Tapak Utama http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://e-umno.tripod.com/

SKETSA UMNO PERMATANG PAUH (2)
Oleh Mah Labu
Beberapa hari yang lalu  Pak Lah dengan bangganya dan bersemangat menyatakan bahawa UMNO/BN akan menawan semula Permatang Pauh. Malah dicanangkan diserata pelusuk negara bahawa kekuatan pembangkang khasnya keADILan telah lama berkubur di Permatang Pauh. Pernah saya ke Perlis sewaktu pilihanraya Indera Kayangan yang lalu, sempat berbual dengan berbagai pihak di sana, dengan jelas menyatakan bahawa Kak Wan (DSWA) tidak akan lagi bertanding di Permatang Pauh.

Bukan itu sahaja, malahan banyak pemuda keADILan telah lari masuk UMNO. Mula-mula lawyer kelas tiga bersama 6 jahanam yang masuk muka depan dan akhbar utama TV3, kemudian yang terbaharu ialah kemasukan seramai 60 orang ahli keADILan ke dalam UMNO. Seperti yang telah saya ulas beberapa minggu yang lalu dalam artikel ‘Sketsa UMNO Permatang Pauh’, dengan jelas saya nyatakan bahawa sampai mayat ahli UMNO sendiripun ahli UMNO tak mampu nak uruskan, inikan pula nak tawan Permatang Pauh. Itu pun dok kata orang-orang PAS ni jaga mayat ahli depa sahaja. Tak betul sebenarnya.

Suka saya nyatakan di sini bahawa, kita amat mengalu-alukan sesiapa sahaja hulubalang UMNO untuk bertanding di Permatang Pauh. Lebih elok lagi ialah Pak Lah sendiri yang datang bertanding di Permatang Pauh ini. Kan ke bagus kalau bakal TPM datang bertanding di Permatang Pauh. Biarkanlah di Kepala Batas tu, sebab agak sukar pembangkang nak menang di Parlimen Kepala Batas, sebab banyak yang bengong-bengong lagi. Malah kalau di sebelah Butterworth lagilah teruk. Orang Melayu Butterworth kalau rumah di kampung ni kentot sebelah rumah pun boleh dengaq. Maknanya punya la daif Melayu Butterworth ni,  tok sah dok ceritalah. Nak tanam sebatang pokok bunga pun tak boleh jangan kata nak tanam pokok pisang, lagi lah payah.

Dengan kesusahan yang macam inilah maka UMNO amat suka melihat orang Melayu Butterworth sokong. Apa Jahara boleh buat??? Yang dia buat apa?? Syarikat perumahan bolehlah dia buat duit. Yang dok merempat orang Melayu belah Telok Ayer Tawar tu lah. Tu pun sokong macam nak gila. Dia buat duit, hangpa orang Butterworth dapat apa?? Lagi satu di sebelah Bagan Dalam, masyaAllah, dengan ketagih dadah, dengan kegiatan pengedaran dadah, masyarakat yang berkecamuk sistem perumahan melarat, UMNO tak kisah ini semua. Sebab apa?? Ssebabnya orang di kawasan ini bengong belaka. Tak punya maruah dan kesedaran walau terpaksa merempat.

Sama dengan sukarnya UMNO nak tawan Permatang Pauh. Begitu jugalah bagaimana UMNO nak memampuskan orang-orang Melayu. Kalau ada pahlawan UMNO yang berani di Permatang Pauh ini, barulah gentleman Pak Lah.

Walau bagaimanapun, Pak Lah pastinya kecut telur kalau nak bertanding di Permatang Pauh ini. Hatta Ibrahim Saad sendiripun balik rumah mengamuk sakan sebab Mahathir telah meletakkan beliau di Permatang Pauh. Berita terbaharu Ibrahim Saad ni akan bertanding semula di Tasek Gelugor menggantikan Syariff Omar. Beliau dikatakan telah menjadi ahli UMNO Padang Menora. Di Bukit Mertajam pula, Musa anak mamak Kadiaq mula mencengkam kuasa. Tapi UMNO Bukit Mertajam tu macam ada dengan tak ada sahaja. Dua-dua ekoq ni sama sahaja. Di Permatang Pauh mister 10% Ibrahim Saad dah tak laku. Naik mencanak kerana Anwar, jatuh pun lagi hina dari Anwar dihina dan diaibkan. Khabar terbaharu kononnya dah kahwin dengan minah Indon.

Syariff Omar mempunyai masaalah yang tersendiri. Setelah menjadi timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, hapa pun tarak nak bagi kepada orang Tasek Gelugoq. Yang ada Mat Gian banyak di kampung-kampung. Depa ni bukannya ada idea macam Anwar boleh buat pada siswazah menganggur dahulu dengan berbagai skim untuk sevival para siswazah. Yang ada dok kenyang tembolok sendiri.

