Khir Toyo Kecewa Dituduh Anti-Masjid dan Surau?
DS Mohd. Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka
melahirkan rasa sedih dan kecewa kerana ada pihak-pihak tertentu khususnya golongan pembangkang menuduh beliau sebagai tidak mesra masjid dan surau.

“Saya telah berbuat yang terbaik untuk ummah dengan membina sebuah surau di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi bagi menggantikan surau lama,tetapi mereka tetap menuduh saya sebagai tidak mesra masjid dan surau.” katanya ketika menutup Multaqa Pegawai dan AJK Masjid/Surau di seluruh kawasan Parlimen Ampang Jaya di Dewan Majlis Bandaran Ampang pada 5 Oktober 2003 lepas..

Terbukti Khir masih belum dapat menyembunyikan keresahannya kerana dihambat dosa besar meruntuhkan Surau (Masjid) di Seksyen 4, BB Bangi beberapa bulan dulu tanpa sebarang alasan yang munasabah. Beliau seolah-olah memaksa umat Islam memaafkan perbuatan biadabnya itu, kerana beliau telah pun menebus keterlanjurannya dengan membina sebuah surau baru yang menelan kos RM 250,000 menggantikan surau (masjid) lama yang telah dimusnahkannya itu.

Sebenarnya Khir tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh ketika bertindak melulu meruntuhkan surau (masjid) lama di BB Bangi itu,melainkan didorong sentimen melulu konon parti pembangkang telah menyalah-gunakan surau berkenaan sebagai pusat aktiviti mereka.

Tidak wajar buat Khir meraih simpati dari umat Islam khususnya ahli jemaah di Seksyen 4, BB Bangi, kerana mereka sudah cukup bijak menilai permainan kotor dan kerakusan MB Muda itu. Surau (masjid) lama yang sekian lama sudah terbukti berjaya dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan penduduk setempat, dirobohkan semata-mata berpunca kerana sebahagian besar penduduk di situ telah lama menolak Umno.

Seperkara lagi, perbuatan biadab yang telah menghiris hati umat Islam terbanyak itu, sebenarnya dijadikan laluan mudah buat Khir mengurniakan kontrak kepada kroninya untuk binaan surau baru yang dikatakan menelan kos RM250,000 itu. Sedangkan menurut seorang Juru Ukur Bahan yang bertauliah kos binaan tersebut paling maksimum hanyalah RM150,000 sahaja. Begitu lah keji dan makarnya Pengamal Rasuah Terkemuka DS Dr. Mohd Khir Toyo.

Khir, sejak akhir-akhir ini sering persenda-sendakan rakyat sebagai Khir Tonyok disebabkan komitmennya yang begitu tinggi mempertahankan pembinaan sebuah Pusat Penyembelihan Babi, di sebalik tentangan terbuka semua pihak memandangkan lokasi premis tersebut amat hampir dengan Sungai Selangor (sekitar ¼ batu) yang membekal 60 peratus sumber air bersih kepada penduduk Selangor dan Lembah Kelang.

Tindak-tanduk yang mencurigakan dan sikap dolak-dalik Tip Top Meat Sdn. Bhd. selaku pengusaha (kroni Khir) premis itu yang dikatakan gagal memenuhi piawaian Jabatan Alam Sekitar, mengundang kebimbangan yang begitu ketara terhadap potensi besar sisa sembelihan babi-babi itu akan mencemar dan memusnahkan sungai sumber bekalan air bersih tadi.

Sekiranya dengan hanya membina sebuah surau baru, sebagai gantian kepada surau lama yang telah diruntuhkannya secara sengaja, sudah memadai untuk Khir mendakwa dirinya telah melakukan yang terbaik untuk umat Islam Selangor, apakah DS Dr. Koh Tsu Khoon yang tidak pernah membantah pembinaan berpuluh-puluh buah surau sejak menjawat KM Pulau Pinang boleh dinobatkan sebagai penyumbang terbaik ummah berpuluh-puluh kali ganda hebatnya jika dibandingkan dengan Pengamal Rasuah Terkemuka itu?

Dr. Koh Tsu Khoon, tidak pernah membangkit-bangkitkan hal tersebut, sebagaimana beliau tidak pernah pun mendabik dada sebagai penyumbang terbaik untuk kemeriahan tok kong dan tempat-tempat ibadat penganut bukan-Islam di Pulau Mutiara itu. Koh menyedari hak umat Islam harus dihormati di samping beliau sendiri turut mengambil berat hak bukan-Islam.

