Berseronok Dengan Girlfriend: Noh Omar Guna Wang Rakyat?
YB Dato Noh Omar @ Mail Kerbau Umno Selangor
cuba menjadi hero apabila membangkitkan isu konon seorang Ahli Parlimen mewakili parti pembangkang telah membuat tuntutan elaun yang tertinggi dari kalangan YB-YB lain.

Sebenarnya Mail Kerbau Umno Selangor itu sedang bertungkus lumus mencipta mitos heronya sendiri untuk menambat hati Pak Lah agar tidak menganak-tirikan dirinya, apabila Mahathir sudah tidak lagi berkuasa selepas 31 Oktober ini.

Noh menyedari selama ini dia terlalu bergantung pada Mahathir dan pernah mempersenda-sendakan kewibawaan Pak Lah di depan penyokongnya, sebagaimana dia telah memperlekeh-lekehkan DS Mohd. Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka, sebelum Khir menjadi MB dulu. Lantaran itu dia mesti berbuat sesuatu untuk menebus dosanya pada Pak Lah.

Sebelum sesedap hatinya melemparkan tuduhan kepada orang lain, Mail Kerbau Umno Selangor itu harus mencermin dirinya sendiri. Berapakah jumlah elaun-elaun yang dituntutnya saban bulan dan apakah tuntutan berkenaan benar-benar bersih atau banyak yang palsu? Difahamkan tuntutan YB pembangkang tadi kesemuanya mengikut prosedur dan dibenarkan daripada segi bidang tugasannya. Jika palsu dan menyalahi peraturan sudah tentu tuntutan itu terlebih dahulu ditolak oleh urusetia yang mengendalikannya.

Kita ingin bertanya pada Noh, kunjungannya ke Sabah setiap bulan, kemudian menginap di hotel lima bintang termasuk Harbour Resort KK untuk berseronok dengan girlfriend barunya Seilla Buyong, adakah dibiayai dengan wangnya sendiri atau pun tuntutan elaun SU Parlimen?

Daripada cakap-cakap yang terlepas melalui mulut orang-orang kuatnya yang lebar, terutama Abd. Manan Ariffin, Sukur dan Penjual Besi Buruk, Noh dipercayai menggunakan segala kemudahan yang diperuntukkan kepadanya sebagai Setiausaha Parlimen di JPM untuk tujuan di atas. Tidakkah perlakuan itu keji dan kotor?

Belum sampai masanya untuk kita mempamerkan segala bukti dan dokumentasi terhadap segala tuntutan elaun yang dipercayai palsu, sejak Noh menjadi SU Parlimen. Tunggu sebaik-baik sahaja Parlimen dibubarkan nanti! itu pun kalau Mail Kerbau Umno Selangor itu dapat bertanding lagi!

Noh harus menyedari musuh-musuhnya di dalam Umno lebih ramai daripada musuh terang-terangan beliau yakni parti pembangkang. Malah di JPM sendiri terdapat kakitangan yang bila-bila masa bersedia membekalkan segala dokumen melibatkan segala rekod tuntutan elaun beliau.

- Orang Dalam - 29.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!