Mahathir Bersara? Tungguuuu…
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
 

Ramai masih tertanya-tanya sama ada PM akan berhenti, malahan ramai pula yang telah mengesahkan bahawa beliau akan berhenti. Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik pun kata sayangnya… Mahadet nak berhenti. Begitulah asam garam PM kita bila nak berhenti. Memang banyak songgelnya. Makin di teka-teki, makin berserabut nampaknya soal PM kita nak berhenti. Mari kita fikirkan sedalam-dalamnya.

 Beberapa hari lepas, PM kata bahawa sesiapa yang dah rasa dirinya dari golongan veteran UMNo/BN, maka seelok-eloknya perlulah mengundurkan diri supaya muka-muka baru dalam Barisan Nasional dan UMNO khasnya dapat mengambil-alih segala jawatan yang dipegang selama ini. Maknanya muka-muka baru ini adalah terdiri daripada golongan muda dan golongan tua dipinggirkan atau dengan lebih tepat lagi golongan tua ni akan menyebabkan UMNO tewas kepada parti BA yang rata-ratanya adalah terdiri daripada golongan muda 30-an dan 40-an.Tak ramai yang tua berkedut dalam Barisan Alternatif.

 Saranan PM nampaknya mendapat tindak-balas yang cepat dari TPM Abdullah Ahmad, bahawa kalau tua pun tetapi demi survival UMNo, perlulah diberi peluang asalkan UMNO menang. Jawapan Abdullah akhirnya mendapat satu ilham kepada team PM bahawasanya pendapat TPM memang bernas. Lim Keng Yeik dan Sammy Vellu pun mula meracau, mengatakan bahawa parti masih memerlukan khidmat mereka. Ambooooooi memangggggg cantik muka Sammy dan Keng Yeik.

 Sebenarnya, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh PM kita dengan beberapa program yang sedang dirancang. Mula-mula dengan SMS, kemudian dengan ucapan penghargaan, malahan ucapan–ucapan yang mengagung-agungkan PM akan sentiasa berkumandang di TV, udara dan dada akhbar. PM kita hebat, berani kutuk Yahudi Terfikirkah saudara akan perkara ini?? Di zaman kuno, setiap Negara mempunyai agama dan raja, maka kerana itulah raja-raja akan disembah dengan menganggap bahawa raja tadi adalah Tuhan dan penyelamat kepada keruntuhan Negara kota. Maka perkara ini akan berlaku menjelang persaraan PM .

 Mari kita lihat lagi sandiwara yang akan muncul beberapa hari lagi. Mungkin akan ada para penyembah beliau yang akan megusulkan agar PM bertahan sehingga pilihan raya baru yang akan menjelma, kerana khidmat PM akan menjadikan Pak Lah lebih yakin untuk mengemudi Negara, dan bahawasanya pelantikan yang bakal dibuat oleh PM akan dipersetujui oleh semua pihak. PM akan mengendalikan mesyuarat majlis tertinggi BN/UMNO pada 30 Oktober nanti sebelum menyerahkan kuasa pemerintahan kepada TPM Pak Lah. Sehingga kini, tak nampak lagi pun kelibat PM nak jumpa Raja-raja Melayu minta maaf atau lawatan kepada semua negeri memohon maaf di atas ketelanjuran beliau menghina raja-raja Melayu. Tak pasai lah… ehhhhh, aku bukannya salah. Itu kata hati PM. Baru padan muka Raja-raja Melayu.dihina, dikutuk, malahan diaib habih tu pun tak celik-celik lagi…………..

 Esok lusa PM nak berangkat lagi, nak lawat dan lakukan pelaburan. Ramai usahawan dan jutawan besar-besar yang akan dapat habuan di Negara Xanana Gusmao itu. Maklumlah negara dara lagi. Tak banyak yang diteroka, maka usahawan ini akan ikut PM melawat dan dengan hati yang terbuka juga PM akan kekal sebagai PM. Sampai bila??? Sampai bilamana orang UMNO masih sayangkan PM. Nak harapkan orang Melayu, memang tak sayang mana pun .

Orang Melayu masih sayangkan Anwar, Nik Aziz, dan ramai lagi tokoh Islam yang di hormati dan menganggap apa yang Anwar ada membela nasib Melayu untuk golongan marhaen. Orang Melayu tak ingat bahawa PM nak tolong orang Melayu kerana PM hina agama dan bangsa Melayu, PM buang biasiswa ganti pinjaman, ambil orang bukan-Melayu masuk MRSM tak dipinta oleh orang Cina dan India. PM bina banyak pusat judi di bawah pentadbiran PM. Rasuah menjadi-jadi di kalangan ahli kabinet PM. PM bina bangunan besar bagi orang Melayu melawat, kuota kemasukan ke Universiti di sama-ratakan. Orang Melayu mampu hantar anak ke luar Negara. Duit rakyat duit mak bapak PM, PETRONAS untuk anak PM. Parlimen, undang-undang jadi barua PM. Ahli parlimen BN kaki angguk. Saham-saham dan bantuan dana untuk anak-anak PM dan kroni PM, maknanya semualah PM yang kontrol semuanya… boleh…kan. kan Malaysia Boleh.

Pak Lah bagaimana pula? Heee tak percaya ke?? Tunggu dulu………..

Kiriman Wartawan Rasmi LR - 20.10.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan informasi terkini di Forum M@RHAEN.


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!