Pusat Penyembelihan Babi : Siapa Membabikan Khir Toyo?
Isu Pusat Penyembelihan Babi yang dikhuatiri mencemarkan pusat rawatan air bersih di Sungai Selangor, jelas mengundang kegabrahan DS Dr. Mohd Khir Toyo MB Muda Terkaya.

Melalui segelintir apit lempang beliau yang selama ini disuap dengan wang hasil dari amalan rasuah mini dan meganya, Pengamal Rasuah Terkemuka itu dikesan cuba mengalihkan isu sebenar yang dibangkitkan dengan menyalahkan pihak pembangkang.

Harus diperhatikan, pencetus isu tersebut pada mulanya ialah media yang dikuasai oleh kerajaan Umno iaitu Berita Harian. Krew BH yang berkunjung sendiri ke lokasi berkenaan, diberitakan tidak mendapat layanan sewajarnya dari Tip Top Meat Sdn Berhad pengusaha pusat tersebut, seolah-olah ada suatu rahsia besar yang dihalang dari dihebahkan.

Lanjutan dari itu, Umno Bahagian yang berhampiran dengan lokasi Pusat Penyembelihan itu, telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat keadaan sebenar. Amat memeranjatkan apabila JK Khas yang dihantar untuk menyiasat, diberitakan turut mendapat layanan kasar dari petugas di situ. Mereka (JK Khas) telah dihambat dan tidak dibenarkan langsung dari menghampiri kawasan terlibat.

Menurut salah seorang dari JK Khas itu, keadaan sebenar lebih dahsyat dari yang dilaporkan Berita Harian. Sungai Selangor yang menjadi pusat rawatan air bersih membekalkan 60 peratus dari bekalan air ke KL dan Lembah Kelang terlalu hampir dengan pusat penyembelihan itu, lebih kurang ¼ batu sahaja, bukan 3 km seperti laporan BH.

Hasil tinjauan itu juga menyatakan bahawa lokasi Sungai Sembah yang amat hampir dengan Pusat Penyembelihan berkenaan, menebalkan lagi kebimbangan rakyat terhadap pencemaran yang mungkin terjadi hasil dari sisa sembelihan haiwan itu.

Sungai Sembah adalah satu-satu nya alternatif untuk pembekalan air yang berterusan sekiranya Sungai Selangor tidak dapat berfungsi . Ini diakui oleh seorang pegawai Eksekutif Sungai Harmoni Sdn. Bhd yang mengendalikan pusat rawatan air bersih tadi.

Jika Umno Bahagian yang berhampiran dengan lokasi Pusat Penyembelihan itu, bersusah payah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk menangani isu itu, mengapa Khir Pengamal Rasuah Terkemuka hanya menudingkan jari kepada pembangkang?

Pembangkang tidak sewajarnya dijadikan kambing hitam untuk menutup kesilapan Khir, kerana isu tersebut bukan lagi isu remeh-temeh, sebaliknya sudah menjadi isu yang harus diberi perhatian serius.

Ia melibatkan bukan sahaja kepentingan dan sensitiviti orang Melayu Islam, malah semua lapisan rakyat tidak kira bangsa dan agama akan turut menanggung risikonya jika Pusat Penyembelihan Babi itu gagal memenuhi piawaian standard Jabatan Alam Sekitar.

Seperti mana BH, Umno Bahagian yang terlibat menubuhkan Jawatankuasa Khas, parti pembangkang dan seluruh warga Selangor tidak pernah menghalang Khir Toyo membina Pusat Penyembelihan Babi itu, usahkan satu malahan seratus buah sekalipun, asalkan pusat itu benar-benar selamat dari mencemari alam sekitar khususnya bekalan air.

Seperti yang dilaporkan terdahulu, kelulusan pembinaan pusat tersebut adalah atas desakan Khir yang meminta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar turut campur tangan untuk menyegerakannya, setelah JAS Negeri Selangor keberatan untuk melayani kemahuan Khir kerana meragui keberkesanan pusat rawatan sisa sembelihan yang disediakan oleh Tip Top Meat Sdn. Bhd pengusaha pusat itu.

Tindak tanduk Khir itulah yang mengundang keraguan rakyat. Jika gelaran-gelaran yang dikaitkan dengan haiwan tersebut terlekat pada Khir, bukan pembangkang yang memberinya. Sebaliknya ahli Umno yang prihatin dan seluruh rakyat bersepakat menggelarkan (membabikan) Khir, kerana sikapnya yang asyik menyondol tak sudah-sudah. Parti pembangkang hanya memanipulasikan senario tersebut!

Sekali lagi kita ingin bertanya, mengapa pembangkang yang dijadikan sasaran kemarahan Khir dan tiga empat kerat kroninya, sedangkan begitu ramai ahli Umno sendiri sudah lama meluat dengan sikap Khir yang gopoh serta rakus, seolah-olah negeri Selangor ini hak milik dia seorang?

Jika Khir juga selaku Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, masih waras pemikirannya tentu beliau akan berfikir dua kali sebelum menyalahkan mana-mana pihak yang mengkritik tindakan semberononya itu, kemudian mencari jalan untuk mengatasinya.

Tetapi sekiranya minda Khir telah diserang oleh virus rasuah yang di dalamnya terdapat pelbagai virus berbahaya termasuklah virus babi, buatlah sesuka hati YAB, sementara menanti hukuman dari rakyat pada pilihan raya umum yang akan menjelang tak berapa lama lagi!

- Orang Dalam - 19.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Khir Toyo Hantu Raya Tak Bertuan?
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!