Syarikat Kroni Khir Toyo Mencebak Habuan Lagi…….
Noble Nexus Sdn.Bhd yang dianggap oleh
DS Dr. Mohd Khir Toyo, Pengamal Rasuah Terkemuka sebagai Ceti Moden kerana keberkesanannya sebagai pengutip hutang yang dilantik oleh kerajaan Negeri Selangor, sekali lagi akan memperolehi habuan lumayan tanpa bersusah payah.

Kali ini NNx dianugerahkan kontrak untuk mengutip hutang tertunggak bekas-bekas pelajar tajaan Yayasan Selangor dan biayaan Tabung Pendidikan/Biasiswa Kerajaan Negeri Selangor. Kesemuanya berjumlah kira-kira RM40 juta.

Khir Toyo memberi jaminan NNx akan menjejaki para pemiutang itu sehingga ke pintu rumah kediaman mereka bagi memastikan hutang berkenaan dilunaskan. Ketegasan Khir itu wajar diberi pujian kerana wang berkenaan adalah milik rakyat negeri Selangor yang dikhususkan sebagai dana untuk membantu pelajar-pelajar berpotensi meneruskan pengajian mereka.

Bekas-bekas pelajar yang telah memperolehi kemudahan tersebut seharusnya lebih bertanggungjawab untuk melunasi segala pinjaman agar fungsi dana berkenaan terus efektif demi kebaikan anak-anak negeri yang sedang dan akan berjuang di medan ilmu bagi memastikan Selangor serta warganya terus cemerlang. Syabas Dr Khir!

Namun di sana ada persoalan yang perlu dijawab oleh Dr Khir tanpa sebarang dolak-dalik lagi, kerana rakyat sudah begitu mual dengan dolak-dalik dan putar belit beliau dalam menjawab isu yang sama sejak beliau bergelar MB.

Apakah isu itu? Tidak lain, kecuali rasuah dan penyelewengan yang telah begitu sinonim dengan Khir. Antara keduanya seolah-olah Kembar Siam yang tidak boleh dipisahkan. Di mana ada Rasuah di situ ada Khir, begitu jualah sebaliknya.

Seperti yang telah diketahui umum pada September 2001 NNx telah pun dianugerahkan kontrak untuk mengutip hutang tertunggak terhadap pemilik (penghuni) Rumah Kos Rendah Kerajaan Negeri Selangor berjumlah hampir RM 400 juta dengan komisyen yang amat lumayan. NNx tidak perlu berbuat apa-apa memadai dengan menghantar surat amaran atau notis tindakan mahkamah terhadap para pemilik yang ingkar. Urusan lain semua dikendalikan oleh agensi kerajaan negeri yang terlibat.

Difahamkan NNx mengaut komisen hampir RM 120 juta hasil dari kemurahan hati Khir itu. Syarikat ”goyang kaki” itu adalah milik pimpinan Umno Bahagian Tanjong Karang,kroni rapat Khir Toyo. Skandal “makan besar“ Khir-NNx itu merupakan salah satu dari puluhan amalan disyaki rasuah yang telah dilaporkan secara rasmi oleh Sdr. Ahmad Lotfi Othman kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia pada 23 Oktober 2001. Sehingga kini BPR terus membatu macam berhala Hindu!

Terbukti Khir, tidak pernah puas untuk terus bergelumang dengan rasuah apabila sekali lagi secara selamba memperkudakan NNx untuk menambah koleksi rasuah meganya menerusi anugerah kontrak baru, seperti yang dinyatakan pada awal penulisan ini.

Syarat dan termanya sama seperti lantikan terdahulu,(kutipan hutang tertunggak Rumah Kos Murah Kerajaan Negeri), NNx akan dibekalkan dengan senarai nama pemiutang dan akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari lain-lain agensi kerajaan bagi memastikan kelancaran operasinya. NNx hanya perlu menjejak dan menghantar surat amaran atau mengemukakan notis tindakan mahkamah, itu sahaja! Selepas itu NNx akan mencebak komisen 30 peratus yakni hampir RM 12 juta.

Perakuan Pengamal Rasuah Terkemuka itu konon NNx telah terbukti keberkesanannya sebagai pengutip hutang lantikan kerajaan negeri, bukan lah satu-satunya hujah untuk membolehkan Khir terus memaksa agar rakyat menerima apa sahaja tindak tanduknya. Tidak ada lagikah syarikat yang layak di negeri Selangor menjalankan tugasan itu selain NNx?

Kita percaya,dengan terma serta syarat versi Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka,bukan sahaja NNx malah seorang remaja kampung yang hanya berkelulusan PMR mampu mengendalikan urusan berkenaan. Mungkin lebih berkesan lagi!

Khir juga dipetik sebagai berkata: “Ada di antara bekas-bekas pelajar yang telah menerima pinjaman dari Yayasan Selangor,sudah menjadi usahawan dan tokoh korperat yang berjaya, tapi masih keberatan untuk membayar balik pinjaman!”

Jika apa yang dikatakan oleh Khir itu benar,siapa kah tokoh-tokoh korperat berkenaan? Tidak mustahil para usahawan dan tokoh-tokoh korperat itu adalah kroni-kroni Khir sendiri atau yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno Selangor lain kerana lazimnya ahli-ahli korperat sebegitu, dikenal pasti sebagai pengerumun dan pengampu tokoh–tokoh politik!

Sewajarnya penyangak-penyangak yang seperti itu dijejak terlebih dahulu, sebelum bertindak ke atas bekas-bekas pelajar sekadar berjawatan dan bergaji cukup makan sahaja!

Apa pun Khir tetap Khir! Katakanlah apa sahaja kepadanya, kaitkanlah apa sahaja kepadanya, ingatkanlah apa sahaja kepadanya dia tetap tidak peduli! Jika isu Pusat Penyembelihan Babi yang begitu menyentuh sensitiviti rakyat terbanyak, sanggup di pertahankannya mati-matian, lantas apa lagi harapan yang tinggal untuk disandarkan kepadanya?

Harapan tetap ada, tetapi bukan pada Khir dan kroni-kroninya yang sudah muflis moral dan integriti kemanusiaan! Kebinatangan sedemikian hanya boleh ditundukkan dengan keazaman untuk menegakkan nilai-nilai kemanusiaan sebenar melalui wadah rakyat yang bertunjangkan Islam, keadilan dan kebenaran! Fikir-fikirkan lah wahai warga Selangor! Kerana Fikir Itu Pelita Hati!

(Tidakkah YAB merasa apa-apa! Jika dulu nama YAB dipersendakan rakyat sebagai Khir Toyol, tapi kini sudah bertukar kepada Khir TONYOK. Tahu apa itu TONYOK ? Babi la……)

- Orang Dalam - 01.10.2003 (suntingan M@RHAEN)

5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!