Makluman:
- Majlis Tindakan DUN Seberang Jaya
- Unit Amal Permatang Pauh
Assalamualaikum wht.

Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihanraya DUN N11 - Seberang Jaya

Majlis Tindakan Dun N10 Seberang Jaya akan membuat majlis pelancaran gerak kerja pilihanraya pada :-
Tarikh: 13 Oktober 2002 (Ahad)
Masa : 11.00 Tengahari - 2.00 Petang
Tempat:
Markaz MTD Seberang Jaya,
11-A Lintang Kalui,
Bandar Seberang Jaya.

Sehubungan dengan itu pihak MTD menjemput muslimin dan muslimat ke majlis pelancaran tersebut. - 04.10.2002


Kereta Penyelaras Unit Amal Permatang Pauh Terbabas
Assalamualaikum wht.

Isnin, 7 Okt 2002.

Kereta yang dipandu oleh sdr. Mohd Fauzi Darus (Penyelaras Unit Amal Permatang Pauh) telah terbabas di hadapan Hospital Seberang Jaya, Permatang Pauh kira-kira jam 2.30 petang.

Kereta Fiat 1970-an itu telah gagal dikawal oleh beliau dan menyebabkan kereta itu telah terhumban ke dalam longkang di hadapan hospital. Kemalangan itu bagaimanapun tidak mencederakan beliau yang memandu kereta itu seorang diri.

"Allhamdulillah ana tak bawa family sekali, kalau tidak tak tahulah. "Ketika terhumban kedalam longkang beliau mengatakan tidak dapat membuka mata kerana air longkang terlalu pekat dan berwarna hitam.Beliau sempat keluar dari kereta melaui tingkap kerana pintu tidak dapat di buka lagi akibat tekanan air yang kuat.

Kos untuk mengangkat kereta keluar daripada dalam longkang berjumlah RM180.00 dan menunda kereta ke rumah beliau RM70.00. Beliau yang bekerja sebagai operator kilang memerlukan sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung. Sebelum ini beliau telah kehilangan motorsikal ketika solat Jumaat di Masjid Permatang Janggus. Isteri beliau hanya sebagai surirumah.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Saudara Sanusi Ismail Setiausaha Pas Kawasan Permatang Pauh atau telefon hp:012-4701754 atau Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Sdr Anuar Hamid hp:012-4981611.


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!