Komplot Umno Selangor Menjatuhkan Khir Toyo Bhg. 2
Seorang tokoh veteran Umno Selangor mengakui memang ramai rakan politik yang sebaya dengannya, kurang berpuas hati dan agak terkilan apabila nama Dr. Mohd Khir Toyo tiba-tiba `meletup` untuk mengisi kerusi MB Selangor yang secara paksa rela dikosongkan oleh DS Abu Hassan Omar.

Walhal ketika itu berbelas-belas nama telah dicalonkan, antaranya termasuklah Exco-exco senior yang sememangnya begitu ghairah mengisi kekosongan tersebut. Difahamkan nama Khir tidak pun tercalon.

“Tatkala nama Khir diumumkan sebagai MB menggantikan DS Abu Hassan, ramai yang terkejut dan hampir-hampir tidak mempercayainya,” kata tokoh veteran tersebut ketika mengimbas kembali respons rakan-rakan politiknya sewaktu pengumuman itu dibuat lebih tiga tahun lalu.

Ujar beliau seterusnya: “Pada masa itu ada yang berkata apakah Khir yang tidak berpengalaman, tidak fasih berbahasa Inggeris dan belum pun sekali keluar negeri mampu mentadbir Selangor yang telah begitu advance.” Namun begitu, akhirnya semua pihak akur terhadap keputusan tersebut demi menghormati arahan pucuk pimpinan parti.

Sesetengahnya meskipun masih berbuku di hati, terpaksa juga memaniskan muka sambil memerhatikan gelagat MB baru itu secara teliti. Khir yang masih muda berdarah panas tidak pula menyedari dia sedang diperhatikan disebabkan keghairahannya menebar jaring kuasa yang baru diperolehi secara mendadak itu.

Rasa hormat terhadap orang yang lebih tua bukan lagi suatu penting bagi Khir, apatah lagi meminta nasihat dan tunjuk ajar. Bersama `team baru` yang kebanyakannya budak hingusan politik, Khir mula mentadbir negeri dan mempolitikkan Umno Selangor dengan slogan `Selangor kita punya! Bila Lagi! Kaut Seberapa Banyak, Cantas Seberapa Boleh`.

`Kaut Seberapa Banyak` bermaksud mengumpul kekayaan, manakala` Cantas Seberapa Boleh` bererti menyingkirkan semua pesaing politik baik dalaman maupun luaran. Bertitik tolak dari sinilah angin penentangan dalaman Umno Selangor terhadap Khir mula bertiup.

Dimulai dengan tiupan angin panas diikuti pula dengan bara dan kini api itu telah marak sedia untuk memanggang Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka itu. Api yang sengaja dinyalakan oleh Khir sendiri gara-gara kemabukan kuasa! Begitulah secara keseluruhan luahan hati tokoh veteran berkenaan yang dapat dirumuskan.

Khir Tonyok sewajarnya tidak perlu melompat bagai kera kena belacan sambil menuding jari ke kiri, kanan, depan dan belakang mencanangkan kepada umum konon dia sedang diancam oleh komplotan dalaman Umno Selangor yang iri hati dan tidak menyukainya. Itu adalah hakikat politik yang harus dilalui jika dia benar-benar matang dengan sepak terajang politik. Semakin tinggi kedudukan politik seseorang itu semakin ramailah kawan dan seteru yang mengerumuninya lalu terdedahlah dia kepada pelbagai risiko.

Khir Tonyok sepatutnya membiarkan saja karenah dan ragam politik anak buahnya dalam mengejar ambisi mereka sendiri. Sekiranya Khir merasakan dirinya sudah begitu akrab dengan Pak Lah, mengapa dia harus bising-bising apabila ada tokoh-tokoh lain dari Umno Selangor cuba merapatkan diri dengan bakal PM itu?

Soal mereka melobi Pak Lah untuk jawatan itu dan ini, adalah perkara lumrah dalam permainan politik Umno. Khir sendiri pun kalau tidak melobi melalui Dato Aziz Mohd Noh SetPol Abu Hassan menjelang pilihan raya umum 1999 dulu, nescaya masih terconggok di klinik giginya di Kajang sehingga sekarang.

Lebih hebat dari itu, secara senyap-senyap Khir dikatakan telah memanfaatkan hubungan baik dengan Mirzan Mahathir untuk melobi PM agar memilih dirinya sebagai pengganti Abu Hassan. Terbukti lobinya itu berhasil, walau ramai yang terguris.

Kalau Khir boleh melobi, mengapa orang lain tidak? Dato Kuris , Dato Zainal Abidin Ahmad, Dato Abd. Fatah Iskandar, Dato A. Rahman Palil, . Dato Ahmad Bujang, YBM Raja Ideris, Dato Noh Omar, Encik Daud Tarihep, Dato Shariff Janjang, Dato Shafie Salleh atau siapa saja , tidak berdosa hukumnya jika mereka melobi Pak Lah untuk jawatan MB. Terpulang pada nasib dan rezeki masing-masing.

Satu perkara mungkin Khir lupa, jawatan politik itu bukan jawatan mutlak. Sementelah tertegaknya Khir di puncak kuasa adalah dalam situasi yang tidak diduga sama sekali.

TS Mohd Taib terpaksa menunggu dua penggal sebagai Adun sebelum bergelar MB. Manakala DS Abu Hassan sendiri terpaksa menanggung risiko meletakkan jawatan sebagai Menteri Pusat bagi membolehkan dia bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Permatang untuk menggantikan Mat Taib yang kena berhenti dari MB pada pertengahan tahun 1997.

Khir Tonyok Pengamal Rasuah Terkemuka tidak perlu melalui jalan berliku sebegitu, dia hanya menunggu selama lebih kurang lapan bulan setelah dipilih sebagai Adun Sungai Panjang sebelum mengangkat sumpah sebagai penghuni rasmi di Bukit Megawati Shah Alam. Sesuatu yang datang secara mudah akan pergi juga dengan cara yang sama `easy come easy go`. Itulah hakikat yang mesti ditanggung oleh Khir Tonyok sama ada dia rela atau pun tidak.

Nampaknya andaian awal dulu yang meletakkan Khir hanyalah sebagai `MB Transit` atau `MB Handyplast` sementara menanti kehadiran seseorang yang benar-benar `qualified` untuk menerajui Selangor semakin menghampiri kenyataannya. Khir tak perlu melatah, lagi pun cita-citanya peribadinya `mengumpul kekayaan melimpah ruah` melalui Umno sudah pun tercapai. Aset dan ringgit yang dihimpunnya sejak dia bergelar YAB dikatakan tiada luak untuk santapan tujuh keturunan. Dari mana dia perolehi itu semua? Mungkin ini lah salah satu punca utama dia perlu segera beredar dari Selangor.

Khir bukan orang Pak Lah? Khir memang diarahkan bertanding Parlimen? Komen para usahawan Melayu terhadap kerakusan Khir dan lain-lain…… akan menyusul kemudian. Insya Allah!

- Orang Dalam - 08.10.2003 (suntingan M@RHAEN)

5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.

Click Here!