"Awak ada kuasa apa?" - Ketua Polis Seberang Perai Utara 
Kepala Batas, 29 Mei 2003 (Khamis).

Satu ceramah anjuran Dewan Pemuda Pas telah diadakan di Markaz Tarbiyah Pas negeri Pulau Pinang. Penceramahnya ialah YB Mohamad Sabu, AJK Pas Pusat merangkap ahli parlimen kawasan Kuala Kedah dan Ustaz Hafiz Nordin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang). Petugas-petugas Pas dari seluruh negeri Pulau Pinang turun bagi membantu menjayakan program ceramah itu.

Pada kebiasaannya peniaga-peniaga datang awal bagi mendapatkan tapak untuk berniaga. Sebelah malamnya maka bermulalah ceramah tepat jam 9.15 malam. Maka petugas-petugas pun mengambil tempat untuk bertugas seperti kebiasaan. Unit Amal kawasan Permatang Pauh ditugaskan untuk menjaga/mengawal  lalulintas. Ketika bertugas di jalanraya kelihatan ada pegawai trafik yang datang bermotosikal. Pegawai trafik memarahkan petugas Unit Amal supaya tidak membenarkan sebarang kereta diletakkan di bahu jalan. Maka petugas pun mematuhi arahan tersebut dengan menyuruh semua pengunjung supaya meletak kereta di kawasan Taman yang berhampiran dan juga dalam premis Markaz. Sehubungan dengan itu Unit Amal berjaya mengawal laulintas dengan lancar.

Tepat jam 10.30 maka datanglah Ketua Polis Daerah SPU (OCPD) dengan pegawainya termasuk jurukamera. (Tanpa PGA/FRU) Maka diambilah gambar-gambar di luar kawasan Markaz. Petugas Pas yang mengawal pintu besar seperti kebiasaan apabila melihat Polis beruniform maka ditutup pintu besar.

OCPD dan kuncunya pun menghampiri 2 orang petugas unit amal yang sedang bertugas dan bertanya "Apa kuasa kamu mengawal lalulintas?" maka dijawab oleh petugas, "Cik, kami cuba memastikan lulintas bergherak lancar," sambung OCPD lagi, "kamu tiada hak jaga lalulintas", "tak palah cik kami masuk dalam markaz cik tolong jaga", Maka beredarlah 2 orang petugas itu.

Kemudian OCPD menghampiri pula seorang lagi anggota Unit Amal, bertanya soalan yang sama. OCPD tersebut juga bertanya ada permit ke ceramah ini dan siapa penganjur, tanpa memberikan jawapan apa-apa, petugas tersebut telah diminta Kad Pengenalan lalu diambil biodata petugas tersebut oleh pegawai polis yang bersama OCPD lalu diminta ke Balai Polis Butterworth untuk berjumpa dengan pegawai yang bernama Govin jam 2.45 petang esok. (Jumaat).

Inilah tugas OCPD SPU yang cuba untuk menggertak petugas pas yang sedang bertugas supaya mereka takut dengan gertakan. Setelah beliau gagal untuk menghalang ceramah yang serupa anjuran Pemuda Pas negeri Pulau Pinang dengan datang bersama PGA.

Kepada OCPD SPU janganlah cuba mengganggu ceramah Pas lagi kerana tugas banyak lagi yang tidak dibuat dan terbuat lagi, kebanyakan pegawai tinggi Polis apabila pencen jadi tukang jaga semua kedai judi dan kasino. Kesiannnnnnnnn. (tiada dalil dalam Quran judi haram: Hanif Omar)

Kehadiran pengunjung pada malam itu dianggarkan seramai 3000 orang dan kutipan derma sebanyak RM1900 lebih dapat dipungut. Jazakallah.

Kepada semua petugas, syabas dan tahniah kerana berjaya menganjurkan ceramah di Dataran Pongsu Seribu.

- Kritik 2003 - 31.05.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!