Jaga Babi: Khir Toyo Ganti Pak Lah
Nampaknya selepas ini Pak Lah bakal PM yang belum pasti boleh menarik nafas lega kerana gelaran jijik yang menjadi bahan lelucon rakyat ke atasnya beberapa tahun lalu, telah pun diambil alih oleh seorang tokoh Umno yang lebih muda dan agresif iaitu Pengamal Rasuah Terkemuka DS Dr Mohd.Khir Toyo.

Bezanya Pak Lah menerima gelaran itu (Penjaga Babi) setelah dipaksa oleh Presiden Umno untuk menyelia hal ehwal babi sakit penyebar virus Nipah-JE yang mengorbankan banyak jiwa rakyat. Mahathir dipercayai sengaja berbuat begitu untuk menghina Pak Lah sebaik-baik melantiknya sebagai TPM ketika itu.

Manakala Khir Toyo, tiada siapa pun memaksa, sebaliknya beliau sendiri dengan penuh gah menempatkan diri sebagai satu-satunya calon untuk layak menerima gelaran yang belum pernah pun menjadi rebutan di kalangan mana-mana pemimpin Umno walau sehaprak mana sekalipun mereka.

Jika TS Isa Samad MB Negri Sembilan, menggilai gelaran itu mungkin ada munasabahnya, kerana nisbah 1:1 (seekor babi untuk seorang penduduk) telah termasyhur di negeri yang kaya dengan adat Perpatih itu. Namun TS Isa belum bersedia untuk menyandang gelaran itu, mungkin beliau masih ada sedikit citarasa kemelayuan yang diajar oleh tok nenek agar menghindari haiwan berkenaan dari segenap sudut sejak bayi lagi.

Peranan Khir Toyo dilihat mengatasi tugas Pak Lah terdahulu, apabila MB Muda juga selaku Pengerusi Biro Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu begitu beria-ia menjaga kepentingan babi-babi yang segar bugar siap untuk disembelih di Pusat Penyembelihan yang baru diluluskannya.
 
Di sebalik bantahan rakyat yang meragui keberkesanan sistem rawatan sisa Pusat Penyembelihan itu dari mencemari Pusat Rawatan Air Sungai Selangor yang terlibat membekalkan 60 peratus air bersih untuk penduduk Selangor dan KL, Khir terus angkuh meninggi diri dengan jaminan tak setitik pun sisa sembelihan tersebut akan mencemari Sungai Selangor.

Pakar Geologi dan Alam Sekitar pun tidak berani memberi jaminan sedemikian, tetapi Khir yang hanya berkelulusan doktor gigi nampaknya mengatasi segala pakar!

Khir barangkali termasuk di dalam golongan yang lahir di dalam Tahun Babi mengikut kalendar Cina. Kalaulah kalendar itu boleh diterima pakai, sememangnya ciri-ciri menurut kepercayaan masyarakat Cina yang dikaitkan dengan kelahiran di tahun berkenaan terserlah di dalam diri MB Muda itu.

Di antara cirinya adalah agresif membuta tuli dan kurang kepekaan terhadap persekitaran. Cubalah para pembaca luangkan sedikit masa untuk memperhatikan gelagat Khir sejak dia mula berkuasa di Selangor sehingga kini. Apa saja yang tak disondol untuk mengisi perutnya. Tanah rakyat, pemberian kontrak, pasir, tanah merah, kerang, udang harimau dan seribu satu macam bukit, busut dan lubang habis disondolnya. Lebih dahsyat dari itu masjid, surau dan ulama pun habis disondol dan dijongkang-jongkitkannya.

Difahamkan Mahathir telah berkali-kali juga menegur kegelojohan Khir di dalam bidang sondol-menyondol itu, tetapi tidak begitu diendahkan oleh Khir, kerana MB Muda itu tahu semakin banyak dia menyondol semakin sayang Mahathir kepadanya.

Persoalannya mengapakah Khir begitu bermati-matian mempertahankan Pusat Penyembelihan Babi itu, seolah-olah tiada lokasi lain yang lebih sesuai. Bayangkanlah setelah pusat itu mula beroperasi bulan hadapan, setiap hari 3500 ekor babi akan disembelih. Sebulan 105,000 ekor, setahun hampir 1,300,000 ekor babi disembelih. Apakah kuantiti sembelihan yang begitu banyak tidak akan mengundang sedikit pun pencemaran kepada persekitaran terutamanya penduduk berhampiran?

Sekali lagi Khir tidak boleh mengelakkan dirinya dari dakwaan rakyat bahawa dia memang Pengamal Rasuah Terkemuka. Sikapnya yang tidak menghiraukan bantahan rakyat dan mengulang-ulangi tabiat buruknya menuduh pihak-pihak tertentu terutama pembangkang (luar dan dalam Umno) sebagai penyebar fitnah untuk menutupi segala kes rasuah mini dan meganya, sudah begitu sebati dengan Khir.

Mengikut satu sumber dari Shah Alam, pada kebiasaannya Khir tak segan-segan meminta habuan 10 peratus kepada setiap projek yang diluluskannya. Kadar tersebut hanyalah untuk projek biasa, tetapi untuk projek istimewa seperti Pusat Penyembelihan Babi itu mungkin mencapai 15-25 peratus. Jika kosnya RM30 juta berapa habuan yang Khir sapu? Para pembaca boleh mencongaknya sendiri!

Kalaulah ini calon yang cuba ditonjolkan oleh kalangan tertentu di dalam Umno sebagai pemimpin pelapis, ternyata Umno semakin berada di penghujung hayatnya. Tidak perlu pengesahan dari pembangkang, ahli Umno sendiri boleh memikirkannya dengan syarat elakkan daripada cengkaman fanatik membabi buta. Fikirkanlah apa yang akan menimpa nasib agama dan bangsa jika satu hari nanti negara dipimpin oleh manusia yang sanggup membabikan dirinya kerana tuntutan fulus dan nafsu!

Selangor kini hampir-hampir muflis gara-gara salah-urus dan Rasuah Khir, jangan pula nanti Sungai Selangor sebagai punca bekalan air turut musnah gara-gara sisa sembelihan khinzir. Lantas apa bezanya di antara Khir dengan KHinzIR? Kita tunggu komen Mufti Selangor dan Ulama Umno!

Abu Bakar Baginda Jaga Hati
Dato Harun Jaga Melayu, Jaga Negeri
Ahmad Razali, Hormat Rafaie, Jaga Diri
Mike Tyson Jaga Kroni,
Dato Abu Hassan Jaga Anak Bini,
Khir Toyo Jaga Babi !

- Orang Dalam - 11.09.2003 (suntingan M@RHAEN)
Artikel berkaitan:
Pusat Penyembelihan Babi: Berapa Habuan Khir Toyo?
BHarian: Pusat Pemotongan Babi Dikhuatiri Cemari Air (kepentingan awam)

Khir Toyo Hantu Raya Tak Bertuan?
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!