Sultan Murka: Samy Vellu atau Khir Toyo Yang Lidah Bercabang?
DYM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan
diberitakan memurkai Menteri Kerja Raya DS Samy Vellu berikutan kenyataan Presiden MIC itu di Parlimen berhubung dengan isu pengambil-alihan pengurusan air oleh Kerajaan Pusat.

Samy Vellu dalam jawapannya terhadap soalan wakil pembangkang di sidang Parlimen menyatakan Selangor adalah negeri ketiga sesudah Terengganu dan Kelantan yang menolak pengambilalihan urusan bekalan air berkenaan.

Dalam sidang Parlimen tersebut Samy dipetik sebagai berkata: “Inilah yang susah, bila depan PM cakap setuju. Bila belakang PM, sekejap sudah pusing, kata tak setuju.” Demikian di antara kenyataan Samy yang ditujukan kepada kerajaan Negeri Selangor berhubung isu pengambilalihan urusan air itu.

“Jawapan Samy itu ternyata mengundang kontroversi apabila baginda Sultan turut tersinggung.” demikian menurut kenyataan yang diberi oleh Dato Abd. Aziz Mohd. Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ekoran daripada itu, Samy dititahkan menghadap baginda Sultan seberapa segera untuk menjelaskan situasi sebenar kerana kenyataan yang dibuatnya itu amat bercanggah dengan keputusan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) yang dipengerusikan oleh Mahathir Haprak Julai lalu bahawa kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menyerahkan urusan bekalan air kepada Kerajaan Pusat.

Jika Samy mabuk todi ketika menjawab persoalan tadi, bolehlah rakyat menghukumnya sebagai merapu di dalam Parlimen, tetapi dipercayai Samy tidak mabuk ketika itu. Sudah pasti jawapan Samy tadi ada faktanya, tanpa fakta yang jelas Presiden MIC itu tidak akan sebegitu berani menuduh kerajaan pimpinan DS Mohd Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka menolak urusan pengambilan air itu.

Kita tidak berhasrat menyebelahi Samy, kerana kerap kali juga dia berbohong tetapi pembohongannya itu tidaklah seteruk pembohongan si Tua Haprak Mahathir. Kalau Samy kali ini tidak berbohong lantas siapa yang menipu? Mustahil baginda Sultan berdusta, kerana baginda selaku ketua negeri hanya dipersembahkan laporan dari Khir berhubung dengan sebarang keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan baginda.

Kemurkaan baginda tadi sudah tentu berdasarkan makluman yang telah dipersembahkan kepada baginda. Maknanya Khir memang telah memaklumkan kepada baginda Sultan tentang persetujuan kerajaan negeri untuk menyerahkan urusan bekalan air kepada Kerajaan Pusat seperti yang diputuskan dalam mesyuarat MSAN yang lalu.

Kebetulan Khir ketika ini tidak berada di dalam negeri kerana turut mengiringi lawatan si Tua Haprak membuang wang rakyat keluar negara. Jika Pengamal Rasuah Terkemuka itu berada di dalam negeri sudah tentu baginda Sultan tidak perlu mencemar duli untuk campur tangan dalam kontroversi terbaru ini.
Mungkinkah Khir Toyo, setelah merasakan dirinya tersepit terpaksa meminta pertolongan dari baginda Sultan untuk melepaskan dirinya. Penglibatan baginda Sultan dalam isu ini adalah terlalu awal, kerana barisan Exco Khir Toyo terutamanya Timbalan Menteri Besar YB Dato Zainal Abdin boleh menjawab isu tadi bagi pihak Khir Toyo, kecualilah barisan Exco itu enggan berbuat demikian disebabkan mereka tidak langsung dilibatkan dalam membuat sebarang keputusan oleh Khir Toyo.

Menurut sumber yang rapat dengan salah seorang Exco Kanan Selangor, sememangnya kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyerahkan urusan bekalan air kepada kerajaan pusat seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat MSAN Julai lalu. Namun sesudah itu, di peringkat Jawatankuasa Perlaksanaan, Khir Toyo diberitakan kurang bersetuju dengan beberapa terma yang diajukan oleh Samy Vellu.

Mungkin terma-terma yang diajukan itu, tidak memuaskan hati Khir yang selama ini mencebak habuan amat lumayan selaku Pengerusi Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS). Khir mahukan habuan yang setimpal apabila PUAS menyerahkan segala pengurusan air tadi kepada kerajaan Pusat kelak. Bertitik tolak dari sinilah timbul pertelingkahan dengan Samy, lalu Khir mengugut untuk menarik balik persetujuan kerajaan negeri.

Andai situasi itu dijadikan sandaran untuk Samy menjawab persoalan tadi di dalam Parlimen kita tidak boleh menyalahkan beliau sepenuhnya.  Mungkin Presiden MIC itu sekadar ingin menyampaikan mesej betapa tamak dan rakusnya Khir Toyo kepada si Tua Haprak dan bakal penggantinya Pak Lah. Samy sendiri barangkali tidaklah menjangkakan jawapannya itu akan menyinggung hati baginda Sultan.

Persoalannya siapakah yang berbohong sehingga Sultan turut murka? Samy Velu? Bukan! Baginda Sultan? Mustahil! Khir Toyo? Sudah pasti! Dia bukan sahaja berbohong pada rakyat, dia juga berdusta pada Sultan. Dia berbohong dan mengugut Samy Vellu untuk memastikan koleksi rasuah meganya direkodkan sebagai yang terbanyak di kalangan perasuah-perasuah ulung Umno BN Haprak ternakan si Tua Haprak yang akan bersara Oktober ini.

Kalau Samy Velu dua cabang lidahnya, Khir Toyo mungkin empat belas atau lebih daripada itu! Percayalah wahai seluruh rakyat Selangor!!!!!!!!!!!!

- Orang Dalam - 26.09.2003 (suntingan M@RHAEN)
Catatan: Sama ada penulis sengaja ataupun tidak sengaja menggunakan DYM (bukan DYMM), Laman M@RHAEN berpendapat, lebih sesuai jika Sultan dan Raja-raja menggunakan singkatan DYM - Duli Yang Mulia, tanpa MAHA kerana ianya menyama-tarafkan Sultan / Raja dengan MAHA PENCIPTA. Biarlah setan tua sekor tu yang menggunakan nama MAHA.

5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!