Kes PERWAJA masih disiasat hingga kini
Tandatangani Perjanjian Benteras Rasuah
Tidak Bermakna Pak Lah Anti-Rasuah

Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Berbagai-bagai retorik untuk membanteras rasuah telah dilaungkan oleh PM Baru. Semalam, perjanjian bagi mencegah rasuah sehingga ke peringkat menjadi ahli bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa dan pencegahan rasuah meliputi peringkat antarabangsa, sekali lagi menampakkan betapa usaha membanteras rasuah nampak begitu gah sekali.

Sesuatu yang harus PM Baru buat bagi usaha ini ialah dengan menjelaskan transaksi wang yang melibatkan berbillion ringgit yang telah di lakukan oleh pengurusan PERWAJA di bawah urusan Eric Chia dan Mahathir Mohamad anak beranak. Jika PM Baru benar-benar, sebagaimana yang pernah beliau jelaskan ketika mengganti PM Tun Mahathir pada awal tahun ini bahawa siasatan PERWAJA sudah selesai, maka eloklah diperjelaskan kepada rakyat akan hasil siasatannya. Menurut YB Husam Musa, tidak kurang daripada RM18 Billion, manakala pendedahan pertama oleh Dato Sri Anwar Ibrahim ialah sebanyak RM11 Billion.

Usaha ini nampaknya telah menampakkan kemajuan yang baik apabila kerajaan Switzerland telah mengeluarkan kenyataan berhubung kesudian negara terbabit untuk memberikan nama orang yang terlibat yang menggunakan akaun bank antarabangsa di negara berkenaan. Kenyataan kerajaan Switzerland ini dikeluarkan pada akhir tahun lepas setelah Mahathir Mohamad menjelaskan kepada pelajar Malaysia di London berhubung soalan berkaitan PERWAJA oleh para pelajar Malaysia di sana, di mana beliau menjelaskan kepada pelajar Malaysia di London bahawa kerajaan Switzerland tidak memberikan kerjasama yang baik untuk menyiasat kes itu. Jika keadaan ini masih berterusan tanpa sebarang usaha untuk menangkap serta membawa ke mahkamah pengadilan, maka ianya di anggap sebagai agenda bagi meniru isu yang dibawa oleh Anwar Ibrahim untuk membanteras rasuah.

PM Baru harus ingat bahawa kuasa yang diamanahkan kepada beliau ialah untuk menjaga agama dan bangsa serta tanggungjawab bagi menguruskan segala hal dalam Negara dengan baik. Jangan hanya tangkap ikan bilis sikit-sikit, jadi imam sana-sini sikit-sikit, derma sana, derma sini sikit-sikit, lepas tu cakap keadaan sudah pulih dan rasuah berjaya dibanteras.

Rakyat bukannya bodoh sebagaimana yang difikirkan oleh Tun Mahathir yang menghina orang Melayu. Tidak ada sesiapa yang menolak beliau keluar daripada UMNO dan kerajaan sebagaimana yang diucapkan beliau adalah satu penghinaan kepada Anwar. Namun, beliau sebenarnya dihambat ketakutan berdepan bangsa Melayu yang marah. PM Baru takkan tak sedar akan perkara ini ketika berada di bawah bayang-bayang Tun Mahathir.

Bagaimana pula dengan sekian banyak laporan yang dibuat oleh parti Barisan Alternatif terhadap salah-laku yang dibuat oleh beberapa orang Menteri kabinet. Mahathir Mohamad, Khalil Yaakob, Khir Toyo, Ali Rostam, Annuar Musa, dan menyiasat beberapa orang selebriti mangkuk tandas yang mempunyai peribadi buruk untuk mentadbir di bawah kabinet PM Baru??? Takkan PM Baru tak sedar akan perkara ini. PM Baru harus tanya Menteri yang pakar dalam membakar jambatan untuk menyiasat akan kes-kes tertangguh yang berada di pejabat Peguam Negara. Jangan tangkap konstabel polis ambil rasuah RM50 dan kemudiannya masuk muka depan akhbar.

Bagaimana pula dengan perjanjian kontrak yang melibatkan DEWINA CATERING yang ada sangkut paut dengan PM Baru? Dan juga perjanjian pembelian senjata yang juga melibatkan syarikat Mahmud Ambak? Mungkin ada. Apa, tak percaya ka???????

- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 04.12.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: