Noh Omar Simpan Girlfriend Baru?
YB Dato Noh Omar, SU Parlimen di JPM
, yang belum pulih dari kemurungannya kerana kemungkinan besar tidak dilantik sebagai ketua penaja Umno Bahagian Tanjong Karang, tersepuk sekali lagi apabila terpaksa berdepan dengan satu isu baru yang sedang hangat diperkatakan terutama oleh penyokongnya sendiri di Tanjong Karang.

Kegagalan Noh menjelaskan apakah bentuk hubungannya dengan Seilla Buyong wanita yang berasal Sabah, membuatkan pengikut-pengikutnya berada di dalam keadaan serba salah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

Ada yang mengagak Seilla merupakan isteri ketiga Noh, tidak kurang juga yang menganggap wanita itu hanya kenalannya sahaja dan ada juga pergi lebih jauh dari itu dengan sangkaan Seilla adalah perempuan simpanan Noh.

Seorang ketua Umno Cawangan penyokong Noh agak terperanjat dengan perkembangan yang berlaku kepada taukehnya berkata: “YB Dato Noh, sepatutnya berterus terang, kalau dah kahwin, cakap saja dah kahwin, kenapa perlu sembunyi-sembunyi. Tak salah Dato Noh kahwin satu lagi, walaupun sekarang dah pasang double-barrel. Lagi pun kuota belum penuh!”

Sementara kalangan kem Umno yang tak sebulu dengan Noh agak meragui dakwaan Noh sudah berkahwin dengan Seilla. Mereka yang cukup tahu latar belakang Noh, tidak hairan jika Seilla sekadar menjadi penyedap Noh sahaja. Kunjungan Noh saban bulan ke Sabah menguatkan lagi syak mereka terhadap salahlaku Noh itu.

Khabarnya Seilla adalah ahli Puteri Umno Sabah. Adakah Noh ingin mengikuti jejak langkah YB Dato Ismail Kijo yang terpaksa bercerai dengan isterinya kerana mengahwini seorang Puteri Umno? Tidak mengapa kalau kahwin secara sah seperti Ismail Kijo, tetapi jika sekadar ingin menjamu nafsu, dikhuatiri akan ramai lagi ahli-ahli puteri Umno yang bakal menjanda sebelum berkahwin atau bercerai berai runtuh rumah tangga.

Di saat ini pun, sudah berbagai-bagai gossip yang tersebar membabitkan skandal beberapa orang pemimpin Umno Bahagian di Selangor dengan Puteri Umno. Kebanyakannya sudah berusia lebih lima puluh dan lebih hebat ada yang seorang pemimpin Umno bahagian yang sudah menjangkau usia tujuh puluh tergamak bermain kayu tiga dengan Puteri berumur awal 30-an yang telah bersuami dan beranak dua.

Seperti yang diketahui umum, terdapat seorang pimpinan kanan Umno Bahagian di Selangor telah berkahwin dengan bekas gundik Mail Kerbau, apakah Umno Selangor sudah dijangkiti sindrom Mail Kerbau yang dibawa masuk melalui bekas gundiknya itu?

Apa pula peranan MB Muda DS Mohd Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka untuk membendung keruntuhan akhlak di kalangan pimpinan Umno di bawah jagaannya? Bolehkah gagasan Masyarakat Madani dan Insan Rabbani diimplemenkan kepada rakyat Selangor jika para pemimpinnya rosak akhlak?

Atau Khir hanya bermain-main dengan istilah-istilah muluk untuk mengabui mata rakyat bagi menyembunyikan kegagalan beliau mentadbir Selangor kerana kesongsangannya sendiri. Khir memang dikenal pasti sebagai bukan kaki betina, tetapi adakah beliau menyangka akan terlepas daripada tanggung jawab jika nanti ramai anak gadis dan wanita Melayu khususnya ahli Puteri Umno koyak rabak, rumah tangga porak-peranda gara-gara penangan nafsu buas pemimpin-pemimpin seperti Noh Omar dan yang seangkatan dengannya.

Akhirnya, rakyat ingin Noh Omar tampil ke depan secara jantan untuk mengisytiharkan apakah hubungannya dengan Seilla bt Buyong, jika masih membisu, rakyat Tanjong Karang khususnya dan Selangor amnya tidak ragu-ragu lagi mencalonkan nama YB Noh sebagai Mail Kerbau Umno Selangor.

- Orang Dalam - 25.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Khir Toyo Hantu Raya Tak Bertuan?
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!