangan. Baru-baru ini beliau hentikan rancangan ‘Pelik Tapi Benar’ di RTM. Dan hari ini pula NTV7 buat cerita khurafat di Pulau Besar Melaka dalam Edisi Siasat kononnya ada pemujaan di makam sepertimana di siarkan.

Tuduhan paling kelakar kerana sudah beratus tahun khurafat berlaku di sana. Nasib baik tuduhan itu tidak mengatakan sudah lama wujud kasino di sana. Sekarang ini Ketua Menteri Melaka nampaknya betul-betul menyerang Islam. Dalam ceramahnya dia tuduh Tuan Guru Haji Hadi kafir sebab berpeluk dengan Lim Kit Siang. Sekarang ini menuduh orang membuat majlis Maulidur Rasul di pulau itu melakukan khurafat. Acara naik bendera pun dipertikaikan juga. Setahu saya apa salahnya naikkan bendera untuk menukar bendera lama. Kalau naik bendera pun kira khurafat, kira kita ini dah lama membuat perkara khurafat. Mana tidaknya setiap kali naik bendera Malaysia kena menyanyi pulak.

Kalau dalam pasukan keselamatan kena tabik hormat, lagi teruk khurafatnya. Apa semuanya ini? Adakah penerbit Edisi Siasat NTV7 tidak belajar adat budaya agama bangsa orang Malaysia. Kata Malaysia negara yang berbilang bangsa, agama dan punyai adat masing-masing. Jadi kenapa penerbit tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum disiarkan.

Hahaha….. rasanya tidak lama lagi parti keris Melayu tinggal nama saja. Mana tidaknya, pulau lagenda di mana bersemadinya seorang pengembang Islam di katakan tempat ratusan tahun wujudnya khurafat. Pendakwah Islam tersebut ialah Sultanul Ariffeen Assyaikhul As Syed Ismail (r.a). keturunan ke-18 Rasullullah (S.A.W). dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Syed Sheikh Abdul Kadir dan ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Beliau meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H semasa berusia 58 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang perempuan. Beliau datang ke pulau tersebut setelah terdengar suara menyuruh beliau mengembangkan Islam di sana sewaktu menziarahi makan Rasullullah di Madinah.

Inilah dikatakan “Melayu Mudah Lupa” tidak mahu mengkaji sejarah pulau tersebut.

Melayu Mudah Lupa

Saja pinjam kata Presiden UMno “MELAYU MUDAH LUPA” memang betul pun orang melayu Umno pelupa suka membanggakan penjajah. Contoh untuk renungan kita bersama seperti yang berlaku di negeri Melaka.

Ketuanan Melayu: Lambang parti UMNO guna keris konon semangat Laksamana Hang Tuah “Tak Hilang Melayu Di Dunia”. Kampung Hang Tuah di Melaka pun ramai pelancong tak tahu. Jangan kata papan tanda arah jalan tak ada, rakyat Melaka kalau ditanya pun tak tahu perkampungan Hang Tuah di mana. Cuba lihat Kota penjajah tahun 1511. Itu yang dibanggakan kerana menjatuhkan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Bukan itu saja peruntukan berjuta ringgit diperuntukkan untuk pembangunan perkampungan kaum penjajah.

Islam Agama Rasmi Negara: Betullah tu… tapi tengok berapa ramai pemimpin UMNO cari bomoh atau pak nujum bila pilihan raya nak menang bertanding. Mereka sendiri buat kerja khurafat percayakan pada tilikan dan bermacam- macam lagi. Orang pergi menziarahi kubur sebab sunnat dalam agama tapi mereka tuduh buat khurafat. Nak tahu sebab apa mereka menuduh begitu, sebab mereka “Melayu Mudah Lupa” pada orang yang telah pergi dulu. Mana nak ingat mati kalau ziarahi kubur dikatakan khurafat. Inilah dikatakan orang melayu UMNO tak faham agama Islam.

Sebenarnya banyak perkara hendak dituliskan tapi dada masih sebak kerana Edisi Siasat NTV7 dengan mudah membuat kenyataan beratus tahun perbuatan khurafat telah berlaku di Pulau Besar Melaka. Bagi penulis elok datang melihat sendiri apa yang berlaku di pulau tersebut dari mempercayai media NTV7 yang sengaja ingin mencemar nama baik pulau lagenda misteri itu.

Wasallam
TAKBIR!!!!!! TAKBIR!!!!! TAKBIR!!!!!

Keranamu 2001 - 01.06.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!