Tribut Khas Umno Masuk Kampung Di Mengkuang Permatang Pauh
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Dengar Din Kak Chah nak cerita,
Cerita suka, buat tatapan semua.
Pemuda UMNO masuk kampung kita
Buat-buat tak tau, biarkan saja.

Demam pilihan raya punya angkara,
Masuk ke Permatang Pauh macam maharajagila,
Pengundi cerdik mereka dah tak buta,
Buat apa susah-susah bazirkan duit negara.

UMNO masuk kampung import pendatang,
Angan-angan besar kononnya akan menang,
Jauh api dari panggang,
Permatang Pauh tetap BA pegang,

Ramai saja buat apa.
Yang datang berkereta besar nak tunjuk gaya
Pengundi Permatang Pauh dah bersedia,
Habis duit beras,kain dan juga baja.

Depa bagi kita sapu,
Memang dasar UMNO kaki penipu,
Undi kita punya, depa tak tahu,
Pemuda UMNO Permatang Pauh tak tahu malu.

Pagi-pagi pasang bendera,
Kena upah budak sekolah buat kerja,
BA pun pasang guna tenaga pemuda,
Satu sen tak bayar, tenaga tak kira.

Nak masuk kampung, heboh satu negara,
Entah berjaya, entah ke mana,
Pengundi Permatang Pauh dah duga,
Angan-angan Mat Jeninlah mereka.

Biar luncai dengan labu-labunya,
Pasang bendera, kaum Tionghua turut serta,
Mereka bagi makan hantu …UMNO bagi makan hantu raya,
Undi pilihan raya kita yang punya.
 
Pemuda UMNO masuk Mengkuang,
Pak Lah datang, Taman Guar Perahu,
Hishamuddin memang kaki tunggang
Pak Lah pula, memang kaki ampu.

Makcik-makcik, abang-abang, kakak adik di Permatang Pauh,
Apa depa bagi kita simpan sampai penuh,
Undi kita punya biar mereka mengeluh,
Peluh ketiak kangkang biar mereka gaduh.

Nak tawan Permatang Pauh kena letak yang kuat,
Itu pun kalau bukan KAKI musibat,
Otak macam taik kami rembat,
BA tetap menang bergaya hebat.

Pemuda UMNO Permatang Pauh tak ada apa,
Nak tawan Permatang Pauh banyak belanja,
Ketua pemuda tak ada kerja,
Nangoi-nangoi bengong saja yang ada.

Sembelih lembu enam tujuh ekor saja,
Nak jamu hantu atau hantu raya,
Cina jamu hantu, nak jadi kaya,
UMNO jamu hantu raya, jadi papa kedana.

Nak pasang bendera kena upah,
Nak panjat pokok takut rebah,
Naik kereta, janganlah megah
Kalau beli guna duit rasuah.

Sudahlah sudah baliklah kampung hangpa,
Kami naik semak sakit kepala,
Keris di bendera tikam sini sana
Bulan tak penuh dan bulan penuh tetap mengambang saja.

Selamat tinggal pemuda UMNO,
Duit habih banyak, hasilnya don’t know
Kami akan kempen, hangpa baliklah nooooooo……
Undi kami pegang, rakyat tolak UMNO..

Kiriman Wartawan Rasmi LR - 16.08.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!