Sebagai tanda patriotik kami...

Pusat Penyembelihan Babi: Berapa Habuan Khir Toyo?
Langkah kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh DS Dr. Mohd Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka, meluluskan sebuah pusat penyembelihan babi di satu lokasi berhampiran dengan Pusat Rawatan Air yang membekalkan 60 peratus air bersih untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan terus mendapat kritikan hebat dari semua pihak.

Pusat seluas 80 ekar dengan kos RM 30 juta itu terletak lebih kurang 5 kilometer dari Jalan Rawang-Batang Berjuntai. Dijangka 3,500 ekor babi akan disembelih setiap hari apabila operasi pusat itu bermula selewat-lewatnya bulan hadapan.

Walaupun Khir Toyo telah mengarahkan agar ladang ternakan (babi) sedia ada bersebelahan dengan pusat tersebut dipindahkan segera, tetapi langkah itu tidak sikit pun mengendurkan rasa kemarahan penduduk berhampiran yang sudah tidak tahan dengan bau busuk dan pelbagai pencemaran yang dihasilkan oleh haiwan itu lebih setahun lamanya.

Seorang penduduk tempatan yang hanya dikenali sebagai Amir ketika meluahkan rasa marahnya kepada Khir berkata: “Tutup ladang ternakan tapi buka pula pusat sembelihan, apa ertinya ini,bukannya menyelesaikan masalah tapi menambah masalah.”

Meskipun Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meluluskan pusat penyembelihan berkenaan, tetapi difahamkan kelulusan tersebut adalah atas desakan Khir Toyo meminta Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar campur tangan untuk menyegerakan kelulusan tersebut.

JAS diberitakan pada mulanya enggan meluluskan permohonan tersebut, kerana meragui keupayaan pemilik pusat berkenaan Tip Top Meat Sdn Bhd untuk memperlengkapkan premisnya dengan sistem tanpa sisa, iaitu sisa yang telah dirawat tidak dilepaskan ke kawasan persekitaran.

Keengganan JAS itu berdasarkan struktur kolam takungan sisa rawatan tersebut tidak bersimen dan dilapik dengan bahan water proofing (anti telap), ini akan mengakibatkan sisa rawatan tadi diserap ke dalam tanah lalu bercampur dengan air bawah tanah sebelum mengalir ke sungai.

Tambahan pula pemilik pusat tersebut telah mengorek saluran dari kolam takungan berkenaan untuk dialirkan sisa rawatan sembelihan tadi ke kolam dan tasik sebelum bertumpu ke Sungai Sembah yang akan terus mengalir ke Sungai Selangor, yang menempatkan Loji Pam dan Rawatan Air dengan kapasiti 2,700 juta liter sehari.

Namun kuasa Pengamal Rasuah Terkemuka, mengatasi segala bidang keprofesionalan JAS. Apa yang dimahukan berlaku tetap berlaku. Persetankan akibatnya, yang penting projek bikinannya mesti berjalan lancar. Sesiapa yang memprotes akan dilabel sebagai sengaja memperbesarkan isu remeh-temeh.

Sisa pemotongan babi (darah, najis, lemak dll) bukan perkara remeh. Haiwan tersebut memang sudah terkenal sebagai pembawa pelbagai penyakit berbahaya. Apakah Khir lebih mementingkan kehendak segelintir kroninya dari kepentingan pengguna air yang jutaan ramainya di Selangor dan Wilayah Persekutuan? Jangan kerana sedikit habuan rasuah rakyat jelata kelak dipaksa menggunakan air yang kelihatan cantik di luar tetapi mengandungi aneka virus dan najis di dalamnya.

Bila menyebut fasal babi, penulis teringat betapa hebatnya Khir ketika mula-mula memasuki pejabat MB tiga tahun sudah, apabila beliau sendiri turun secara berdepan dengan seorang pengusaha ternakan haiwan itu di Semenyih untuk mengarahkan agar dipindahkan ladang tersebut serta merta. Aksi dan keprihatinan Khir pada ketika itu dilihat cukup meyakinkan.

Sejauh mana arahan tersebut dipatuhi oleh pengusaha berkenaan, tidak pula diketahui sehingga sekarang,tetapi apa yang jelas tidak lama selepas insiden Khir bertengkar dengan pengusaha berkenaan, rumah MB Muda itu yang begitu lama terbengkalai tiba-tiba siap, tersergam begitu indah. Kebetulan rumah itu bersebelahan dengan Markaz Parti Pembangkang Sungai Panjang, Tanjong Karang.

Rumah Khir yang dipercayai menelan kos hampir RM400,000 ribu itu kini hanya menjadi rumah persinggahannya untuk merehatkan diri setelah berpenat lelah melawat kawasan pilihan rayanya saban bulan.

Para pengundi di kawasannya turut mempertikaikan kemampuan Khir menyiapkan rumahnya dengan kos begitu tinggi, sedangkan ketika itu Khir baru menjadi MB kira-kira tiga bulan sahaja. Kebanyakan mereka tertanya-tanya apakah Taukeh Babi Semenyih itu sama terlibat menyiapkan rumah berkenaan?

Sebenarnya isu rumah Khir itu hampir dilupai oleh rakyat jelata, sehinggalah sekali lagi isu haiwan itu bergema semula setelah pusat penyembelihan tadi diluluskan oleh Khir Toyo. Apakah bahan-bahan lain yang lebih baik dari haiwan itu sudah pupus untuk dijadikan habuan rasuah? Tidak cukupkah lagi ribuan hektar tanah milik rakyat yang dirompak, sehingga babi pun sanggup dijadikan modal untuk mendapat habuan!

Masih belum terlambat untuk Khir menyelesaikan isu Pusat Penyembelihan Babi itu, sebelum ianya merebak luas. Rakyat jelata tidaklah menghalang hasrat Khir untuk membina usahkan satu malahan ratusan pusat yang sama asalkan pembinaan itu tidak menyinggung sensitiviti dan kepentingan golongan terbanyak.

Jika Khir masih berkeras untuk menafikan kepentingan golongan terbanyak, nescaya najis babi akan terus terpalit ke wajahnya sehingga bila-bila. Cukuplah dengan amalan rasuah mega yang telah Khir dan kroninya lakukan,janganlah satu lagi gelaran mahajijik bakal terlekat!

- Orang Dalam - 10.09.2003 (suntingan M@RHAEN)
BHarian: Pusat Pemotongan Babi Dikhuatiri Cemari Air (kepentingan awam)

Khir Toyo Hantu Raya Tak Bertuan?
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!