Komplot Umno Selangor Menjatuhkan Khir Toyo Bhg. 1
Ramai di kalangan pimpinan Umno Selangor menyifatkan
DS Dr Mohd Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka sebagai takutkan bebayang sendiri apabila beliau menyebut-nyebut ada komplot dalaman parti untuk menjatuhkannya dari kerusi Menteri Besar yang baru didudukinya tidak sampai sepenggal.

Dr. Khir dikatakan cukup sedih dan kecewa kerana sejak dari mula lagi, sebaik-sebaik saja beliau mengambil alih kerusi MB Selangor dari DS Abu Hassan Omar kira-kira tiga tahun lalu, musuh-musuh politik beliau tidak pernah berhenti menggunakan bermacam-macam taktik kotor untuk menjejaskan kredibilitinya di mata ahli-ahli Umno sendiri khususnya dan rakyat Selangor amnya.

Dengan nada kesal Khir berkata: “Saya telah berbuat yang terbaik untuk rakyat dan parti tanpa mengharapkan sanjungan, tapi mereka terus menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan saya. Kalau perbuatan tersebut dilakukan pihak pembangkang itu perkara biasa, tetapi yang lebih-lebih adalah orang dalaman parti sendiri.”

“Sepatutnya selaku tokoh-tokoh veteran dan berpengalaman,mereka memberi tunjuk ajar dan teguran jika saya ada membuat kesilapan, bukan dengan cara berkomplot di sana sini untuk menjatuhkan saya.” ujar Khir lagi sebagai merujuk kepada beberapa orang tokoh veteran Umno Selangor yang dikatakan sedang berusaha keras untuk memastikan beliau tidak lagi berada di kerusi MB selepas pilihan raya umum nanti.

Menurut sumber yang rapat dengan Pengamal Rasuah Terkemuka itu, antara yang terlibat di dalam komplot tersebut ialah seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sumber itu enggan memberitahu secara terperinci siapakah Exco berkenaan .

Ekoran dari itu, ramai yang tertanya-tanya sejauh mana kebenaran dakwaan itu. Apakah bekas Exco itu Dato Aini Taib (bekas Adun Sungai Burung) atau YB Dato Zainal Dahlan SU Parlimen di Kementerian Alam Sekitar yang juga selaku MP Sabak Bernam.

Jika tokoh itu Dato Aini Taib, apa rasionalnya? Adakah beliau masih menyimpan cita-cita untuk menjadi MB, sedangkan sekarang beliau sendiri diberitakan tidak lagi begitu meminati dunia politik kerana menumpukan sepenuh masa dalam bisnes. Lagi pun Dato Aini sendiri yang memberi laluan kepada Khir untuk mengambil alih kerusi Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang pada pemilihan musim lepas sebagai menghormati Khir yang telah menjadi MB Selangor.

Sedangkan ketika itu,Dato Aini meskipun tewas kepada Dr Hassan Ali wakil Pas di DUN Sungai Burung, boleh saja mempertahankan kerusi Ketua Bahagian Tanjong Karang kerana pengaruhnya di peringkat akar umbi masih teguh. Tetapi sebagai tanda setiakawan dan demi kebaikan parti Dato Aini merelakan Khir mengambil alih kerusi ketua bahagian itu tanpa wujud sebarang`deal` atau apa-apa imbuhan.

Kalau Dato Aini jenis tamak dan busuk hati, dia boleh berdegil mempertahankan kerusinya, walaupun ketika itu Khir secara mudah sahaja boleh menewaskan Dato Aini tetapi sudah memadai untuk mencalarkan imej Khir selaku MB dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Oleh itu dari segi logik politiknya Dato Aini bukanlah musuh Khir. Tak tau lah kalau Khir Toyo dan apit-apit lempangnya merasa iri hati apabila Dato Aini yang dilantik selaku Penasihat Pasukan Bolasepak MPPJ, berjaya membawa pasukan kelab itu sehingga menjadi juara Piala Malaysia. Sedangkan Pasukan Red Giants sendiri hancur lebur!

Andai YB Dato Zainal Dahlan pula yang dimaksudkan oleh Khir sebagai dalang yang menganjurkan komplot untuk merudumkan beliau,lagi tak logik! Tidak ada sebarang sebab musabab Dato Zainal berhasrat untuk merampas kerusi MB dari Khir Tonyok, sebab di Sabak Bernam sendiri Dato Zainal kurang penyokong. Sementelah beliau juga difahamkan bersedia untuk berundur bagi memberi laluan tokoh lain bertanding di Parlimen Sabak Bernam. Kata beliau apa yang diperolehinya sudah memadai. Jadi Khir Tonyok tak perlu lah menaruh syak yang buruk terhadap Dato Zainal.

Sementara itu seorang pimpinan bahagian Umno Selangor ketika diminta membuat komen terhadap dakwaan kononnya ada komplot dalaman Umno untuk mengusir Khir Tonyok dari kerusi MB, secara terus terang berkata: “Kalau betul pun ada komplot,apa yang perlu dikeluh-kesahkan, dalam politik ni mesti ada komplot. Lebih-lebih lagi kalau yang jadi ketua tu tak betul, kita mesti berkomplot untuk mencari ketua yang lebih baik.”

Pemimpin berkenaan yang pernah penulis temui beberapa bulan lalu seterusnya mengulangi pendiriannya: “Saya dah cakap dulu, bukan saja Khir perlu diturunkan dari kerusi MB,malah kalau dia tidak diberi tempat langsung lagi baik untuk Umno Selangor, sebab Khir Toyo sekarang adalah biawak hidup buat Umno Selangor. Dia bukan pedulikan orang lain, balik-balik kroninya sahaja. Masukkan saja ke dalam botol anak toyol tu, kemudian campak ke laut.. habis cerita.”

Marah sungguh nampaknya sipolan itu kepada Khir,kerana periuk nasi nya hampir terlungkup gara-gara kerakusan Khir Tonyok membekukan permit pengeluaran pasir yang telah diusahakannya sejak beberapa tahun sudah. Kemarahan itu jelas tergambar apabila dia berkata: “Tengok saja,permit pasir saya yang dibekukan tu, Khir Toyo bagi alasan PNSB nak ambil balik kawasan berkenaan, tapi itu hanya helah dia saja,sebab sekarang terbukti permit lain dikeluarkan kepada kroninya, termasuk sepupunya yang menjadi Pengerusi Persatuan Silat Gayung Ghaib Tanjong Karang.”

Sambung dia lagi: “Dulu tuduh kami pengusaha pasir pajakkan permit pada Cina,tapi sekarang apa kurangnya, permit-permit baru sebanyak 38 semuanya yang dikeluarkan di kawasan ini, diberikan pada Cina juga. Semua cakap tak serupa bikin! Eloklah Khir Toyo berambus lekas. Lagi lama dia di situ, lagi teruk Selangor di buatnya nanti. Kalau tak kena gayanya disebabkan perbuatan Khir Toyol, Selangor terbang ke tangan pembangkang”

Episod seterusnya akan berkunjung, harap bersabar!

- Orang Dalam - 08.10.2003 (suntingan M@RHAEN)

5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.

Click Here!