Cawangan baru  di Kampung Tun Saadon  Permatang Pauh
KEMPEN PEMBEBASAN ANWAR
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
PERMATANG PAUH 26 Dis. 2003
: Hampir 3000 menghadiri ceramah kempen pembebasan Anwar yang julung kalinya di adakan sejak pilihan raya 1999 di sebuah perkampungan Siam di Permatang Pauh. Cawangan baru ini yang diusahakan bersama beberapa pemuda kampung berkenaan bersama beberapa penduduk keturunan Siam berjaya menjadikan kawasan baru menjelang pilihan raya 2004 sebagai sesuatu yang menarik. Antara kawasan yang mendapat sokongan kuat UMNO adalah dari kawasan Kampung Tun Saadon.

Kampong ini yang mendapat nama bersempena dengan nama bekas TYT Negeri Pulau Pinang dan dijadikan sebagai kampung asas pembangunan semula penduduk di Permatang Pauh. Kampung ini juga adalah bersempadan dengan Pekan Lunas. Turut berceramah semalam ialah YB Azmin, Sdr Ezam, Sdr Tian Chua, yang secara kebetulan menghadiri perbicaraan mahkamah di Kulim berkaitan dengan kes pengundi hantu dalam pilihan raya Lunas. Kes mereka kini telah ditangguhkan kw 14.02.2004.

Dalam ceramah berkenaan, Sdr Ezam menyeru masyarakat supaya sedar dan celik bahawa selama ini wang rakyat telah disalah-gunakan oleh pemimpin Negara, dan sekiranya rakyat masih lagi membiarkan perkara ini terjadi, maka pemimpin baru juga akan turut membuat perkara yang sama iaitu merampas hasil Petronas sesuka hati untuk membantu kroni, anak pinak dan saudara mara. “Lihat sahaja apa yang telah Mahathir Mohammed lakukan. Kita mesti berani untuk menyanggah dan menyoal ke mana wang ringgit yang bernilai 750 Billion ringgit yang telah  hilang semasa pemerintahan beliau. Kini PM baru juga sudah mula menunjukkan langkah yang sama apabila belum pun menjadi PM , anak telah menjadi tycoon”.

Sementara itu, YB Azmin mendedahkan betapa lemahnya Pak Lah dan tindakan menghantar isteri beliau mendapatkan rawatan ke luar negara. “Hindon kini berada di Los Angeles untuk melakukan rawatan. Pak Lah telah menghina Anwar dengan mengesyorkan kepada beliau agar menerima rawatan dalam Negara. Kini kita mempunyai Pusat Kanser Negara, kenapa Hendon mendapatkan rawatan di Los Angeles? Soal YB Azmin lagi dan di sambut dengan cemuhan daripada para penyokong yang hadir.

Sementara itu YB Azmin juga mendedahkan satu peristiwa yang berlaku kepada Pak Lah apabila diherdik oleh Hendon di hadapan para pegawai pengiring dan pasukan keselamatan dan beliau terus turun dari kereta dan masuk ke rumah. “Kita mempunyai maklumat bahawa Pak Lah takutkan isterinya. Pernah terjadi suatu peristiwa di mana Hendon telah menengking Pak Lah pada ketika beliau hendak keluar ke pejabat. Apabila ditengking oleh Hendon, Pak Lah terus keluar daripada kereta dan masuk ke rumah dan tidak hadir ke pejabat”. Inikah PM yang akan kita lantik dan jadikan ia sebagai satu pemimpin contoh.

Sementara Sdr Tian Chua menjelaskan bahawa ISA harus dihapuskan dan semua tahanan ISA seharusnya dibebaskan. Jangan jadikan soal 60 hari dipendekkan sebagai umpan pilihan raya. ISA tetap kejam kerana menafikan hak individu untuk membela diri jika ditahan oleh pihak penguasa Negara. Majlis tersebut berjaya mengumpul derma hampir RM2000.

- Wartawan Rasmi Laman Reformasi - Khas untuk Marhaen - 11.15 pg drp Kulim (suntingan M@RHAEN) - 27.12.2003

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN