Noh Omar Terus Mengembek………
YB Dato Noh Omar, SU Parlimen JPM, terus mengembek ibarat seekor kambing jantan yang sedang gila untuk mengawan.

Kali ini, Noh yang pernah terlibat membelasah seorang belia Cina tatkala zaman remajanya dulu, cuba mencari publisiti murahan dengan menyanggah pemimpin Pas (BA) yang menurutnya terus meracuni pemikiran rakyat dengan kempen-kempen jahat supaya jangan mempercayai PM akan bersara bulan Oktober ini dan mempertikaikan kemampuan Pak Lah sebagai pengganti.

YB Noh Omar tidak sewajarnya menyibuk tentang apa yang dikempenkan oleh pembangkang. Kalau beliau seorang yang cerdik, seharusnya beliau mengakui sejak dulu lagi Pas (BA) memang tidak pernah mempercayai Mahathir dan Umno. Jika mereka mempercayai PM dan Umno, tidaklah mereka berada di dalam pembangkang!

Sepengetahuan saya, Pas (BA) tidaklah begitu peduli sama ada Mahthir benar-benar bersara atau sebaliknya. Jika Mahathir bersara sekalipun, hanya jasadnya sahaja yang meninggalkan Umno serta kerajaan tetapi pemikirannya telah begitu berakar umbi. Pak Lah tidak akan berupaya memperbetulkan semula Umno yang telah diMahathirkan sepenuhnya oleh Presiden Umno paling terlama itu.

Inilah yang patut Noh Omar fikirkan dari mengembek tak tentu fasal! Cari jalan bagaimana untuk mengenyahkan Mahathirsma dari menyebati terus dalam Umno! Tetapi keupayaan Noh ke arah itu amat terhad kerana IQnya yang rendah, hanya layak beliau menempatkan diri dalam kasta pembodek sahaja.

Sebenarnya Noh Omar, hanya mahu membodek Pak Lah, kerana dia sudah mendengar ura-ura Pak Lah akan menyisihkannya. Pak Lah tahu Noh Omar terlibat bersama Dato Ibrahim Ali (Katak) dalam merancang demonstrasi di PWTC pada Perhimpunan Agung Umno yang lepas untuk meminta PM menarik balik perletakan jawatan beliau. Malangnya demonstrasi yang dirancang itu berjaya dikekang oleh kem Pak Lah.

Takut dengan bayang-bayang sendiri, Noh Omar @ Kambing mula menggelabah. Jauh di sudut hatinya, beliau mahu Mahathir terus berkuasa kerana tidak yakin dengan kemampuan Pak Lah. Sebenarnya dialah yang tidak mahu Mahathir berhenti dan menyerahkan kuasa pada Pak Lah. Noh pernah berkata pada orang kuatnya, jika Mahathir berhenti sekalipun, bukan Pak Lah yang mesti naik, tetapi DS Najib lebih layak di situ.

Apakah dengan bodekan Noh itu, Pak Lah bersedia mengutipnya, untuk menambah kekuatan bakal PM itu? Jawabnya belum pasti, kerana diberitakan Pak Lah sudah cukup kuat dan selesa di Selangor meskipun tanpa orang seperti Noh.

Sedangkan DS Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka, tidak berapa dipedulikan oleh Pak Lah, inikan pula Noh Omar? Apakah YB Noh akan mengikut jejak langkah Khir yang kini umpama Hantu Raya Tak Bertuan setelah hampir-hampir ditinggalkan Mahathir dan sudah dipinggirkan Pak Lah ?

Apa pun masanya begitu hampir untuk kita, (sama ada ahli Umno atau pun bukan di Selangor) boleh terus mendengar Noh mengembek atau suara kambing itu akan terus lenyap kerana telah dikorbankan oleh Pak Lah!

Emmbek. . bek. . bek. . bek! Mengembeklah Noh sementara boleh! Lagi banyak mengembek lagi terserlah kekambingan YB!

- Orang Dalam - 18.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Khir Toyo Hantu Raya Tak Bertuan?
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!