Pemimpin Umno Selangor Kahwini Ex-Gundik Ismail Kerbau
Bila nama Ismail Kerbau disebut, spontan orang akan mengingati perihal seorang lelaki Melayu yang memiliki kekuatan luar biasa. Namun kekuatan itu tidaklah melayakkan dia untuk dinobatkan sebagai wira. Hanya orang yang mereng sahaja bersedia mengiktiraf kelebihan yang ada pada lelaki itu.

Secara amnya kaum wanita amat membenci Ismail, lebih-lebih lagi yang pernah menjadi mangsa kebuasan nafsunya. Kaum lelaki pula walaupun turut membenci tetapi mereka lebih memfokuskan “kekuatan dan ketahanan barang Ismail” untuk dijadikan bahan senda gurau sepanjang masa.

Menurut orang yang rapat dengan Ismail, ketika lelaki gila seks itu menjamu nafsunya dia sering ditemani oleh seorang wanita yang bergelar Sharifah. Melaluilah Sharifah inilah Ismail akan menawarkan khidmat sama ada secara paksa atau kerelaan mangsa-mangsanya.

Sharifah yang menjadi barua Ismail, pada mulanya akan memujuk dan merayu kaum sejenisnya yang dicongak boleh dijadikan santapan Si Kerbau. Mungkin kenikmatan dan kelazatan tiada tara di sepanjang Ismail menggaulinya, mendorong Sharifah mengajak wanita lain berkongsi rasa dengannya.

Kebinatangan Sharifah itu terbukti apabila dia terlibat menelanjangkan kemudian memegang kedua-dua belah tangan anak saudaranya sendiri sebelum diratah oleh Ismail di depan matanya di sebuah hotel di Ibu Kota lebih sedekad lalu. Ketika perbicaraan Sharifah membuat pengakuan dia dipaksa oleh Ismail berbuat begitu. Akhirnya Ismail Kerbau dihumban ke dalam penjara Sharifah pula dibebaskan.

Selepas itu Sharifah bergerak bebas di dalam masyarakat manusia tanpa segan dan silu, seolah-olah dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Akhirnya dia bertemu dan berkahwin dengan seorang ahli politik yang kebetulan sudah berumur dan beranak pinak.

Ahli politik itu memang terkenal dengan rekod salah-laku seksualnya. Terkenal sebagai playboy sewaktu mudanya dan meneruskan perangai keji itu apabila terpilih menjadi ADUN di Selangor selama dua penggal 1986-90. Isteri orang dan kakitangan (kerani wanita) pejabat Umno di bahagiannya habis diusung. Memang itulah jodoh yang paling sesuai buat Sharifah!

Kini ahli politik berkenaan walau bukan lagi ADUN, telah dikurniakan darjah kebesaran dan memiliki Sarjana Kedoktoran Falsafah Pengajian Melayu yang membolehkan dia di gelar Datuk Dr. Hayat politik beliau yang sepatutnya sudah lama lupus berdenyut semula apabila dilantik menjadi orang penting di dalam satu bahagian Umno yang paling bermasalah dan amat dibenci oleh DS Dr. Mohd Khir Toyo di Selangor.

DS Dr. Khir mungkin tak keberatan untuk menghebahkan siapakah anak buahnya yang mengahwini bekas gundik Ismail Kerbau itu! Jangan biarkan Sharifah mencipta satu lagi Ismail Kerbau, kali ini buat Umno Selangor pula. Chiss…. malunya aku jadi ahli Umno!!!

- Orang Dalam - 13.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Khir Toyo Hantu Raya Tak Bertuan?
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!