Kerja jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang bukan nak bantu orang Melayu Tasek Gelugoq. Yang dok kacau ialah AJK Masjid. Standard tu saja jadi pemimpin UMNO. Nak jaga Masjid, tapi orang UMNO masjidpun tak datang sembahyang waktu. Waktu nak mesyuarat pilih yang bukan-bukan, kaki botolpun dipilih, samseng hampaih taik kucing. Saja saja orang nak tengok, bukannya apa, kalau setakat samseng taik minyak tuih….tuih….tuih hang pi jalanlah. Orang-orang B.A., kalau nak tunjuk samseng lebih 10 kali pun boleh.

Pemimpin kami ditangkap kerana ada rocket launcher, bom tangan, senjata merbahaya, termasuk yang kurang merbahaya ialah molotov cocktail, atau super cock yang amat berbisa. Jaga…jaga….

PUTERI LESBIAN DI BANGGUNAN UMNO PERMATANG PAUH  HARI INI 4 MEI 2002

Hari ini Azalina Othman, Puteri UMNO yang sampai hari ini tak menafikan dia Lesbian. Yang panggil ialah Pemuda UMNO Permatang Pauh. Lepas itu nak lancarkan beri komputer kepada semua Bahagian. Hai……nak chit chat ke Azalina. Buat apa hang mai di Permatang Pauh ni. Kami la ni tak kemarau dah. Sat ni hang mai kut kemarau satu Permatang Pauh. Pernah saya ingat lagi bagaimana Mahathir sampai di Bukit Mertajam, dua kali dia mai, satu di Guar Perahu dan sekali di Butterworth, dua –dua kali ribut sakan di Seberang Perai.

Kami di Permatang Pauh ni banyak kelas-kelas agama, masjidpun boleh panggil semua penceramah. Semalam di Masjid jamek Kubang Semang ada ceramah dari EXCO kerajaan Negeri, YB Tn Hj Dr Harun Taib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Kami tak panggil yang kaki lesbian datang. Ini tengah-tengah kontroversi, panggil dia mai Permatang Pauh, apa punya idea hampaih ni……………?????

Di Permatang Pauh ni, kami bukan saja mencabar Pak Lah datang bertanding, kalau nak hantar Perdana Menteri hangpapun maih lah. Kalau samseng yang ada di Perlis nak datangpun maih.. Boleh sangat haih. Bawak beruk-beruk dari Selangor atau Pahang sama. Kalau-kalau tak cukup kaki tangan. Apa yang pastinya Seberang Jaya akan dapat di tawan di samping mengekalkan kemenangan yang ada.

Mana ada dah orang tua-tua yang berpengaruh di Permatang Pauh ni. Yang ada pemuda UMNO standardpun tak tinggi sangat, nak harap urus jenazah, tak mampu, nak harap urus nikah kahwinpun tak mampu, habih tu nak buat apa selain duduk bawah ketiak mak bapak lagi.

Nak harap ketua pemuda…. lagi tak mampu…… projek sana projek sini, dari ada kereta sampai jalan kaki, itu pun tak reti-reti, gamaknya sejenis dengan Pak Lah B.. Macam mana UMNO nak tipu orang kampung yang dah cerdik????

Di Permatang Pauh ni setiap isi sebuah rumah ada anak-anak yang masuk Universiti. Datanglah ke rumah buat bancian. Hangpa tak rasa malu ke dengan orang kampung. Hangpa ingat zaman la ni zaman 60-an dahulu ke. Apa punya benggong orang UMNo ni.

Soal anak orang kampung sebuah rumah seorang di menara gading dan yang bergelar Datuk pun banyak di Permatang Pauh ni. Tapi Datuk yang cerdik, bukan Datuk yang pelahap dan haprak yang ada dalam UMNO. Dulu bolehlah kami jadi pecacai hangpa. La ni kami dah cerdik, mata kami dah buka, sikap hangpa yang lupa asal usul perjuangan tu lebih baik simpan saja. Jangan nak berlagak sombong sedangkan hangpa berada di pihak yang tewas. Bukan nak takabur atau bercakap sombong macam hangpa lakukan kepada masyarakat. Hangpa pandang masyarakat macam anjing  kurap, ada pemimpin yang kacau bini orang, ada yang jadi kupang tembaga, ada yang merempat menyewa, ada yang jadi kaki botol, ada yang dah tua bangka pun nak jadi samseng, ada yang peluh ketiak-ketiak nak dapat sekupang dua pun sokong lagi…… sokong lagi.. apa punya bengong.

Sokong dengan tidak tu, satu perkara yang lain. Tapi dalam beberapa hal yang tak mahu buka minda tu memang amat malang lah kot. Miskin akal budi. Sayang seribu kali sayang. Apa yang PAStinya ialah keADILan ditengakkan demi Permesyuaratan Rakyat Malaysia.

- Mah Labu 05.05.2002

 
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!