Datin Seri Wan Azizah yakin Pak Lah kotakan janjinya tidak campur tangan
Adakah Anwar Akan Terus Meringkuk Dalam Penjara?
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Istana Keadilan di Putrajaya dijangka masih gagal untuk membebaskan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana dipercayai Pak Lah masih lagi takut akan pengaruh Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya. Jika difikirkan secara logik, adalah tidak menguntungkan Pak Lah untuk membenarkan Anwar berkempen bagi pihak Barisan Alternatif.

Kes ikat jamin yang didengar hari ini sudah diketahui akan keputusannya kerana jika beliau dibebaskan, apakah akan ada pengaruh lagi buat Anwar? Mengikut satu kajian yang dibuat oleh beberapa orang tokoh politik UMNO khasnya Tun Mahathir, pengaruh Anwar sudah hilang di Kedah. Kita hendak memberitahu kepada Tun Mahathir, jika betul, mengapa selepas meletakkan jawatan masih melalak menyatakan orang Kedah sudah tidak mengingati kepada Anwar.

Pendapat ini adalah bertentangan sekali dengan isteri beliau, seorang Ahli Parlimen dan menduduki kerusi suaminya di Permatang Pauh. Menurut, Datin Sri Wan Azizah, harapan untuk melihat Pak Lah mengotakan janjinya bahawa beliau (PM) tidak AKAN TERLIBAT DAN CAMPURTANGAN DALAM MENGENDALIKAN KES MAHKAMAH merupakan satu pengharapan keluarga terutamanya dan rakyat keseluruhannya bagi melihat segala bentuk kezaliman ke atas keluarga ini ditamatkan dan Anwar berhak untuk kembali kepada rakyat dan keluarga beliau. Kenyataan beliau sewaktu menghadiri jamuan makan Keadilan di rumah timbalan ketua bahagian Permatang Pauh petang semalam. Majlis yang dihadiri 1000 penyokong setia itu membincangkan apakah Anwar akan di bebaskan.

Baru-baru ini orang-orang Pak Lah telah berkempen sebelum Tun Mahathir melepaskan jawatan dengan menyatakan bahawa PM Baru (Pak Lah) akan melepaskan Anwar jika beliau menjadi PM. Kini PM baru merupakan orang yang merancang segala bentuk fitnah baru buat Anwar. Antaranya Anwar terlibat dalam kegiatan terroris dan kini pembohongan oleh parlimen Malaysia melalui laporan kepada Pertubuhan Ahli Parlimen Sedunia, bahawa layanan yang diberikan kepada Anwar adalah selesa sekali termasuk bilik bacaan, televisyen dan juga hawa dingin. Kedua-dua pembohongan ini membuktikan bahawa tiadanya usaha bagi pembebasan beliau di Istana Keadilan.

Walau bagaimana sekali pun, IPU Pertubuhan ahli parlimen dunia ini telah mengirimkan faks kepada IFAC untuk memberi sebuah jaminan bahawa dalam sesi persidangannya pada bulan Januari 2004, pihak IPU akan menghantar badan penyiasatan untuk membuktikan keadaan sebenar Anwar. PM baru tentu gembira bila ahli IPU datang ke Malaysia kerana ini adalah satu penghormatan sesuai dengan penghormatan yang diberikan kepada Anwar dalam penjara sebagaimana yang di laporkan. Mungkin akan ada cadangan dari IPU agar Anwar diberikan pembantu atau doktor peribadi di dalam penjara. Kan Malaysia boleh!!!!

- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 07.12.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: