Antara yang terlibat Pak Lah, Aziz Shamsudin, Hassan Kalimullah
ANWAR AKAN KEMUKAKAN SAMAN KE ATAS SESIAPA YANG MENGAITKAN BELIAU DENGAN TERRORIS
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
 

Dato Seri Anwar Ibrahim semalam melalui peguam beliau Sankara S. Nair telah mengeluarkan kenyataan akhbar menjelaskan kepada umum bahawa beliau akan mengambil tindakan daripada segi undang-undang ke atas sesiapa yang telah mengaitkan beliau dengan kegiatan terroris. Beliau yang mengeluarkan kenyataan tersebut semalam dan dibacakan oleh isteri beliau Datin Seri Wan Azizah di rumah beliau di Damansara menjelaskan bahawa beliau juga akan turut menyaman SBS TVs dan juga Rita Katz serta SITE yang dinaungi Rita juga Ginny Stein serta Ganesh Sahatheven.

Kenyataan yang dibacakan oleh Presiden keADILan semalam setelah diadakan beberapa perbincangan dengan peguam beliau yang telah menjelaskan bahawa tindakan undang-undang boleh di ambil jika didapati kenyataan di muka depan Berita Harian dan BERNAMA itu memalukan beliau. Sebelum ini satu penyiasatan menunjukkan BERNAMA melalui Hassan Kalimullah orang kanan Pak Lah yang baru dilantik telah menyiarkan berita tersebut lebih awal dari siaran SBS TVs Australia. Pendedahan semalam membuktikan bahawa rancangan ini telah diatur sejak bulan April lalu apabila Ganesh telah dilantik bekerja dengan BERNAMA.

Dalam kenyataan akhbar itu juga, Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan bahawa wang sebanyak RM300,000 yang diberikan kepada Nurul Izzah adalah hasil kutipan derma masyarakat Muslim Amerika bagi membiayai pengajian ke enam-enam anak beliau selama 5 tahun beliau dipenjarakan. Sokongan kuat inilah yang akan dituntut masyarakat antarabangsa kini.

Mengenai ABRARs Groups pula, beliau menjelaskan bahawa kumpulan tersebut adalah kepunyaan Tan Sri Mohd Yaacob, bekas Penasihat Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Datuk Wan Hasni dan Abdul Rahim Ghouse. Dr Rahim Ghouse yang kini dipercayai mendapat visa di Australia menafikan bahawa beliau masih lagi pemegang saham utama ABRARs Groups. Beliau melepaskan kesemua kepentinganya dari syarikat tersebut sejak melarikan diri ke luar Negara atas arahan DSAI untuk mendapatkan sokongan luar dan kini mengetuai Internasional Free Anwar Campaign atau IFAC. ABRARs Groups kini diletakkan di bawah Danaharta.

Abdul Rahim menjelaskan bahawa beliau telah ditemuramah oleh Ginny Stein beberapa bulan dahulu dan beliau menceritakan keadaan sebenarnya. Namun kenyataan beliau telah dikaitkan dengan dakwaan yang tidak benar sama sekali. Beliau mempunyai bukti bahawa kenyataannya tidak bercanggah sama sekali dan tidak pernah mengaitkan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan terroris dan kegiatan Islam antarabangsa semasa ditemuramah Ginny Stein di Australia..

Sementara itu, Pak Lah telah dinamakan sebagai salah seorang peneraju utamanya kerana menuduh Syeikh Ahmad Hashim Kabbani dengan mengatakan bahawa Syeikh Ahmad Hashim Kabbani telah memberitahu beliau (Pak Lah) bahawa Anwar terlibat dalam kegiatan terroris dan membekalkan bantuan kewangan melalui Pusat Perkembangan Islam Antarabangsa yang ditubuhkan bersama Syeikh Taha Al Ewani. Syeikh Ahmad Hashim Kabbani kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan kaitan Anwar bersama terroris.

Dengan kenyataan ini nampaknya Pak Lah telah cuba menggunakan taktik yang sama bagi menahan Anwar Ibrahim lebih lama dalam tahanan. Walaupun tekanan yang dikenakan oleh (US) Amerika Syarikat dan (EU) Kesatuan Eropah, serta Muslim Amerika dan Negara Arab, sehingga kini keputusan untuk membenarkan Anwar diikat jamin masih lagi kabur. Malaysia dijangka akan menerima kesan sabotaj ekonomi berikutan kenyataan Mahathir mengutuk Yahudi. Pak Lah akan menanggung semua kesan ini dan semalam telah mengeluarkan kenyataan bersama peniaga Cina, bahawa kesannya agak “mengejutkan” dan beliau yakin akan dapat mengatasinya. Mampukah Abdullah menjadi hero dunia ketiga???????????
 
Kiriman Wartawan Rasmi LR - 26.10.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan informasi terkini di Forum M@RHAEN.



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!