Selain Koh Tsu Khoon, kita belum pernah mendengar mana-mana pemimpin bukan-Islam yang lain (komponen BN) bertindak menghalang aktiviti keagamaan apalagi meruntuhkan tok kong dan berhala sembahan mereka. Malah Koh dilihat sebagai satu-satunya pemimpin BN yang berani mengecam dan mengeji amalan rasuah.

Amat malang Khir Tonyok yang mendabik dada sebagai juara Islam dalam Umno, tetapi bertindak selaku penghalang nombor satu terhadap usaha-usaha murni segolongan umat Islam yang ingin mengembalikan fungsi masjid dan surau menurut tuntutan al-Qur`an dan As Sunnah. Khir Tonyok dengan versi Islam Umno sebenarnya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan masjid/surau sekadar sebagai tempat ibadah rutin yang hanya dikunjungi pada waktu-waktu tertentu seperti mana gereja-gereja Kristian. Melalui kerja jahat itu Khir Tonyok dan perosak-perosak agama yang seangkatan dengannya akan merasa selamat dari diganggu gugat apabila umat Islam hanya mentakrifkan dan menghayati agama mereka sebagai agama Ibadah semata-mata.

Apa lagi membicarakan soal rasuah dan penyelewengan,itu suatu yang sudah pasti tidak akan diusiknya dan dilarang sama sekali dari disentuh baik di masjid/surau sehinggalah di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, Khir Tonyok menganggap amalan rasuah mega dan mininya itu tidak ada kena mengena dengan amalan-amalan Islam yang lain.

Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Khir Tonyok berpegang kepada ajaran: “Minyak dengan air tidak akan bercampur.” Maksudnya dosa rasuah, penyelewengan dan lain-lain maksiat tidak akan menjejaskan pahala amalan-amalan baik yang lain. Walaupun bunyinya amat bertentangan sama sekali dengan konsep Amar Maaruf dan Nahi Mungkar tetapi itulah yang menjadi anutan Khir Tonyok dan kroni-kroni keparat nya.

Usahlah Khir Tonyok berlakon, konon mengingatkan para peserta Multaqa Pegawai dan AJK Masjid tadi,agar melaksanakan kedua-kedua konsep Amar Maaruf dan Nahi Mungkar sekali gus,sedangkan dirinya sendiri terjebak mencampur-adukkan kemaksiatan dan kebaikan di dalam satu kawah ciptaan hawa nafsunya. Jangan lah Khir Tonyok mengajak para peserta Multaqa supaya menghayati maksud Firman Allah: “Sesungguhnya Solat Itu Mencegah Dari Perbuatan Mungkar.” Sedangkan dia sendiri terus mempermain-mainkan pengertian Firman Allah swt itu!

Khir Tonyok Pengamal Rasuah Terkemuka di saat itu,tidak menyedari sebenarnya dia sedang ditertawakan oleh para peserta yang menghadiri Multaqa itu,di mana sebahagian besar dari 930 peserta yang hadir adalah terdiri dari penyokong Pas (BA). Mereka sudah kenal siapa Khir Tonyok dan sudah bertekad untuk mengusir Pembela Pusat Penyembelihan Babi Terbesar di Asia Tenggara itu dari terus mencemari dan merosakkan Islam serta harapan rakyat Selangor.

YAB! janganlah merepek yang bukan-bukan, Pas (BA) tidak pernah menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik mereka, sebaliknya Umno lah yang berbuat begitu! Bukankah baru-baru in Pemuda Umno sendiri telah mencemarkan Masjid Ar Ridwan Hulu Kelang untuk berpesta menyambut Ulang Tahun Penubuhan Pemuda Umno? Dato Hisham sendiri hadir… tidakkah YAB sedar itu adalah sebahagian dari permainan politik Dato Hisham untuk menafikan dakwaan YAB bahawa Umno Selangor tidak pernah menyalahgunakan masjid? Nampaknya Dato Hisham telah berjaya memalukan YAB selaku bakal pencabar nya untuk Ketua PP Umno Malaysia! Jawab Khir Tonyok siapa yang mencemarkan masjid, jangan asyik menyondol saja……)

- Orang Dalam - 06.10.2003 (suntingan M@RHAEN)

5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.

Click Here!