Eksklusif:
Pemilik Stamford College Beli Institut Profesional Baitulmal

M@rhaen mendapat satu berita terbaru dan panas tentang IPB yang telah dijual oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Syarikat yang berjaya membeli 100 peratus saham Institut Profesional Baitulmal Sdn. Bhd. adalah pemilik Stamford College. Setakat hari ini— 06 Mei 2002, belum ada satu berita tentang urusniaga MAIWP menjual IPB yang dimuatkan di mana-mana media perdana.

Namun, menurut sumber yang rapat dengan pihak pentadbiran IPB yang enggan namanya disiarkan, pada akhir bulan April lalu, suatu urusniaga secara sulit telah berlangsung di antara MAIWP dengan Stamford College dan berkuatkuasa pada 2 Mei 2002 Stamford College telah berjaya menguasai 100 peratus saham Institut Profesional Baitulmal Sendirian Berhad.

 “Stamford telah membayar RM7.5 juta kepada MAIWP dan sepanjang dua minggu kebelakangan ini proses pengambilalihan keseluruhan urusan pentadbiran sedang rancak dijalankan”.

“Kita kurang arif apa alasan pihak MAIWP mengambil keputusan untuk menjual IPB kepada Stamford College”, menurut sumber itu lagi.

Menurut laman web isntitusi tersebut (http://www.ipb.edu.my), IPB yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 20 Januari 1998 menawarkan program Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, The Institute Chartered Secretaries and Administrator (ICSA), London Chanber of Commerce and Industry (LCCI).

Ketua Pendaftar IPB, Encik Rosli Zakaria tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini.

Laman M@rhaen akan melaporkan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

Sumber Berita: Anak Rakyat Marhaen (ARM) 07.05.2002 - 12.20 pagi


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!